Sunday, October 24, 2010

berjalan...

banyak berjalan luas pemandangan... ye, sangat tepat sekali kata2 itu... tapi sebagai diri aku sendiri, kalau banyak berjalan pun tak ada gunanya kalau perjalanan itu hanya setempat sahaja... pendek kata dan memudahkan bicara, berjalan banyak pun tak guna kalau dalam batu pahat ni je... jadi, untuk meluaskan pemandangan, maka berjalanlah aku ke jb demi satu tujuan....:-)


ujibakat raja lawak 5 sedang di adakan di plaza kotaraya, johor bahru... yang pasti, apa yang mereka lakukan itu adalah untuk menguji, bakat atau tidak terserahlahh pada penilaian juri... tapi memang ramai lah yang mahu mencuba nasib berlawak atas pentas yang tak seberapa besar... ramai yang mencuba, ramai lagi yang melihat... dan sepanjang aku berada kat situ, aku tak dengar pon sebarang gelak ketawa disebabkan oleh lawak yang sedang dipentaskan... biasanya begitulahh, sebab siapalah mereka untuk kita gelak, sekadar seorang yang baru mencuba... aku rasa masa nabil ujibakat sekalipun takde org yang gelak... tapi kalau sekarang dia bukak mulut, pasti org ternganga2 ketawa...


3 orang juri yang ada ialah david teo, sathia dan jugak yus (takde dalam gambar mungkin kerana tgh curi tulang)... sungguh 1malaysia... adakah itu tujuannya, aku sendiri tak tahu... yang aku tahu, aku tgk ketiga2 org ni mukanya tersangatlah bosan dan membuat kerja dalam keadaan yang sangat terpaksa... malah mungkin keterlaluan kalau aku katakan mereka banyak tido dari mendengar lawak peserta... tapi, kerana mereka org profesional, mungkin dengan tido itu mereka dapat menilai lawak peserta dengan lebih berkesan...

maka benarlah, banyak berjalan luas pandangannya... semoga aku berjaya...:-)

2 comments:

  1. Sama ada mmg tak lawak,
    atau penonton tak paham lawak tu.

    Ataupun.. entah ek.
    Awak berada di sana, u should know better.

    Regards.

    ReplyDelete
  2. aku rasa ada jugak yang lawak...
    tapi sbb org2 biasa yang buat lawak tuu...
    so ramai yang mencebik dari yang ketawa...:-)

    ReplyDelete