dalam malas2 nak ambik pusing hal bola malaysia ni, aku tulis jugak perihal final piala malaysia edisi 2010... macam tahun lepas jugak, ulang balik lawan, negeri sembilan lawan kelantan... sejarah tahun lepas sangat dahsyat... habis terbakar kerusi stadium bukit jalil bila kelantan kalah... trak fru pon jadi sasaran... maklumlaa, mesti semua penonton marah... hadiah kan berjuta juta jutaaaa...
secara umum, memang aku rasa dua pasukan ni adalah pasukan yang layak... malah mungkin mereka pasukan terbaik dalam malaysia buat masa nii... negeri sembilan cukup konsisten samada dalam liga super ataupun piala malaysia... kelantan pulak sangat2 power kat tempat sendiri... dan lagi, perlawanan akhir ni sebenarnya menemukan dua org jurulatih yang aku kagumi...
wan jamak wan hassan jurulatih negeri sembilan yang berasal dari johor sebenarnya dah lama jadi jurulatih... malah beliau juga pernah melatih pasukan negara ke peringkat antarabangsa... b. sathianathan bagi kelantan pula adalah pengganti tepat selepas jurulatih import sebelum ini meletakkan jawatan... dan sathianathan juga pernah melatih pasukan kebangsaan... ironinya, karier kedua2 jurulatih ini merudum selepas melatih pasukan kebangsaan... mungkin betul telahan aku selama ni, melatih pasukan malaysia hanyalah akan merosakkan resume sesiapa sahaja... aku masih ingat ketika sathianathan di lantik menjadi jurulatih, cukup dengan hanya kata2 presiden FAM selepas perlawanan yang kononnya malaysia beraksi cemerlang... tak perlu mesyuarat, tak perlu apa...:-)
bercakap pasal FAM, badan ini merupakan sebuah badan yang langsung tak boleh di tegur... bercakap saja pasal FAM, anda mungkin di gantung... dan ia baru berlaku pada b. sathianathan... hanya kerana sathianathan menegur keadaan padang dalam perlawanan antara perlis dan terengganu, dia di gantung selama 6 bulan... dan untuk pengetahuan, padang bola di terengganu itu sememangnya patut di tegur kerana ia sangat memalukan... sangat mudah untuk FAM menjalankan hukuman, apatah lagi pada sesiapa yang mereka kurang suka... tiba2 aku teringat apa yang terjadi pada arwah Datuk Basri Akil... mungkin kerana betapa maksumnya FAM ini, tiada siapa yang boleh menegur...
apa pun, aku doakan selamat berjaya pada kedua2 pasukan... semoga bermain dalam penuh semangat kesukanan... walaupun kamu tak mungkin dapat memajukan bolasepak di malaysia, cukuplah kamu bermain seperti sebenar2nya seorang pemain bola... dan pada penonton, janganlah di bakar lagi kerusi stadium itu... janganlah dihancurkan lagi trak fru... kerajaan sudah kehabisan duit, mereka takkan dapat mengganti lagi trak tersebut... dan lagi, hadiah pun bukanlah sampai berjuta juta juta jutaaaa...:-)

No comments:
Post a Comment