Thursday, March 24, 2011

indahnya perancangan...

aku selalu tgk crita leverage ni...
kisah bagaimana sekumpulan penyangak di ketuai oleh nathan ford membantu org lain daripada menjadi mangsa org yang berharta dan berkuasa...
bermacam2 cara mereka menyelamatkan mereka ini...
setiap satunya dirancang dengan teliti...
dan selalunya semuanya mengikut perancangan mereka termasuk bagaimana mangsa mereka bereaksi terhadap apa yang berlaku...
sekiranya tidak mengikut perancangan, selalunya mereka ada plan B...
dan akhirnya segalanya akan berjalan mengikut kehendak mereka...


aku jugak selalu tengok cerita burn notice...
skrg dah masuk season ke-4...
best ceritanya...
kisah micheal western yang sebelumnya adalah ejen cia...
dan dia di pecat semasa sedang bertugas di nigeria...
dipecat bermakna tiada siapa yang mengenali anda, tiada sejarah kerja dan tiada segala2nya...
akhirnya selepas dicampak ke miami, dia berusaha mencari org yang menyebabkannya dipecat...
semasa pencarian ini, pelbagai kerja yang dia lakukan untuk menyara diri...
kebanyakannya adalah menolong org yang ditipu...
dan semasa menolong ini, kebanyakan prosesnya berjalan seperti yang dirancang...


*alangkah indahnya kalau hidup aku juga berjalan seperti yang aku rancang... tapi apakan daya, kita merancang, hanya Tuhan yang menentukan... tiada siapa yang tahu walau sekelumit pun kisah masa depan melainkan kita merancang, berusaha dan bertawakal... dan akhirnya, kita tetap terpaksa terima apa yang akan datang dalam hidup kita... semoga kehidupan bertambah baik, walaupun bukan seperti yang dirancang...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment