Sunday, November 13, 2011

sudah menang...

Gua dah kata kan budak2 ni bagus semalam. Boleh harap punya orang. Lu tengok, walaupun peringkat awal kita kalah dengan Australia, tapi kita beat balik dorang kat final. Baru dorang tau, ingat kanggaru boleh senang2 nak lepas dari harimau. Dan gua rasa, PHM takde masalah langsung nak cari kelab luar untuk budak2 ni. Cuma gua rasa PHM takkan cari sebab PHM bukan FAM.

Lu orang tahu kenapa gua suruh cari kelab luar? Sebab liga hoki kita kurang kompetitif, kurang saingan. Cuma ada 2-3 team yang power dan team selebihnya hanyalah sayur. Tak percaya cakap gua? Australia sekarang no. 1 dalam senarai FIH, berbanding dengan kita gua rasa dah no. 15 sekarang kot. Jadi lu orang nampak beza dia. Peringkat junior kita setaraf dengan mereka, malah boleh kalahkan mereka, tapi bila sampai peringkat senior, kita kalah teruk. Kurang pendedahan, kurang sistem latihan dan kurang persaingan dari peringkat junior ke senior. Tambah lagi sukan di Malaysia ni belum membudaya. Jadi gua rasa eloklah budak2 ni main kat oversea yang liga hokinya bagus supaya dapat timba pengalaman, dapat kaut ilmu.

Apa pun gua ucapkan tahniah pada team ni sebab menang tournament semalam. Tahniah juga pada Muhamad Dharma Raj selaku jurulatih, Gobinathan sebagai penolong jurulatih dan Mirnawan Nawawi selaku pengurus. Teruskan kerja yang baik...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

2 comments:

  1. Kurang pendedahan.
    Tak berapa glamer.

    Antara sebab musabab yg gua pikir kenapa ramai yg lg suka kejar bola beso dari pukul bola dgn kayu.

    Duit. Peranan beso tu.

    Eh, lu simpan lg ke Grays yg dh layur smpi bengkok tu?

    ReplyDelete
  2. gua tak main hoki dari dulu...
    tp kalau tanya bab hoki rasanya byk jgk pengetahuan gua ni...
    nak test..??
    haha...

    ReplyDelete