Monday, July 26, 2010

hidup dan mati...

pagi tadi aku dengar radio sinar...
radio org2 tua kata dorang...
tapi radio org tua tu laa yang no 1 sekarang ni...
hehh...

pagi2 lagi dorang dah telefon org...
menyanyi lagu harijadi...
kalau aku mau kena maki pagi2 telefon, dah tu menyanyi kuat2...

tapi hari ni aku macam terfikir sket...
org yang dia telefon tu ada barah tulang...
dah 2 tahun dah...
tapi aku dengar dia cakap biasa2 saja...
takdelaa macam org putus harapan...
mungkin dia tahu masa dia dah tak lama...
kalau fikir sangat pun tak guna jugak...
lebih baik buat macam biasa saja...

tapi fikir2 balik semua org pun sama sebenarnya...
kita yang sihat walafiat ni pon bila2 masa je boleh pergi...
ajal maut ditangan Tuhan...
walaupun dia ada penyakit yang membunuh, belum tentu ajalnya akan sampai...
dan kita ni, dalam gembira2 mungkin ada ajal yang bakal menjemput...

teringat pulak pengalaman hampir mati aku...
aku takkan lupa, walaupun tak selalunya aku ingat menda ni...
aku pernah jatuh perigi masa aku kecik...
masa tu aku tak layak pun lagi masuk tadika...
kerana main masak2 dengan kakak aku...
aku jatuh perigi...
masa tu perigi tiang kayu saja...
selalunya aku bukak selipar, tapi hari tu aku tak bukak...
terjerumuslaa aku ke dalam perigi tuu...
dan aku masih ingat camana keadaan aku masa dalam perigi tuu...
macam baby yang masih dalam perut tuu...
walaupun perigi tak dalam, tapi sebab aku yang tak besar makanya terjatuh ke dalam perigi sangatlaa menakutkan...

dan kerana ajal yang belum sampai...
maka Tuhan hantar seorang suadara ke rumah aku hari tuu...
bila dengar ada menda jatuh, dan kakak aku menjerit...
dia pun terjun tak bertangga, dan terus tuju ke perigi...
maka selamatlahh aku walaupun masa naik tu dah habis badan biru...
tak ke hospital pun sbb badan cepat panas...
ramai org kmpung duk keliling...
hehh...

kerana ajal dan maut di tangan Tuhan...
maka kita rayakanlahh hidup ini...
hiduplah dengan segembira mungkin...
kerana mungkin tiada lagi esok untuk kita merasa gembira...
watammatt....:-)

No comments:

Post a Comment