Gua duduk atas sofa yang empuk, biliknya sangat dingin. Penghawa dingin yang 2 biji itu kembang kuncup menebarkan hawa sejuk. Entah kenapa, hati gua tiba2 berdebar kencang. Sebenarnya gua tak pasti kenapa gua dipanggil ke sini. Setahu gua, gua takde buat salah apa2. Belum lagi niat nak pecah rumah orang, takkan dah kena panggil; fikir gua.
Gua pandang sekilas pada kerani di meja depan. Nampak gaya macam sibuk sangat betul mengadap komputer. Gua saspek kalau tak main solitaire, mesti tengah pesbuk. Tiba2 gua diserbu rasa hairan.
"Bilik gini punya sejuk pun dia boleh pakai skirt je, gilaa..." fikir gua sambil gua kemaskan tempat duduk bagi mantap.
Sambil2 tu gua cuba juga kemaskan iman gua jangan sampai koyak. Gua lekas2 ubah pandangan, tengok gambar kera kat dinding pejabat tu. Risau juga gua kalau iman gua koyak, bukan senang nak tampal. Sembahyang jemaah sebulan pun belum tentu.
"En. Gua, peguam William panggil ke dalam..." gua dengar suara kerani tu memanggil. Gua angguk sambil pandang tempat lain. Lunak juga suara kerani tu, tapi gua yakin dalam hati, kalau dia kentut mesti busuk juga.
"Selamat pagi tuan..." sapa gua setelah duduk. Gua cuba bermanis muka walaupun gua masih diamuk debar.
Peguam yang tak berape muda itu mengangguk sambil menjeling membuatkan gua serta merta rasa nak tumbuk muka dia. Ada emas agaknya dalam mulut, nak jawab selamat pagi pun susah. Kalau dah ada emas buat apa susah2 jadi peguam. Join public gold, kan senang. Panjang betul gua membebel dalam hati.
Meja gua tengok bersepah. Gua syak dia sibuk sangat duk bela orang, sampai meja sendiri pun tak terbela.
"Beginilah En. Gua, saya cuma menyampaikan amanat orang. En. Steve Jobs mewasiatkan semua sahamnya untuk awak..." gua terkejut. Betul2 punya terkejut sampi gua rasa nak buat terjun tiruk 3 kali.

*****************************
Kipas yang berpusing di siling agak menggangu kerana bunyinya. Entah celaka apa, sudah 3 hari kipas itu berpusing sambil menyanyi. Keriang keriuknya menyakitkan telinga.
Gua angkat kelopak mata. Gua cuba perhati keliling. Tiada peguam William, tiada kerani skirt. Gua geleng kepala, kecewa yang dalam.
"Kan ke bagus kalau mimpi tu betul..." gua tarik selimut menutup muka selepas membuat terjun tiruk yang padu...
No comments:
Post a Comment