Gua dibesarkan dan bersekolah dengan buku tulis yang dibelakangnya tertulis lima prinsip rukunegara. Belakang buku adalah tempat gua menconteng pada masa itu. Pada gua, daripada gua menconteng arang ke muka mak bapak, adalah lebih cara kalau gua conteng muka belakang buku. Tapi walaupun contengan gua menutup hampir kebanyakan belakang buku, gua masih ingat antara lima rukun tersebut, perkataan pertama yang tercatat adalah kepercayaan.
Maka itu bagi gua, kepercayaan adalah sesuatu yang sangat penting dan bermakna dalam hidup gua. Tapi gua percaya, dalam kehidupan kita sememangnya payah untuk memberi dan menerima kepercayaan. Agak gua memberi dan menerima rasuah lebih mudah. Menerima kepercayaan akan menjadi lebih susah, apatah lagi kepada orang2 seperti gua yang kadang2 bertugas sebagai kutu. Kerjaya sambilan sebagai kutu membuat ramai memandang serong.
Tetapi dari muda sampai ke hampir tua sikit2 ni, gua tetap berusaha meraih kepercayaan daripada orang2 keliling gua. Selalunya gua akan menjadi hampir hilang akal memikirkan apa yang perlu gua buat untuk mendapat kepercayaan orang. Tapi percaya atau tidak, fikirlah sampai masuk tanjung rambutan pun, belajarlah hingga ke hospital tampoi, gua masih takkan tahu apa yang perlu gua lakukan. Kalau tahu sekalipun, belum tentu lagi apa yang gua tahu itu betul.
Adapun satu menda yang gua hairan, kadang2 gua tak tahu apa yang dah gua buat hingga orang jadi sangat tidak percaya. Adakah gua seorang penipu yang konsisten, adakah gua pengelat yang berstamina tinggi, atau mungkin jugak gua selalu membuka langkah seribu terhadap janji gua sendiri. Tapi bagi gua, kalau orang tuduh2 apa yang gua tak buat, sama la macam mintak gua buat menda tu. Dulu masa gua masih duduk nun di hulu kampung, pernah pakcik depan sekolah menuduh gua mencuri buah rambutannya yang tengah ranum. Setiap hari kena tuduh, gua anggap tuduhan pakcik tu macam doa dan saranan yang bernas. Satu malam, mengambil berkat malam jumaat, gua dan 2 orang kawan punggah apa yang mampu dari pohon rambutan lalu menyuap kepada kambing mak gua. Esok kecoh betul pakcik tu, tapi nak buat macamana, dah dia yang doa macam tu.
Kerana itu, kalau gua berusaha untuk meraih kepercayaan, gua cukup tak gemar kalau dituduh2. Apa lagi kalau gua belum pernah terbukti berbuat salah yang besar, yang memungkinkan sebarang tuduhan salah laku ditalakan pada kepala gua.
Dan gua teringat pesan orang2 tua, kata2 adalah satu doa. Kalau betul ada sesuatu yang kita mahu, maka berkata2lah. Samada meminta2 atau menuduh2, ia tetap satu doa. Mustajab atau tidak, Tuhan yang empunya kuasa...

Careful what u wish for. Careful what u say.
ReplyDeleteCareful what u wish, u might just get it.
Careful what u wish, u may regret it.
agree...
ReplyDeleteagree...
agree...
*gua jarang2 cakap omputih... kalau gua dah cakap sampai 3 kali tu maknanya gua setuju sangat la tuu...