Thursday, October 13, 2011

menilai kehidupan...

Semalam gua sarapan pagi kat tempat biasa gua lepak. Gua makan lontong daging dengan nescafe o suam. Perghhh, gua rasa macam jawa. Lepas 12 tahun duduk kat johor, gua rasa jawa dan jiwa gua dah tak jauh beza dah.

Masa gua sampai, orang agak ramai. Meja hampir penuh walaupun dah dekat pukul 10 pagi. Gua tak sangka ramai orang suka sarapan lambat macam gua. Cuma gua syak ni semua budak2 kerja opis ni. Pagi sarapan, pukul 10 pagi keluar minum lagi. Karang pukul 1 rehat makan tengahari, pukul 3.30 kluar lagi minum petang. Pukul 4.30 dah siap2 nak balik. Balik minum mesti sibuk berpesbuk. Sampai gua naik hairan bila dorang ni buat keje. Gua rasa gua tahu jugak perangai ni, sebab dulu masa gua kerja macam tu pun gua buat juga. Budaya laa katakan, kena la ikut ye tak... Cuma masa tu pesbuk je yang takde, kalau tak seronok juga gua kena marah dengan bos sebab bizi main pesbuk. Kehh...

Sedang gua tengah syok makan lontong gua sambil tak pandang kiri kanan, ada brader sudah tegur sama gua;

"Sebelah ni ada orang tak..." brader tu tanya sambil tunjuk kerusi sebelah gua. Gua syak student sebab muka ada nampak sikit cahaya intelek.

Brader tu datang dengan seorang lagi brader kawan dia. Memang gua duduk sorang, kerusi pulak ada 4 jenis yang melekat kat meja. Gua angkat kepala, pandang brader tu sambil geleng. Baru gua perasan meja lain sudah penuh.

"Takde, duduk la..." jawab gua sopan santun. Gua senyum supaya debar brader tu nak menumpang kat meja gua hilang.

Gua sambung makan. Tak perlu la malu nak makan ye tak, walaupun ada orang yang gua tak kenal duduk sebelah. Lepas order air gua dengar brader yang duduk sebelah gua tanya brader kawan dia...

"Roti canai dah habis, lontong biasa dia berapa ringgit..." tanya brader tu. Gua dah start pasang telinga.

"Tak tahu..." jawab brader kawan dia, sambil tangan pegang2 bungkusan nasi lemak yang dia dah beli awal2. Rapi tersimpan dalam plastik merah.

"Lontong daging pun 3.50 je, rasa lontong biasa tak mahal kot..." Gua sampuk sebab dua2 nampak macam asing sangat dengan kedai tu. Lagipun nampak la sikit gua dah sampai tahap brader2 kat kedai tu kan.

Lepas dapat air dan tanya harga lontong, gua dengar lagi brader2 ni berbual. Gua pasang telinga lagi...

"Order la..." saran brader yang duduk belah depan gua. Dia dah start bukak bungkus nasi lemak dalam plastik merah.

"Kalau aku order cukup2 je. Kalau air 1.50 macamana..." jawab brader yang sebelah gua nampak risau.

"Takpe, order je. Syiling aku ada..." balas brader lagi satu sambil suap nasi lemak ke mulut.

Dan gua, selepas habis makan lontong masih memasang telinga.


****************************************************


Habis makan gua bayar pakai duit rm50. Dalam perjalanan balik, gua rasa menyesal sebab tak bayarkan lontong dan air yang brader2 tu minum. Gua terfikir, kalau sarapan pagi duit cukup2, agaknya malam nanti apa la brader2 tu nak makan. Gua faham kedudukan mereka, sebab gua pun pernah dalam keadaan tu dulu. Sekarang, walaupun hidup gua kembali merudum, gua belum sampai tahap itu.

Sambil buka pintu pagar rumah, gua cuma mampu berdoa supaya brader2 tu dikurniakan rezeki untuk malam nanti, esok dan hari2 seterusnya. Semoga Tuhan terus memberi rezeki kepadanya, sebagaimana Tuhan terus memberi gua rezeki. Aminn...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

No comments:

Post a Comment