berjumpa dengan kawan lama selalunya menyeronokkan... apatah lagi kalau lana tak bertemu, maka banyaklaa perkara yang dibualkan... dari hal masa sekarang, hinggalah kisah2 dulu, semuanya boleh dijadikan cerita dan bahan ketawa... sesekali bertemu, masa 4 jam seakan tak terasa... begitu banyaknya yang hendak dibualkan...
dengan kesempatan yang terluang, maka aku berusaha untuk berjumpa dengan kawan2 sekolah dahulu, yang kesemua mereka sedang bermukim di jb buat masa ini... tidaklah seramai mana, tapi cukuplah sebagai permulaan bahawa kami masih saling berhubung... meski ada yang sudah berkahwin, kesudian meluangkan masa bersama sangat2 dihargai... kerana aku yang mengatur pertemuan, maka aku namakan perjumpaan ni sebagai perjumapaan ex-smsd 96' cawangan johor...:-) semoga ada lagi perjumpaan sebegini pada masa2 akan datang...

berjumpa dengan kawan2 memanglah seronok, tapi setiap kali berjumpa selalunya aku akan terasa sangat kerdil... manakan tidak, semuanya sudah punya kerjaya yang kukuh, sedang aku sentiasa saja terumbang-ambing, hidup bagai atas ihsan org lain... dan selalunya aku akan berakhir dengan rasa yang sangat tidak enak... apatah lagi kali ini ada yang menyarankan aku supaya balik saja ke kg, usahakan apa yang patut di kg sana... tidak salah apa yang dikata, dan ada juga aku terfikir hal yang sama... dan lagi katanya, kalau pun aku mengambil risiko sekarang, hanya aku sahaja yang terlibat, belum lagi membabitkan anak, isteri dan keluarga... sekali fikir betul juga, cumanya kekuatan masih belum muncul... di kg atau di sini, apa yang perlu adalah kekuatan dalaman yang akan memaksa aku untuk melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan...
apa saja yang dibualkan, aku tak pernah jemu jumpa kawan2 lama... berbual, ketawa dan mengenang kisah2 dulu adalah sesuatu yang indah... semoga saja keindahan masa lalu itu bersambung dan berkembang biak dalam kehidupan masa kini dan akan datang...:-)
No comments:
Post a Comment