Wednesday, July 28, 2010

kawan2 tak mau lawan...

dalam kehidupan seharian kita...
kita akan sentiasa bertemu dengan manusia2 yang berbeza...
ke mana sahaja kita pergi pasti akan bertemu dengan org2 baru...

seringkali aku terfikir...
kenapa semua org yang kita jumpa tidak boleh menjadi kawan kita...
maksudnya kita tak jadi rapat dengan dia...
dan kita tak boleh berhuha-huha dengan dia...
sedangkan ada org yang kita jumpa...
kita boleh jadi begitu rapat hingga boleh berkongsi apa saja...

aku sendiri punya pengalaman...
ada sesetengah org yang aku jumpa...
terus boleh berkawan dan rapat walaupun aku baru kenal...
dan yang hairannya ada pulak org yang dah lama kenal tapi tetap tak boleh jadi rapat...
mungkin ada yang kita cuba untuk menjadi rapat...
tapi sekuat mana pun kita cuba, pasti terasa ada jurang yang menggaung...

cuma satu sebab saja yang boleh aku fikirkan...
mungkin kerana keserasian...
ada orang yang kita boleh serasi...
dan ada pulak orang yang sampai mati pun kita tak boleh serasi...
cubalah sekuat mana pun...
berlakonlahh sehebat mana pun...
ada org yang kita mmg takkan serasi...

dan sesekali aku terfikir jugak...
kalaulah semua org dalam dunia ni serasi...
mesti takde pergaduhan...
takde perbalahan...
malah mungkin takde peperangan...

tapi bukan senang untuk jadi serasi...
sesungguhnya keserasian itu memerlukan tolak ansur yang maha tinggi...
kalau tiada tolak ansur, kita takkan serasi dengan org yang sentiasa mahu menang...
segala kata kita ditolak ke tepi...
semua pendapat kita dipandang sepi...
selagi kita mengikut rentak pasti kita akan serasi...
tapi andai kita melintang kata...
mungkin akan terjadi ketidakserasian...
yang akhirnya membawa kepada perbalahan...

dan akhirnya aku tertanya2...
kalau sudah tiada keserasian...
apa yang perlu kita buat...???

No comments:

Post a Comment