Saturday, July 31, 2010

kerja...

apabila bercakap mengenai kerja, maka aku rasa semua orang akan terlibat...
ini kerana, untuk meneruskan hidup dan menyara hidup, kita semua perlu bekerja...
tidak selama2nya kita boleh bergantung pada orang lain...
sepanjang masa persekolahan, kita mungkin tak perlu berfikir untuk berkerja...
tapi sebaik tamat spm sahaja, sudah ramai yang berkira2 mahu berkerja...
samada untuk menimba pengalaman atau berkerja secara serius, terserah pada kita sendiri...
tapi, antara saat yang paling gembira adalah apabila kita memegang gaji kita yang pertama...
terasa semua menda mahu kita beli...
walaupun gaji hanyalah 500 ringgit...

aku telah perhatikan dalam jangka waktu yang agak lama...
walaupun bukanlah kajian secara rasmi, tapi ramai antara kita yang merasakan bahawa kerja orang lain lebih senang drpd kerjanya sendiri...
dengan kata lain, bila kita tgk kerja orang, macam best je...
macam2 kelebihan...
tapi kerja kita...???

lazimnya begitulah...
kerjalahh apa saja, pasti kita merasa begini...
lucu juga bila ada seorang rakan yang bergelar guru...
mengeluh kerana terlalu banyak kerja hingga pukul 3 ptg baru boleh balik rumah...
baru boleh berjumpa dengan anak...
dan lagi mereka perlu membawa kerja balik ke rumah...
nahh...
bagi kebanyakan org, bukankah balik pukul 3 ptg adalah satu keistimewaan...
kebanyakan org akan berkerja sehingga pukul 5 petang...
kalau mereka OT sepertimana guru tersebut, maka mereka akan balik ke rumah jam 7 atau 8...
dan lagi, ada antara mereka yang terpaksa membawa balik kerja ke rumah...

ada pula antara kita merungut kerana bekerja terlalu banyak berhadapan dengan orang...
mereka perlu berurusan dengan pelanggan...
dan sudah tentu mereka akan berjumpa dengan pelbagai kerenah pelanggan...
bagi mereka, adalah lebih baik mereka berkerja dengan mesin...
berhadapan dengan komputer, berhadapan dengan kertas kerja dan sebagainya...
tapi mereka terlupa bahawa orang yang berkerja dengan mesin juga perlu berhadapan dengan orang...
setidak2nya mereka perlu berhadapan dengan bos mereka sendiri...
dan setiap kerja yang mereka lakukan juga pasti berkait dengan pekerja yang lain...
bukankah pekerja itu sendiri adalah orang...:-)

kadangkala lebih lucu lagi..
ada yang melihat kerja tukang kutip sampah tu pun lagi best...
ni ada yang cakap directly pada aku...
manakan tidak, kerja kutip sampah cuma kerja pada waktu pagi...
petang pukul 2 dah boleh balik rumah...
mana yang mahu berusaha lebih, bolehlaa buat kerja lain...
tapi ini apa yang kita tahu...
yang kita tak tahu mungkin banyak lagi...
mungkin lepas kutip sampah ada lagi kerja2 yang perlu mereka selesaikan...
cuma pada sesiapa yang berani kata kerja kutip sampah itu lagi best...
aku cabar untuk mereka buat kerja2 tu...

kadangkala aku teringat juga pengalaman aku...
pernah dulu bila pergi ke kfc, aku pasti kata kerja kfc itu best...
makan dapat, kerja dalam ruang yang sejuk...
sudahnya aku berpeluang untuk bekerja di kfc...
mulanya sebagai part time hinggalah aku jadi assistant manager...
tiada yang bestnya kerja di kfc...
mmg jauh dari apa yang aku fikirkan sebelum bekerja di situ...
sedar atau tidak, sepanjang kerja staff kfc tak pernah duduk...
ke sana ke mari menyediakan produk...
dan adakala antara mereka yang bekerja sehingga 12 jam...
dan setelah bekerja aku benar2 faham bahawa kerja mereka tidak sesenang yang aku fikirkan...
insaf...:-))

bagi aku, apa yang kita rasa tu hanyalah perasaan semata2...
sebabnya kita hanya merasa kerja kita sahaja...
kadang2 kita tak pernah mencuba kerja org lain...
kerana kita terlalu sibuk untuk buat kerja kita..
pokok pangkalnya semua kerja sama...
kita akan berhadapan dengan masalah2...
perkara2 yang memerlukan kebijaksanaan kita untuk mengatasinya...
dan kadangkala aku terfikir jugak...
kita mmg ditakdirkan untuk suka dengan kerja kita...
pekerja restoran ditakdirkan untuk suka melayan pelanggan...
pekerja pejabat ditakdirkan suka untuk berhadapan dengan file...
malah pekerja pengangkut sampah juga ditakdirkan suka dengan kerja mereka...

yang penting, ikhlaslah dalam bekerja...
kerana keikhlasan itu sendiri akan menjamin kesudian kita untuk meneruskan kerja tu...
dan keihklasan itu akhirnya akan membuatkan segala kerja kita...
segala usaha kita...
segala penat lelah...
terasa berbaloi untuk di teruskan...

No comments:

Post a Comment