Tuesday, November 29, 2011

baik lawan jahat...

Gua baru lepas tengok satu drama kat tv3. Kalau tak silap gua tajuk drama tu setitis hidayah. Sekali sekala tengok cerita bukan2 ni layan jugak. Tajuk bukan main lagi tu. Gua tengok tajuk je terus meresap angin insaf dalam diri gua.

Gua bukan sengaja nak komen2 ni. Sikit2 nak komplen, sikit nak kutuk. Tapi gua tengok ramai betul orang buat drama pakai kaki sekarang. Drama takde roh langsung. Takde seni dan takde nilai estetika. Itu yang payah nak kekal lama tu. Buat la pakai tangan, baru la drama tu jadi cantik sikit. Setakat kuis2 pakai kaki, mana la nak jadi hasil yang baik.

Sebenarnya ceritanya boleh tahan juga. Tambah pula dengan heroin cun yang pakai tudung. Yang slack sikit sebab hero dia ada tahi lalat, tak senonoh betul tahi letak kat muka. Dekat dengan bibir pulak tu. Yang gua nampak tak kena tu dekat dia punya ending. Lu orang bayangkan dekat dengan ending baru gua rasa drama tu tak kena. Kalau gua tahu tak kena awal2, dah lama gua tukar chanel lain.

Dalam drama, biasa laa ada orang baik dengan ada orang jahat. Orang jahat ni memang terang2 la jahatnya kan. Yang orang baik ni pulak baik je memanjang, cuma bapak dia je yang terpesong sikit2 dari landasan kebaikan. Drama, macam biasa la...orang jahat jadi insaf, orang baik yang terpesong pun jadi insaf. Yang baik tu pulak terus je baik, siap boleh maafkan lagi orang jahat tu. Tapi last2 orang jahat tu selamat, tapi yang baik tu pulak mati sebab dapat balasan dari perbuatan bapak dia.

Tak paham betul gua kenapa yang baik tu dapat balasan. Kenapa tak yang jahat tu dapat balasan. Mati accident ke, jatuh lombong, kena berak dengan burung ke. Orang baik jugak yang mati. Orang baik jugak yang dapat balasan. Tak senonoh betul cerita macam tu.

Dan lagi, gua tengok sekarang ni banyak betul drama yang tunjukkan pak lebai tu jahat, dan kaki prempuan tu baik. Politik ke...?????
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

6 comments:

  1. Lu tau apsal?
    Lu tatau kan?

    Meh sini gua bg propaganda satu:
    'Only the good die young, the evil lives forever...'

    Sbb tu ramai yg tak suka jd baik, takut mati cepat. Ayat dan fahaman ini gua dh dgr masa gua skolah rendah lagik.

    Alhamdulillah gua tak berkeinginan sangat nk jd evil.

    ReplyDelete
  2. perghh...
    sejak sekolah rendah...??
    kental betul lu punya jiwa...

    ReplyDelete
  3. Pengaruh dari lagu² rock purba.
    Pink Floyd, Deep Purple, Dio, Black Sabbath...

    Tp time yg sama jgk gua mengaji dan khatam Al-Quran.

    Alhamdulillah. seiiring dan seimbang.

    ReplyDelete
  4. jangan lu celaru sudah...
    hal2 black pun lu campur dengan muqaddam...
    haha...

    ReplyDelete
  5. Tak campur la brader.
    Tu sumer sebagai pembuka mata, sebagai perbandingan baik dan buruk.

    Kalu nk tengok, dengar, citer yg baik² je.. tak jadi jugak. Nnt lu tatau yg mana boleh yg mana tak boleh.

    Nnt lu tak kenal syurga dan neraka.

    Kalu gua salah, lu tolong la betulkan.

    ReplyDelete
  6. betul2, gua sokong...
    kena tahu dua2, baru boleh bagi tazkirah...
    ye takkk..??

    ReplyDelete