Thursday, December 30, 2010

tahniah malaysia...

sudah agak lama sejak kali terakhir aku menulis... tersangatlah sibuj sebenarnya, dan aku tak ada masa yang tenang untuk menulis... kali ini aku mengambil kesempatan untuk menulis sebagai penghargaan kepada team bola malaysia yang baru saja memenangi piala aff semalam...

mintak maaf, mereka takkan dapat sebarang pujian dari aku, hanya ucapan tahniah... bukan kerana apa yang mereka lakukan tidak bagus, tapi hanya kerana kepercayaan aku kepada bolasepak malaysia sudah agak memudar... seringkali mereka bagus pada satu2 pertandingan, kemudian pada pertandingan yang lainnya mereka agak layu... jadi aku hanya akan hulurkan ucapan tahniah dan bukan pujian, kerana aku tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam hal ini...

aku pasti ramai yang bergembira dengan kejayaan ini... aku juga begitu... dan sudah tentu ramai pula yang ingin menumpang atas kejayaan ini sebagaimana lazimnya yang berlaku... selepas ini aku pasti ramailah yang akan bercakap mengenai bolasepak, yang seakan penuh pengetahuan tentang bolasepak... sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah untuk menjual diri, dan membuatkan diri terkenal dengan ayat2 manis memuji... kenapa aku katakan begitu, kerana ia sering berlaku dalam sukan di malaysia...

sekali lagi tahniah untuk pemain malaysia... mereka mungkin pemain terbaik yang kita ada buat masa ini... tapi 4-5 tahun akan datang, adakah mereka masih yang terbaik... apa perancangan kita kepada pelapis muda untuk menggalas cabaran di peringkat antarabangsa... pembangunan pemain muda dari peringkat junior sangat perlu... maksudnya pembangunan secara menyeluruh, bukan hanya menghantar 1 team berlatih di luar negara... untuk kekal bersaing dan terus memajukan bolasepak negara, kita bukan hanya perlu ada 1 team, tapi pembangunan menyeluruh untuk melahirkan pasukan yang benar2 berjiwa malaysia...

jelas sekali tulisan ini mungkin tidak akan dibaca dan didengari oleh sesiapa... tapi ini sekadar pandangan aku yang aku rasakan perlu dilakukan... jangan kita hanya berharap pada team yang ada ini tanpa memikirkan perancangan masa depan... jangan jadi seperti badminton, menggantung harap semua pertandingan pada lee chong wei, memerah keringatnya selagi boleh sedang ramai pemain pelapis berbakat yang boleh mereka hantar untuk pertandingan antarabangsa... apa jadi sekiranya lee chong wei sudah melepasi tahap terbaik... siapa yang akan kita harapkan...

sekali lagi tahniah kepada semua yang terlibat... semoga mereka bertambah maju dan dapat mengembalikan keyakinan aku pada bolasepak malaysia...

Tuesday, December 14, 2010

hargailah...

seindah- indah permata, ia masih dibingkai kaca, menanti untuk dimiliki... sedang sekusam- kusam pasir, ia sudah pun di hujung kaki, menunggu untuk dihargai...


* hargailah apa yang kamu telah ada... milikilah ia kerana ia sememangnya sudahpun menjadi milik kamu... jangan bila sudah terlewat, kamu telah kehilangannya sedangkan apa yang kamu idamkan tidak dapat kamu miliki... janganlah kerana ternampak lembu di hujung padang, maka ayam di tangan kamu lepaskan... berhati-hatilah dalam memilih, dan pilihlah dengan sepenuh hati...:-)

Monday, December 13, 2010

abandoned...

this is nearly to be an abandoned blog... sorry, really busy to update any post... a lot of story, a lot of things to share, but really lack of time... will be resume soon... love this blog although i'm not see it everyday... hope to be back together soon...:-)

Wednesday, December 8, 2010

hormat...

walau anda berjumpa dengan seorang yang gila...
walau anda berjumpa dengan seorang hamba...
walau anda berjumpa dengan seorang pencuri...
walau anda bejumpa lelaki atau perempuan...
malah walau anda berjumpa seekor haiwan sekalipun...
mereka masih layak untuk di hormati...
sekurang2nya dengan cara mereka...

apa yang kita beri, akan datang kembali pada kita...
maka berikanlah yang terbaik...
agar yang kembali pada kita juga adalah yang terbaik...:-)

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah 1432...



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


p/s: salam maal hijrah untuk semua... walaupun kita lebih mengenali masihi berbanding hijrah, tapi hijrah adalah titik perubahan kita... maka jika ingin berubah, ubahlah mulai sekarang... semoga perubahan itu ke arah yang lebih baik... semoga tahun mendatang kita semua akan bertambah baik...:-)

Monday, November 29, 2010

kelantan freid chicklen...

sejak 4-5 tahun kebelakangan ini, aku banyak terlibat dalam bisnes... bermakna aku sudah ada pengalaman, sekurang2nya sedikit untuk bercakap mengenai perniagaan... walaupun bukanlah perniagaan besar, dan aku hanya terlibat sebagai side-kick, tapi pandangan aku mengenai perniagaan ni sudah cukup terbuka...

bagi aku, perkara pertama yang terpenting untuk berniaga adalah produk... apa produk yang mahu kita jual, bagaimana kita mempersembahkan produk tu, apa pula produk2 sampingan di samping kepandaian kita mempelbagaikan bentuk dan persembahan produk... selepas itu barulah datang perkara2 lain seperti promosi, iklan, servis dan sebagainya...

tiada salahnya kalau kita menjual produk yang sama dengan orang lain... berapa ramai orang yang menjual pisang goreng... berapa ramai juga orang yang menjual cendol, dan berapa ramai pula org yang menjual nasi campur... tapi setiap apa yang kita jual, kita seharusnya memiliki jenama kita sendiri... kalau boleh biarlah setiap kali org terfikir akan pisang goreng, maka jenama kita yang akan terbayang dalam kepala mereka... begitu jugalah kalau cendol atau nasi campur...

lihat gambar di atas... perkara pertama yang terlintas adalah kfc, sebuah jenama yang cukup gah dalam malaysia ni... menumpang jenama lain tidak akan membuatkan kita maju... letaklah apa saja ayat penyedap rasa, pasti org akan lebih teringatkan jenama yang sudah gah... dalam gambar ini, ayat penyedap rasanya ialah 'resepi orang kita, rasa macam dia'... sia2 saja kita mempromosikan mereka kepada orang lain... malah sepatutnya kita menekankan perbezaan rasa, bukan secara terang2an menyatakan rasa produk kita sama macam produk orang lain... carilah jenama sendiri walaupun produknya adalah sama... promosikan dengan cara yang hebat, pasti orang kenal jenama kita... bukannya kita mempromosikan jenama orang, dengan harapan untuk kita tumpang namanya...

sebelum berniaga, berfikirlah sedalamnya apa yang kita mahu jual, kemudian cipta jenama sendiri, bina jenama sendiri, dan seterusnya perkuatkanlah jenama itu agar kita boleh mengalahkan jenama2 lain yang menjual produk yang sama seperti kita...

persahabatan...

persahabatan:
adakalanya sejarah kebersamaan yang panjang tidak mampu menghalang kerenggangan, kadangkala tanpa kita tahu apa puncanya...:-)

Sunday, November 28, 2010

spm...

sijil pelajaran malaysia (spm) pada kebiasaannya akan dinilai sebagai penghabisan zaman persekolahan. setelah tamat spm, maka secara totalnya orang tersebut sudah dewasa... maka kerana itu, ada yang tidak sabar menunggu spm, dan ada pula yang risau kalau2 tidak mendapat keputusan yang baik...

aku sendiri pernah menguji diri dengan spm ini... dan bagi aku, mengatakan bahawa spm itu adalah kunci kejayaan masa depan adalah bohong semata2... pada zaman sekarang, tiada yang boleh hidup senang hanya dengan spm... bagi aku, spm hanyalah pembuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik. mungkin dengan kejayaan dalam spm, maka laluan untuk berjaya pada masa depan akan lebih mudah... akan tetapi, bagi yang tidak berjaya, bukanlah bermakna pintu sudah tertutup... kalau pun ada pintu yang tertutup, maka akan ada pintu2 lain yang terbuka... janganlah merenung pintu yang tertutup itu terlalu lama sehingga anda tidak sedar ada pintu lain yang sudah terbuka luas untuk anda... sekiranya anda gagal dalam spm, anda boleh berusaha di jalan lain untuk berjaya dalam hidup... pendek kata, berjaya spm bukan berjaya dalam hidup, dan gagal spm bukan bermakna hidup anda berakhir... berjaya atau gagal, hidup anda sebenarnya baru bermula...

dalam kehidupan, pilihan sentiasa ditangan anda... apa yang anda lakukan, apa yang anda inginkan perlu anda usahakan sedaya mungkin... belajar, kerja dan sebagainya semua bergantung pada anda... kalau belajar anda perlu bersungguh2, maka kerja juga anda perlu bersungguh2...

kepada calon yang menduduki spm, saya ucapkan selamat berjaya... semoga dengan peperiksaan ini, masa depan anda akan bersinar terang, samada anda berjaya, atau gagal...

Thursday, November 25, 2010

aduan 2...

aduan ini saya tujukan pada tuan yang sedang duduk di atas kerusi empuk sambil mengurut perut yang memboyot, dan mungkin juga dengan paip mahal dibibir... semoga tuan sedang bergembira untuk masa sekarang... tuan boleh buat apa saja yang tuan lakukan sekarang sambil membaca aduan ini...

sejak dua bulan kebelakangan ini, servis yang tuan berikan melalui perkhidmatan yang dinamakan streamyx amat mengecewakan... dalam rangka promosi, berbagai2 nama pakej yang tuan berikan... tapi pakej yang saya dapat tidak seperti yang tuan janjikan... saya hanya mendapat pakej stumyx, walhal saya meminta pakej yang lain... untuk pengetahuan tuan yang berdahi luas, stumyx adalah kependekan untuk stupid streamyx... sekiranya tuan belum mengetahui, perniagaan tuan adalah perniagaan jenis monopoli yang tidak memungkinkan saya mendapat perkhidmatan yang sama daripada mana2 syarikat lain... dan bagi saya perniagaan monopoli sepatutnya menawarkan perkhidmatan yang sangat bagus kerana orang ramai tiada pilihan melainkan menggunakan perkhidmatan tersebut...

lebih malang bagi saya, saya bekerja di kedai yang menawarkan perkhidmatan internet atau lebih dikenali juga sebagai cc... saya pasti tuan tidak kenal ape binatangnya cc ini kerana tuan pasti tidak pernah menggunakan perkhidmatan di tempat ini... tapi tuan harus tahu bahawa cc adalah satu tempat yang penting bagi mereka2 yang tidak mampu atau tidak mahu melanggan pakej2 internet yang tuan tawarkan... dan bagi saya pula, saya bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan yang baik kepada mereka kerana mereka membayar setiap minit perkhidmatan internet yang mereka gunakan... akan tetapi, perkhidmatan saya itu amat berkait rapat dengan perkhidmatan yang tuan tawarkan kepada saya... maka apabila tuan memberikan perkhidmatan yang bengong, maka perkhidmatan saya juga menjadi bengong... dan apabila tuan memberi pakej stumyx kepada saya, maka saya juga kelihatan seakan2 stupid kepada mereka... jadi jelas, segala kebodohan tuan dalam mengendalikan perkhidmatan internet ini akan juga tertumpah pada saya...

tuan, dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan saya, saya melanggan 2 talian internet daripada syarikat tuan yang kaya raya itu... tujuannya adalah untuk menambah kelajuan capaian internet agar pelanggan saya tidak membongokkan diri mereka menunggu di depan komputer untuk membuka satu2 laman web... malangnya, kerana pakej komputer saya bertukar kepada stumyx, maka tujuan saya ini tidak tercapai... sekiranya tuan kurang berpengetahuan, maka untuk pengetahuan tuan sejak 3 hari lepas hanya 1 talian saya yang boleh digunakan... maka dengan itu, capaian internet saya menjadi lambat, perlahan, lembab, payah - seperti juga tuan... saya amat yakin dengan cara tersebut syarikat tuan, dan juga tuan akan bertambah kaya-raya... ini kerana saya membayar untuk 2 talian, tetapi hanya 1 yang tuan bekalkan kepada saya... bijak sungguh, mungkin dari kecil lagi mak atau bapak tuan sudah memberi tuan minum susu anmum... sekiranya tuan meneruskan dengan perkhidmatan seperti ini, saya berharap tuan dapat ke mekah berkali2, atau mungkin juga tuan mahu melawat ke angkasa sepertimana seorang rakyat malaysia itu...

tuan, dalam negara malaysia yang diwar-warkan sebagai maju ini, internet adalah amat penting... sekiranya tuan meneruskan perkhidmatan seperti ini, maka tuan adalah punca kepada terbantutnya kemajuan negara... saya sebagai rakyat kerdil amat mengharapkan agar tuan dapat memperbaiki perkhidmatan yang tuan janjikan sebagai terpantas, termudah, termurah dan segala macam terrrr lagii... permintaan saya ini bukan saja untuk saya, tetapi juga untuk pelanggan2 saya... andainye internet di cc ini sangat kambat, saya amat risau sekiranya mereka berniat untuk memasang internet di rumah... bukan kerana saya takut kehilangan pelanggan, tapi saya risau mereka juga akan diperbodohkan seperti saya dengan dijanjikan pakej2 menarik tetapi akhir mereka juga mendapat pakej stumyx...

akhir kata kepada tuan, saya faham sekiranya tuan adalah seorang yang kurang bijak... tapi tuan tidak perlu menunjukkan kekurangbijakan tuan itu dalam perkhidmatan yang syarikat tuan tawarkan... dan pesanan kepada tuan, janganlah kerana tuan selesa berada di puncak singgahsana, maka tuan lupa orang2 yang menampung beratnya badan tuan yang berada di atas singgahsana tersebut...

dan untuk yang terakhirnya, saya sgt2 mengharapkan tuan mati dalam masa terdekat... saya berdoa agar pengganti tuan dapat memperbaiki kelemahan ini... janganlah tuan berkecil hati dengan harapan saya itu, bahkan sepatutnya tuan sudah pun mati sejak kecil lagi, daripada hidup membesar dan menyusahkan orang lain...

sekian, terima kasih...

Tuesday, November 23, 2010

aduan 1...

salam untuk tuan2 yang berkenaan, tuan2 yang berkuasa, dan tuan2 yang jarang merasa erti kesusahan... aduan ini ditujukan kepada tuan semata2, bukan kepada setiausaha tuan atau pun orang bawahan tuan... jadi tuan tidak seharusnya menyerahkan aduan ini kepada sesiapa jua kecuali untuk tuan dan tuan perlu meneliti aduan ini untuk tindakan seterusnya, bukan membatu serta membuta tulikan segala pancaindera yang tuan ada...

kisah ini telah pun banyak kali saya lalui... tapi, oleh kerana perkhidmatan ini selalu saya gunakan, maka terpaksa juga saya telan segala rasa menyampah dan marah saya lantaran tiada pilihan lain yang saya boleh gunakan... asas kepada aduan saya ialah servis di pejabat pos parit raja tersangatlah lembabnya... saya tidak tahu kenapa ini terjadi... mungkin kerana pengguna di sini hanyalah orang2 kampung, pakcik makcik tua yang tidak membawa nilai kepada mereka... saya yakin, sekiranya pejabat pos ini terletak di bandar baru bangi atau di damansara, pasti servis mereka lebih pantas berbanding dengan di sini... maklum sajalah, dalam negara yang sangat 1malaysia ini, perbezaan taraf memainkan peranan yang sangat penting untuk sesiapa jua menerima layanan...

cerita terbaru yang membabitkan diri saya dan juga pakcik makcik penghuni kampung di sini berlaku pagi tadi... untuk pengetahuan tuan2 yang terutama, pejabat pos dalam negeri kami ini telah pun di tutup selama 3 hari... maka seperti kebiasaan, pada hari pertama di buka selepas bercuti, maka ramailah mereka2 yang mahu berurusan di kaunter pejabat pos...saya tiba di tempat tersebut pada pukul 9.15 pagi... apa yang amat menyedihkan saya ialah hanya terdapat 1 kaunter sahaja yang di buka... untuk menyedapkan hati, maka saya berpendapat hari itu mmg terdapat 1 pekerja saja untuk kaunter... tapi pada pukul 9.45 pagi, barulah terdapat 2 lagi pekerja datang dan membuka kaunter... ape yang membuat saya tertanya2 ialah ke mana perginya pekerja ini sebentar tadi... bukankah sepatutnya mereka berada di kaunter pada masa tersebut, yang secara jelasnya ada ramai pelanggan... apakah mereka baru pulang dari minum, atau baru balik dari menghantar anak ke tadika atau apa2 alasan yang saya tak tahu dan tak mampu nak catatkan... itu belum lagi saya sentuh mengenai tahap layanan pekerja2 kaunter di pejabat pos ini... tapi secara ringkas, dapat lah saya simpulkan bahawa lagak pekerja2 di sini mengalahkan lagak seorang CEO syarikat besar...

sukacitalah sekiranya tuan2 yang terutama dapat mengambil inisiatif untuk memperbaiki keadaan yang mengecewakan ini... tapi sekiranya tuan seorang yang kayu, buta, tuli, bodoh serta mendapat jawatan kerana pandai membodek, maka saya akan faham sekiranya tiada terdapat sebarang perubahan pada servis yang saya adukan ini... saya hanya mendoakan agar tuan terus bergembira dengan perniagaan monopoli yang tuan miliki... akhir kata, saya sgt2 berharap agar surat ini tidak dibaca oleh orang yang bebal, tapi oleh orang yang boleh melakukan perubahan dan memahami nasib yang menimpa orang2 yang tiada kuasa...

sekian, wassalam...




Monday, November 22, 2010

selepas balik kampung...

aku pernah tak balik kampung selama 8 bulan... itu rekod yang aku sendiri pegang... rekod tu aku buat lama dahulu semasa aku masih belajar... atas sebab ape aku tak balik kampung selama tempoh tersebut, amatlah aku tidak ingat secara jelasnya... cuma mungkin kerana kekurangan duit dan juga kerana aku buat kerja part time masa belajar dulu...

jujurnya, aku rasa aku takkan dapat pecahkan rekod tersebut dalam masa yang terdekat ni... sebabnya, setiap kali bilamana lama aku tak balik kampung, mesti hati terkinja2 rasa nak balik... semacam ada sesuatu di kampung yang memanggil2 dan menggamit hati untuk balik...

maka benarlahh, sejauh mana pun kita berkelana, maka kampung jugalah tempat yang paling indah, setidak2nya itu yang aku rasa... lain orang, mungkin lain pulak perasaannya... walaupun kampung itu tidak seindah tempat lain, tapi dek kerana ikatannya dengan kita yang sangat kuat, maka itulah tempat yang paling selesa untuk kita selepas bergelumang peluh mencari rezeki, atau bersengkang otak menelaah pelajaran...

dan bagi aku, selepas balik kampung, semuanya akan kembali seperti sediakala... semangat, perasaan dan sebagainya kembali diperbaharui... mungkin kerana tenangnya kita semasa di kampung, maka segala macam masalah seakan lenyap, atau tanpa kita sedar kita dapat menyelesaikannya... jadi rasanya, selepas beberapa lama, pasti aku akan terasa mahu balik ke kampung lagi... dan walaupun apa halangan, insyaAllah, itulah yang akan aku lakukan...:-)

korban...

malas nak cerita panjang, cuma mahu memaparkan gambar sekitar peristiwa korban di belakang rumah aku...:-)


merenung nasib pada saat2 akhir kehidupannya...:-)



seolah2 merelakan saja segala persediaan yang dilakukan untuk mengorbankannya...:-)



beberapa orang doktor cuba menenangkan perasaan haiwan yang terbabit dalam peristiwa korban ini...:-)



seorang pakar membersihkan batang tengkuk si lembu, agar lebih mudah pisau menusuk ke rengkungnya...:-)



bersedia untuk berkorban...:-)



mulanya sebuah korban...



sekali zappp, siaplaa sembelihannya...:-)



akhir sebuah kehidupan... tetap mulia kerana matinya kerana korban...:-)



mengasingkan belulang dari isi, yang boleh makan dari yang tidak...:-)



pisau mesti tajam, baru senang belulangnya tanggal...:-)



dulu banyak gunanya belulang ni... sekarang, takde yang nak... akhirnya aku yang gali lubang dan kambus segala belulang...:-)



besar sama di lapah, kecil sama dicicip... besar atau kecil, aku cuma ambik gambar saje...:-)



bahagikan sama rata, 7 bahagian... agar adil dan saksama...:-)




yang ni tak bahagi2kan... akhirnya tergantung di pokok di depan rumah... tanda kepahlawanan kita mengorban...:-)


*** sekian saja korban untuk tahun ini...:-)

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha...

dulu aku jarang balik cuti masa raya haji... macam2 sebab... masa belajar dulu mungkin sebab kos... dan lagi mungkin jugak sebab cutinya pendek sangat... masa kerja pun sama, cutinya pendek sangat dan kadang2 aku tak bleh cuti pon masa raya haji...

sejak 2-3 tahun kebelakangan ni pulak aku tak pernah tak balik... seboleh2nya aku akan balik... selalunya tahun2 lain takde masalah sangat... cuma tahun ni saja yang berproblem sikit... maklum saja, baru bukak kedai aritu... walaupun tumpang2 je, tapi tetap jugak menambahkan kerja... so, bila aku balik kampung, kerja yang sepatutnya aku buat org lain kena cover... tak sedap ati jugak, tapi aku mmg teringin nak balik time raya aji... tambah pulak ayah aku tumbang lembu ni, walaupun ada org lain yang masuk bahagian, tapi kerja2 sembelihannya mesti kat rumah aku... so, balik kampung adalah tindakan yang terbaik...:-)

kepada semua, salam aidiladha... asal mula hari raya korban adalah pengorbanan seorang ayah, seorang anak dan juga seorang ibu... jadi anda semua perlu bertanya kepada diri anda, sekiranya anda seorang anak, adakah anda bersama ibubapa anda pada hari raya korban ini... sekiranya tidak, pastikan anda mempunyai alasan yang cukup kukuh dan betul kenapa anda tidak merayakannya bersama mereka...:-)

salam aidiladha, semoga ianya bererti untuk anda walau bagaimana cara anda menghabiskannya...:-)

Thursday, November 11, 2010

bila mau baikk...

dah lama juga aku tak sihat... dalam post sebelum ni aku ada cakap yang aku demam... demamnya tu melarat2 sampai laa ke hari ni... kama sungguh, dah abis 2 minggu dah... walaupun tak seteruk mula2 tuu, kesannya masih ada... betul laa, kalau lama2 tak sakit, dah sakit skali ni teruk sungguh...

aku pun tak tahu sekarang ni tgh sakit apa... nak kata demam, badan dah tak panas... nak kata selsema, hidung dah tak berair... cuma yang aku tahu, aku belum lagi kembali macam keadaan biasa... jadi, kalau aku tak tahu sakit apa, apa ubat yang aku nak makan... maybe aku kena try makan ubat batuk, sbb ni pon ada batuk2 sikit...

sakit ni sebenarnya sangat memalaskan aku... nak bangun poegi keje malas, nak buat keje malas, nak berbual malas, malah kadang2 nak makan pon sangat malas... dah beberapa hari tak makan nasik, cuma makan menda2 yang kurang mengenyangkan... malah nak menulis dalam blog ni pon sangat malas walaupun selalunya idea mendatang... dan 3-4 hari ni badan aku rasa sangat lembik... selalunya time keje aku jarang2 ngantuk, tapi semenjak dua ni selalu sangat rsa ngantuk... mungkin kekurangan vitamin...cuma rasanya sakit yang berpanjangan ni mungkin jugak disebabkan oleh faktor cuaca...

apa2 pun aku harap aku sembuh seperti sediakala... supaya aku boleh berkeadaan seperti biasa, bekerja seperti biasa, bercakap seperti biasa dan boleh bertindakbalas seperti biasa...:-)

Tuesday, November 9, 2010

tanda sokongan...

sebenarnya dah banyak novel yang aku beli... cuma yang ini agak istimewa, kerana ia sebagai tanda sokongan pada seorang member sekolah dulu... yep, beliau adalah penulis buku ni, walaupun tak berapa rapat, tapi kami tetap 1 sekolah dulu...

khabarnya kembara lang surya adalaha buku pertama daripada 3 buah buku dlm trilogi pendeta gua khayalan... semoga beliau berjaya menghabiskan semua ceritanya... dan juga aku ucapkan selamat maju jaya untuk beliau dalam bidang penulisan ni...

selain daripada tanda sokongan, aku beli buku ni kerana aku berkenan dengan gaya bahasa yang beliau gunakan... dan lagi, genrenya agak berlainan berbanding kebanyakan buku... mutakhir ini, kita terlalu banyak disepahkan dengan buku2 cinta di pasaran... dan lagi, ada antaranya yang menggunakan gaya bahasa yang aku sangat aku tidak suka... secara jujur, sekarang ini aku lebih suka baca buku2 daripada penulis indonesia yang mantap dari segi bahasa berbanding buku2 karya anak malaysia yang entah apa2 bahasanya...:-)

dam kepada saudara masdalie, selamat maju jaya aku ucapkan... semoga berjaya menghasilkan karya2 yang memukau dan membuka minda...:-)

Sunday, November 7, 2010

selamat pengantin baru...

06/11/2010 - majlis perkahwinan seorang kawan di kuala lumpur... diadakan di taman tasik titiwangsa, suasananya amat terbuka... dapat juga berjumpa semula dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa... tak lah kenal sangat sebenarnya dengan pengantin, cuma pernah bermain bola dan futsal sama2 dulu... apa2 pun, selamat pengantin baru, semoga bahagia ke akhir hayat...:-)

Wednesday, November 3, 2010

The Choosen One....



kalau tak share kat blog ni pon dia ni dah glamer gila dah...:-) semua tempat kalau pegi pon duk pasang lagu dia jee... cuma tertarik dengan lagu yang agak syahdu dan klip video yang di buat berdasarkan kepada apa yang di alami oleh 'the choosen one', Muhammad S.A.W...

baik buruk...

segala menda ada baik dan buruknya... setiap orang juga ada baik dan buruknya... jadi untuk menilai seorang pencuri itu jahat, dan seorang pak imam itu baik mungkin agak kurang wajar... bukanlah aku nak kata bahawa mencuri itu baik dan menjadi pak imam itu tak baik, tapi seperti yang dikata tadi, setiap orang ada baik dan buruknya... lagi pula, kita sebagai manusia tidak perlu terlalu menilai orang lain kerana diri kita sendiri pon belum tentu betulnya... adalah lebih baik kita perhatikan diri kita sendiri dahulu sebelum menilai org lain... jangan terlalu menjaga tepi kain orang sehingga tak sedar kain kita sendiri dah terkoyak... ambil lah nilai baik yang ada pada seseorang, bukan terlalu asyik melihat keburukannya sehingga tiada satu faedah pon yang kita perolehi...:-)

demam...

agak lama jugak tak jengah ke blog ni... sebenarnya di landa musibah, demam yang agak teruk... payah pulak tuu nak baiknya... tapi selalunya mmg macam tu... jarang2 dapat sakit, tapi kalau dah kena pakai payah laa nak baiknya...

bila dah demam2 macam ni, nak buat semua menda pon takde mood... makan pon takde selera... maka betul laa, kalau Tuhan nak tarik nikmat tu sekejap je... pagi elok2 boleh makan, petang dah takde selera dah... dah la takde selera, mulut pon rasa pahit semacam jee...

ni pon tak berapa nak elok lagi, ada lagi batuk2 tuu... tapi kerja ttp kena kerja... dedikasi laa katakan... hehhh... harap2 baik laa secepat mungkin, boleh la bergerak bebas dan aktif semula...:-)

Friday, October 29, 2010

ibu bapa...

pertama sekali aku sangat2 berharap tiada yang tersalah sangka dengan tulisan ini... aku tidak mahu membuat sesiapa kecil hati, cuma aku hanya melontarkan pendapat aku dalam blog ini... mungkin pendapat aku ini tidak betul, tapi ia masih pendapat aku... jadi kalau ia menyentuh sesiapa sahaja, aku mintak maaf...

khutbah jumaat pada hari ini bercakap mengenai ibubapa... bagaimana kita sebagai anak sepatutnya menjaga kedua orang tua kita dengan sempurna di hari tua mereka... aku sangat2 setuju bahawa walau bagaimana pun kehidupan kita, kita perlu mengambil berat soal ibubapa...

"seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu"

macam pernah dengar bukan... pepatah atau apa, tapi semenjak kecil aku selalu dengar kata2 ni... dan sebenarnya, dari dulu aku mmg tak setuju dengan pepatah ni... membandingkan penjagaan anak kecil dengan org tua bagi aku adalah pendapat yang sangat daif... samada kita anak atau ibu/bapa, akal yang celik semestinya bersetuju bahawa menjaga anak kecil dan orang tua adalah dua perkara yang sangat berbeza... dalam menjaga anak2, kita boleh sahaja memarahi, mengherdik malah memintal telinga jika perlu... tapi lain halnya jika menjaga ibubapa sendiri... kerana itu aku tidak bersetuju... bukan aku tidak bersetuju dengan maksud yang terkandung dalam kata2 di atas, tapi aku kurang setuju dengan perbandingan yang ada dalam kata2 tu...

satu hal lagi yang di sentuh dalam khutbah jumaat tadi adalah soal menghantar ibubapa ke rumah org tua... aku sangat2 tak setuju sekiranya anak2 menghantar ibubapa mereka ke rumah org2 tua... tapi kita juga perlu menilai perkara ini dalam konteks kehidupan pada hari ini... kita dapat perhatikan, pada masa sekarang, terutama di bandar2 besar, suami atau isteri adalah orang yang bekerja... ingat, bukan mereka tidak mahu menjaga, tapi sekiranya salah seorang berhenti kerja, mungkin akan memberi masalah kepada ekonomi rumahtangga yang memungkinkan timbulnya masalah2 lain yang lebih besar... jadi dalam hal ini, aku tertanya2, siapa yang akan menjaga ibubapa sekiranya mereka tinggal bersama kita... apakah kita boleh percaya sepenuhnya org gaji yang kita upah... kalau mereka sendirian di rumah, tidakkah akan meletihkan mereka sekiranya terpaksa menjaga cucu-cucu mereka... kalaupun tiada cucu, bagaimana sekiranya terjadi kemalangan dalam rumah... maklum sahaja, berbagai perkara boleh berlaku walaupun dalam rumah sendiri...

jadi apabila menilai perkara sebegini, kadang2 ada baiknya juga sekiranya mereka berada di rumah orang2 tua... di sana, ada penjaga yang akan menjaga mereka dengan baik... malah ada kawan2 yang boleh berkongsi cerita dengan mereka... kerana itu, di sesetengah negara, ada yang membuka rumah persaraan agar org2 tua ini ada tempat untuk berkumpul bersama kawan2... sekurang2nya mereka tidak kesunyian di rumah... tapi, selepas mereka di hantar ke sini, kita sebagai anak juga mempunyai peranan... yang jadi salahnya ialah apabila selepas menghantar, kita lansung tak menjengah mereka... kita serahkan sepenuhnya mereka kepada pengurusan rumah org tua... tindakan kita selepas menghantar yang silap... kalau setiap minggu kita menjengah mereka, bawa balik ke rumah untuk mereka bermesra dengan cucu2, atau bawa mereka berjalan2 ke mana saja, ia lebih bermakna pada mereka... apatah lagi sekiranya kita boleh menjengah mereka setiap hari... apa yang penting ialah niat kita semasa menghantar mereka... tindakan2 yang kita lakukan selepas menghantar mereka sgt penting supaya mereka tidak merasa mereka tidak diperlukan...

apa pun, tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menghasut atau sebagainya... pilihan di tangan masing2, aku cuma lontarkan pandangan aku untuk nilaian bersama... dan bagi aku, aku mahu jaga orang tua aku sendiri... selagi aku hidup, insyaAllah kehidupan mereka tidak akan berakhir di rumah org tua... tapi, kita hanya merancang, semoga segala rancangan yang baik mendapat restu dari Allah Yang Maha Esa...sekali lagi aku mintak maaf sekiranya tulisan ini menyinggung sesiapa sahaja, baik yang kenal ataupun tidak akan diri aku ini...:-)

Thursday, October 28, 2010

final piala malaysia 2010...

dalam malas2 nak ambik pusing hal bola malaysia ni, aku tulis jugak perihal final piala malaysia edisi 2010... macam tahun lepas jugak, ulang balik lawan, negeri sembilan lawan kelantan... sejarah tahun lepas sangat dahsyat... habis terbakar kerusi stadium bukit jalil bila kelantan kalah... trak fru pon jadi sasaran... maklumlaa, mesti semua penonton marah... hadiah kan berjuta juta jutaaaa...


secara umum, memang aku rasa dua pasukan ni adalah pasukan yang layak... malah mungkin mereka pasukan terbaik dalam malaysia buat masa nii... negeri sembilan cukup konsisten samada dalam liga super ataupun piala malaysia... kelantan pulak sangat2 power kat tempat sendiri... dan lagi, perlawanan akhir ni sebenarnya menemukan dua org jurulatih yang aku kagumi...

wan jamak wan hassan jurulatih negeri sembilan yang berasal dari johor sebenarnya dah lama jadi jurulatih... malah beliau juga pernah melatih pasukan negara ke peringkat antarabangsa... b. sathianathan bagi kelantan pula adalah pengganti tepat selepas jurulatih import sebelum ini meletakkan jawatan... dan sathianathan juga pernah melatih pasukan kebangsaan... ironinya, karier kedua2 jurulatih ini merudum selepas melatih pasukan kebangsaan... mungkin betul telahan aku selama ni, melatih pasukan malaysia hanyalah akan merosakkan resume sesiapa sahaja... aku masih ingat ketika sathianathan di lantik menjadi jurulatih, cukup dengan hanya kata2 presiden FAM selepas perlawanan yang kononnya malaysia beraksi cemerlang... tak perlu mesyuarat, tak perlu apa...:-)

bercakap pasal FAM, badan ini merupakan sebuah badan yang langsung tak boleh di tegur... bercakap saja pasal FAM, anda mungkin di gantung... dan ia baru berlaku pada b. sathianathan... hanya kerana sathianathan menegur keadaan padang dalam perlawanan antara perlis dan terengganu, dia di gantung selama 6 bulan... dan untuk pengetahuan, padang bola di terengganu itu sememangnya patut di tegur kerana ia sangat memalukan... sangat mudah untuk FAM menjalankan hukuman, apatah lagi pada sesiapa yang mereka kurang suka... tiba2 aku teringat apa yang terjadi pada arwah Datuk Basri Akil... mungkin kerana betapa maksumnya FAM ini, tiada siapa yang boleh menegur...

apa pun, aku doakan selamat berjaya pada kedua2 pasukan... semoga bermain dalam penuh semangat kesukanan... walaupun kamu tak mungkin dapat memajukan bolasepak di malaysia, cukuplah kamu bermain seperti sebenar2nya seorang pemain bola... dan pada penonton, janganlah di bakar lagi kerusi stadium itu... janganlah dihancurkan lagi trak fru... kerajaan sudah kehabisan duit, mereka takkan dapat mengganti lagi trak tersebut... dan lagi, hadiah pun bukanlah sampai berjuta juta juta jutaaaa...:-)

Wednesday, October 27, 2010

aku bangga...

aku bangge aku jadi anok tranung...
dalam tranung ade macang2...
budu, poyok, kepok lekor, sutung kering...
ade beratah2 dalam tranung...
siap pitih semue buleh wak lik...
lambak sikit nye bahang ke org...

aku bangge aku jadi anok tranung...
bumi tranung bumi yang hija...
bumi tranung bumi berwarisang...
dok cukup warisang, nye wak pulok taman tamadung...
nok gi duane semua pong buleh...
turki, egypt, spanyol, india semuanya ade...
tinggal bayo teket, semua tepak buleh lawak...
dok payoh terbang, dok payoh kapal laut...
silap2 nok naik aji pong buleh...
hok takdok cume kongostang je...

aku bangge aku jadi anok tranung...
banyok pembangunan di sining dan di sinung...
buat dok lame semua pong siap...
buat dok lama semua pong lenyap...
buat stadium, stadium runtuhh...
buat skoloh, skoloh lokoh...
buat stesen bas, stesen bas derohong...
buat dewan, siling pulok berudum...
buat kolang, kolang jadi tembuh...
serba buat serbinya masaalohh...
nok wat guane org tranung gagoh blake...
asal setuh jadi lerai...
asal setuh jadi debu...

aku bangge aku jadi anok tranung...
banyok pitih buleh perabih...
sedia pulok mydin besor bapok...
setiap hari khumun di org...
setiap hari nye penoh pepok...
setiap hari perabih ke pitih...
kalu habih dok ape lah awang weiii...
kita pakat2 pulok mintok pitih ehsan...
untung2 ade org nok bui...
untung2 buleh gi mydin lagi...
kalu takdok pon norehlah kite...
kalu takdok pon ke laut laa kite...
kalu takdok pon wak padi lahh kite...
hok tu je khije kite buleh buat...
nok harap khije jabat, pah ceroh lah payoh nok buleh...
nok tunggu kabel besor baru sedap duduk...

aku bangge aku jadi anok tranung...
sebab jimat bile paka pitih...
paip kecik jangan ganti...
karen dok cukup jgn tamboh power...
biar nyaknye ke org kampong...
biar garib air dok tubik...
biar tunggu nok basuh baju...
biar selok kere bila nok berok...
biar malam lampu jadi lip lap...
biar rabun bila baca buku...
biar payoh nok tgk muke anok bining...
biar lip lap rumoh jadi disko...

aku bangge aku jadi anok tranung...
sebab lening jadi bandoraya...
kut celoh mana bandor aku dok tahu...
kut lubang mana raya pong aku dok reti...
bila balik rasa malu mata...
nok kate bandor shopping kompleks pon takdok...
nok kate raya dok napok ke pesen pulok...
hok ade cuma mat muto...
hok ade cuma mat pow...
hok ade cuma awang sluo meroh...
hok ada cuma rozak stesen bas...

aku bangge aku jadi anok tranung...
biar ape org kata aku ttp tranung...
biar ape org kate aku tetap bangge...
tapi bangge dokleh wak makang...
tapi bangge dokleh wak senang...
tapi bangge dokleh wak masuk kubo...
cuma bangge buleh wak nelang...

aku bangge aku jadi anok tranung...
moga dok hacur ditangan pangang...
moga dok lebur ditangan bangang...
aku bangga aku jadi anok tranung...:-)



***************ikhzan sufi***************
***************27/10/2010***************
***************10.56pm***************


Tuhan tak pernah jauh...

kadang2 apa yang kita rancang tidak menjadi... ada sahaja aral yang memungkinkan segala yang kita rancang tidak terlaksana... kadang2 pula apa kemahuan kita tidak kita perolehi... lantas kita berasa kecewa sehingga adakalanya ia menjejaskan perjalanan hidup kita... seringkali kita mengambil masa yang lama untuk meratapi apa yang kita tidak perolehi dan tanpa kita sedar, ada perkara lain yang diberikan kepada kita yag mungkin lebih baik daripada apa yang telah kita terlepas...

sesekali dalam hidup, kadangkala kita rasa kita berada dalam jurang yang amat dalam... setinggi mana cuba di gapai tangan, kita masih tidak dapat menjamah permukaannya... lantas dalam keadaan ini, kita capai apa saja tempat berpaut agar kita tidak terus tenggelam... dan setelah berpaut, kita seharusnya berfikir dan berusaha untuk membawa diri ke atas... seandainya kita bertahan di tempat pautan, nescaya lambat laun kita akan menuju kembali ke jurang yang sama...

walaupun kita jarang menyedari, kadang2 kita berada di puncak singgahsana... bersenang lenang dengan kurniaan, dan kita seolah2 tidak mempunyai masalah... dan kita hidup dengan gembira sehingga kita kadang2 lupa untuk menyediakan tapak yang paling kukuh, agar kita terus berada di situ dan supaya kita tidak terjerumus suatu hari nanti...

begitulah kehidupan... kadang2 kita di kurniakan kesenangan, dan seringkali juga kita diuji dengan kepayahan yang bukan sedikit... selalunya kita beringat ketika susah dan lupa ketika senang, sedangkan kedua2nya adalah ujian untuk kita... ketika kita beringat, atau ketika kita lupa, Tuhan tak pernah jauh...

Tuesday, October 26, 2010

perjumpaan...

berjumpa dengan kawan lama selalunya menyeronokkan... apatah lagi kalau lana tak bertemu, maka banyaklaa perkara yang dibualkan... dari hal masa sekarang, hinggalah kisah2 dulu, semuanya boleh dijadikan cerita dan bahan ketawa... sesekali bertemu, masa 4 jam seakan tak terasa... begitu banyaknya yang hendak dibualkan...

dengan kesempatan yang terluang, maka aku berusaha untuk berjumpa dengan kawan2 sekolah dahulu, yang kesemua mereka sedang bermukim di jb buat masa ini... tidaklah seramai mana, tapi cukuplah sebagai permulaan bahawa kami masih saling berhubung... meski ada yang sudah berkahwin, kesudian meluangkan masa bersama sangat2 dihargai... kerana aku yang mengatur pertemuan, maka aku namakan perjumpaan ni sebagai perjumapaan ex-smsd 96' cawangan johor...:-) semoga ada lagi perjumpaan sebegini pada masa2 akan datang...


tempat perjumpaan, restoran singgah selalu danga bay... tujuannya adalah supaya masing senang mencari tempat ini... tapi tempat ini sangatla kurang aman untuk dijadikan tempat perjumpaan... dengan meja yang sentiasa penuh, ditambah pulak dengan hiruk pikuk manusia2 yang berbual... dan lagi dengan semuanya berpakaian mengalahkan artis popular, seksi dan ntah apa2... pekerja restoran juga sudah tak mampu bekerja dengan baik sehingga dipanggil berkali2 pun sudah tak mahu datang...


antara kawan2 yang sudahpun menetap di jb... ada guru, ada pegawai imigresen, ada pegawai kastam dan ada juga lecturer merangkap peniaga... dan ada seorang yang tidak dapat hadir, kami semua memahami kerana dia seorang isteri... semuanya sudah punya kehidupan sendiri... dan semoganya masing2 bahagia dengan kehidupan masing...

berjumpa dengan kawan2 memanglah seronok, tapi setiap kali berjumpa selalunya aku akan terasa sangat kerdil... manakan tidak, semuanya sudah punya kerjaya yang kukuh, sedang aku sentiasa saja terumbang-ambing, hidup bagai atas ihsan org lain... dan selalunya aku akan berakhir dengan rasa yang sangat tidak enak... apatah lagi kali ini ada yang menyarankan aku supaya balik saja ke kg, usahakan apa yang patut di kg sana... tidak salah apa yang dikata, dan ada juga aku terfikir hal yang sama... dan lagi katanya, kalau pun aku mengambil risiko sekarang, hanya aku sahaja yang terlibat, belum lagi membabitkan anak, isteri dan keluarga... sekali fikir betul juga, cumanya kekuatan masih belum muncul... di kg atau di sini, apa yang perlu adalah kekuatan dalaman yang akan memaksa aku untuk melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan...

apa saja yang dibualkan, aku tak pernah jemu jumpa kawan2 lama... berbual, ketawa dan mengenang kisah2 dulu adalah sesuatu yang indah... semoga saja keindahan masa lalu itu bersambung dan berkembang biak dalam kehidupan masa kini dan akan datang...:-)

Sunday, October 24, 2010

berjalan...

banyak berjalan luas pemandangan... ye, sangat tepat sekali kata2 itu... tapi sebagai diri aku sendiri, kalau banyak berjalan pun tak ada gunanya kalau perjalanan itu hanya setempat sahaja... pendek kata dan memudahkan bicara, berjalan banyak pun tak guna kalau dalam batu pahat ni je... jadi, untuk meluaskan pemandangan, maka berjalanlah aku ke jb demi satu tujuan....:-)


ujibakat raja lawak 5 sedang di adakan di plaza kotaraya, johor bahru... yang pasti, apa yang mereka lakukan itu adalah untuk menguji, bakat atau tidak terserahlahh pada penilaian juri... tapi memang ramai lah yang mahu mencuba nasib berlawak atas pentas yang tak seberapa besar... ramai yang mencuba, ramai lagi yang melihat... dan sepanjang aku berada kat situ, aku tak dengar pon sebarang gelak ketawa disebabkan oleh lawak yang sedang dipentaskan... biasanya begitulahh, sebab siapalah mereka untuk kita gelak, sekadar seorang yang baru mencuba... aku rasa masa nabil ujibakat sekalipun takde org yang gelak... tapi kalau sekarang dia bukak mulut, pasti org ternganga2 ketawa...


3 orang juri yang ada ialah david teo, sathia dan jugak yus (takde dalam gambar mungkin kerana tgh curi tulang)... sungguh 1malaysia... adakah itu tujuannya, aku sendiri tak tahu... yang aku tahu, aku tgk ketiga2 org ni mukanya tersangatlah bosan dan membuat kerja dalam keadaan yang sangat terpaksa... malah mungkin keterlaluan kalau aku katakan mereka banyak tido dari mendengar lawak peserta... tapi, kerana mereka org profesional, mungkin dengan tido itu mereka dapat menilai lawak peserta dengan lebih berkesan...

maka benarlah, banyak berjalan luas pandangannya... semoga aku berjaya...:-)

Thursday, October 21, 2010

arahan jelas...

sekiranya kamu tidak mengendahkan semua tanda2 amaran yang sudah diberitahu, maka janganlah kamu meraung meraban sekiranya terjadi apa2 ke atas diri kamu... sesungguhnya aku tidak bertanggungjawab dan aku tidak akan sekali-kali membazirkan masa yang aku ada untuk memanggil bantuan bagi kamu... berusahalah kamu dengan sendirinya untuk melepaskan diri dari musibah yang menimpa...:-)