Baru semalam gua rasa mak gua kejutkan gua untuk pergi sekolah. Bangun pagi2 ketika ayam belum berkokok bukan kerja mudah. Sekolah juga tidak mudah, tapi untuk sebuah masa depan, gua perlu juga ke sekolah. Dalam malas2 gua bangun juga, menuju telaga yang letaknya di tepi rumah. Sejuk airnya jangan cerita, boleh tembus ke urat saraf. Malah gua masih ingat waktu2 begitu setiap kali bernafas akan mengapungkan asap, macam duduk di tempat yang bersalji. Kadang2 rasa juga macam mat saleh. Dan dalam sejuk pagi, gua masih ingat mak gua akan masakkan air menggunakan dapur kayu, dan air panas akan dicampur ke dalam air mandian gua. Mahu tak mahu, gua terpaksa juga rajin ke sekolah...
Baru semalam gua rasa gua bersekolah rendah. Baju putih lusuh, seluar biru kusam dan kasut putih kekuningan biasanya jadi seragam gua. Tambah manis untuk diingat, kasut gua kadang2 ada mulut di depannya. Jarang seragam gua berganti, kadang2 dipakai hingga mencapai tahap total lost. Gua juga masih ingat sepanjang sekolah rendah, gua sangat aktif. Baru semalam rasanya gua wakil sekolah bermain bola, pingpong, badminton, bola baling. Malah gua masih ingat lagi betapa gilanya berkayuh basikal ke sekolah lain, dan kemudiannya bertanding dalam permainan takraw. Menang pulak tu...
Baru semalam juga gua rasa berlari atas batas sawah, mengejar ciak dan belalang, dan kadang2 daripada batang padi gua jadikan serunai. Baru semalam gua rasa membantu mak dan ayah gua mengerjakan sawah. Kerana rajin menolong juga lah gua terhiris jari sendiri yang parutnya masih jelas pada jari kelingking gua hingga ke hari ini. Dan gua rasa akan gua bawa parut itu sampai akhir hayat. Siap mengerjakan sawah, selalunya lopak2 air akan menyediakan lauk untuk kami samada haruan, keli ataupun puyu. Menangkapnya sangat senang, cukup dengan menyuakkan air menggunakan kaki. Bila sawah padi mengosong, itulah tempat untuk kami menganjurkan layang2 yang kami buat sendiri dan berlawan siapa punya yang paling tinggi. Dan bila musim padi berulang, maka berulang juga lah kitaran aktiviti gua.
Baru semalam juga gua rasakan gua masuk ke sekolah berasrama penuh, mendaftar berteman mak dan ayah. Gua terdampar di asrama keseorangan tanpa mengenali sesiapa, dan dari situ gua belajar berdikari, hidup sendiri dan menyelesaikan sebarang masalah dengan pintar akal gua. Dan kadang2 bila pintar akalnya sudah kurang berbisa, maka masalah kecil akan bertukar menjadi masalah lebih besar. Seakan masih terasa tapak tangan besar hinggap di pipi gua, hadiah dari cikgu tanpa gua tahu apa sebabnya. Genap 5 tahun, gua kembali ke dunia sebenar, mengharung cabaran lebih besar mencerna hidup mengikut acuan yang gua mahu.
Baru semalam juga gua rasa gua mendaki ke pentas menerima segulung ijazah setelah bersusah payah dalam kemalasan untuk menghabiskan pengajian. Dan terkemudian darinya, ijazah itu gua jaja ke sana ke mari bagi melamar sebarang pekerjaan yang akhirnya mendamparkan gua pada kedudukan gua sekarang.

************************************************
Segalanya seperti baru semalam gua rasakan. Dan tanpa sedar, hari ini gua sudah genap berusia 32 tahun. Sudah selesai separuh dari hidup gua. Itu pun kalau gua berumur panjang. Gua harap gua akan terus tabah menjalani hidup, dan semoga Tuhan sentiasa mengasihani gua dengan rahmat kasihNya...
Baru semalam lu punya sambutan ulangtahun hari lahir.
ReplyDeleteBaru harini gua nk buat wishing.
Moga Allah merahmati diri anda, memberkati hidup anda dan memudahkan segala urusan anda di dunia dan akhirat.
wishing bila2 pun gua tetap terima...
ReplyDeleteapa lagi kalau permintaannya yang baik2, yang muluk2...
semoga sama2 beroleh rahmat...:-)