Wednesday, June 15, 2011

dedikasi untuk dewi...

dah lama tak menulis... agak malas sebenarnya... menulis, kadang kalau ada idea pun, mengolah ayat menjadi sgt susah...

cuma kali ini, tulisan ini aku dedikasikan khas kepada dewi...

2009, kali pertama aku keluar dari malaysia... walaupun hanya ke medan, ia tetap satu pelajaran... melihat tempat org, bergaul dengan mereka membolehkan kita mendapat ilmu baru... pengalaman juga bertambah...


ahmad shukri & dewi afrianti


dan semasa di sana, aku meraikan perkahwinan seorang sahabat sekolah, ahmad shukri abdullah dengan anak medan, dewi afrianti... jodoh pertemuan di tangan Tuhan... walau terpisah dengan lautan luas, kalau sudah jodoh pasti akan bertemu... pasti ada rencana Tuhan yg akan menemukan mereka...

bukan saja jodoh di tangan Tuhan, hidup mati kita juga adalah ketentuanNya... dan pagi tadi, apabila ketentuanNya sudah sampai, aku menerima sms dari sahabat tersebut mengatakan bahawa isterinya itu yang baru melahirkan anak ke-2 semalam sudah kembali kepada Allah... kemudian daripada itu, pada pukul 3, satu lagi khabar aku terima, anaknya itu juga telah mengikut jejak ibunya...


dewi afrianti


benarlah... jodoh, pertemuan, hidup dan mati kita adalah ketentuanNya... itu rahsiaNya... kita takkan tahu walau sekelumit pun rahsia tersebut... malah perjalanan hidup kita juga menjadi rahsianya...

kepada sahabat, tabah lah... ini mungkin ujian yang paling besar dalam hidupnya... tapi hadapilah dengan sabar... tiada kata yang dapat mengurangkan kepedihan yang dialami, tetapi izinkanlah juga aku menghulur salam takziah dan alfatihah untuk kedua2 arwah...

dan kepada anda yang terbaca tulisan ini, sedekahkanlah alfatihah... sesungguhnya, sepanjang aku mengenali arwah, beliau seorang yang baik...

al-fatihah...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

4 comments:

  1. Al Fatihah.

    Sudah seminggu pemergian.

    (Aku baru baca entry ni).

    ReplyDelete
  2. yepp...
    ujian besar dalam hidup dia...
    hilang isteri dan anak ke-2...

    semoga keduanya bahagia di sana...

    ReplyDelete
  3. Yang dtg Alamanda dgn mung dulu, Keri dgn Dewi ni la ek?
    Aku kurang ingat rupa dia, maklum la skejap sangat ketemu.

    Owh, perit jgk jd bapa tunggal.

    ReplyDelete
  4. ye, arwah wife dia laa tuu...
    masa tu tgh pregnant anak pertama...

    perit jugak kot...
    kerja lagi, anak lagi...
    harap2 dia boleh tempuh...

    ReplyDelete