Entah dajal apa yang mengganggu, malam ini gua tak boleh nak tidur. Sudah banyak kali gua cuba pejam mata, akhirnya terbukak kembali. Lebar dan bulat, macam mata Mr Bean. Padahal tadi gua dah cakap sungguh2 gua mahu tidur.
Gua sendiri tak tahu apa gua fikir sampai mata tak boleh pejam. Gua dah hantar signal banyak kali suruh mata pejam, tapi tak mahunya juga. Gua syak gua punya signal kena roadblock kat tengah jalan, tak pun kena tahan dengan polis kat traffic light. Polis ni kerjanya kadang2 suka sangat tunggu kat traffic light malam2, nak2 kalau tempat gelap. Suka benor deme...
Jadinya sebab baring pun membazir, gua bangun je. Buang air toksin dan bukak laptop. Baik gua tengok gua punya graf daripada baring kiri kanan tak tentu hala. Mana la tahu ada rezeki. Esok punya cerita tak tahu macamana ni. Kalau tidur lepas subuh orang kata rezeki payah nak dapat. Dah la sekarang ni rezeki pun macam berat je. Gua cuba tak tidur la, walau mata ni jenis tak reti nak ikut arahan. Mungkin ada rahmatnya gua tak boleh tidur ni. Walaupun perancangan kita besar, rancangan Tuhan tu lagi la Maha Besar kan...
Tawakal saja lah yang gua mampu...

No comments:
Post a Comment