Thursday, September 30, 2010

pemain import...

ada ura2 pemain import akan dibenarkan semula beraksi dalam liga malaysia... itu berita yang aku tengok masa balik rumah petang tadi...

kalau sebut pasal bolasepak malaysia, banyak menda yang nak dikata sebenarnya... dan kadang2 rasa macam malas dah nak ambik tahu... tapi kerana bolasepak dah jadi macam darah daging dalam diri aku, mahu atau tidak aku terambik tahu juga...

kisah pasal pemain import ni bagi aku adalah wayang lama.. sejak kita mengisytiharkan liga kita sebagai pro, sudah beberapa kali kita larang dan kemudian benarkan semula pemain import beraksi... dulu, pernah di beritahu secara terus terang bahawa banyak pasukan negeri yang menghadapi masalah kewangan kalau ada pemain import... maka pemain import tidak dibenarkan lagi... kemudian kita benarkan semula sebelum kita haramkan semula 2 tahun lepas... alasan kali ini, untuk memberi peluang beraksi untuk pemain muda... alasan bodoh... dan kini, fam tanpa diketahui apa alasannya berura2 membenarkan semula pemain import...

apa yang aku dapat lihat dengan jelas, pendirian lalang sebenarnya lebih tetap berbanding dengan fam... beginilaa jadinya kalau orang yang kononnya berkemampuan untuk pimpin persatuan, tidak mampu mencambahkan idea untuk kemajuan bolasepak... perihal pemain import pun tidak tetap pendirian, apatah lagi untuk menstrukturkan perancangan pembangunan bolasepak negara...

kepada tuan2 yang kononnya berkemampuan, kurangkanlah politik dalam fam tu... kalau ada idea yang bernas dari mana2 pihak sekali pun, timbangkanlahh, bincangkanlahh, dan kalau boleh digunapakai, buatlah perancangan mengenainya... jangan kerana idea itu datang dari orang yang tidak kamu suka, maka kamu terus mencampak idea tersebut walaupun ianya amat bagus untuk kemajuan bolasepak kita...

p/s: al fatihah buat arwah datuk basri akil, yang bagi aku punya idea sangat baik untuk kemajuan bolasepak malaysia... tapi kerana dia tidak disukai oleh pimpinan fam, maka segala ideanya dipandang sepi... malah dia digantung oleh fam hanya kerana menyuarakan pendapat terhadap fam... al-fatihah...

Wednesday, September 29, 2010

peraturan...

dalam hidup aku ni, dah banyak kali aku tengok peraturan yang tak masuk di akal... sebagai contohnya, hadlaju depan sekolah ialah 15km/jam... bayangkan bagaimana payahnya nak ikut peraturan tuu... dan aku dapat bayangkan betapa banyaknya excident yang berlaku kat situ semata2 kerana ada pemandu yang memperlahankan kereta secara tiba2 untuk nak ikut peraturan tuu...

tengok amaran kat atas tu... aku boleh tahu amaran2 yang macam ni terdapat kat depan pintu masuk cc... kenapa aku tahu...??? kerana aku juga terlibat dalam bidang yang sama... antara peraturan cc adalah tidak boleh berpakaian sekolah semasa berada dalam premis, bagi yang 18 tahun ke bawah kena ditemani oleh ibubapa kalau nak datang cc dan banyak lagi... untuk pengetahuan, lesen cc terletak di bawah akta lesen hiburan, dan ini menempatkan cc setara dengan kelab malam, karaoke dan jugak pub2... maka kerana itu, aku berani jamin, jika ada operasi daripada majlis perbandaran, mereka takkan pernah pulang dengan tangan kosong, pasti ada saja yang mereka saman lantaran peraturan2 yang tak mampu kita nak ikut...

aku melihat peraturan ini dari sudut pandangan aku... dan kerana blog ini blog aku, maka aku akan utarakan apa yang aku fikir bila tgk peraturan2 yang macam nii... aku bagi contoh keadaan... budak sekolah datang ke sekolah dengan bas kerana rumahnya terletak 20km daripada sekolah... balik dari sekolah, dia perlu ke cc yang berhampiran untuk menyiapkan kerja dan mungkin jugak ada yang nak main game... tapi malang bagi dia, dia perlu balik dulu ke rumah, kerana dia tak boleh berpakaian sekolah bile ke cc... balikla dia dengan bas sejauh 20km, salin baju dan datang semula ke cc sejauh 20km lagi... habis kos masa, tenaga dan jugak wang ringgit...lebih menyedihkan, apa yang dia buat nampak macam kerja org bodoh... budak sekolah ni tak bodoh, yang bodoh ialah sapa yang buat peraturan tu, dan sesiapa yang bersetuju dengannya...

aku faham, peraturan ni dibuat supaya takde budak2 yang ponteng melepak dalam cc... bagi aku,yang penting dalam hal ni bukan laa isu baju... isu yang paling penting adalah samada budak sekolah ponteng atau tidak... dan mmg jelas bagi aku, ponteng atau tidaknya sesorang budak tu bukan terletak pada baju... aku sebagai orang yang jaga cc mmg kenal customer aku... aku tahu mana yang sekolah petang, dan aku tahu mana yang sekolah pagi... dan pada waktu persekolahan mereka, mmg aku tak benarkan mereka melepak kat cc ni... itu yang penting bukan, budak ponteng tidak memonteng di cc, bukan pasal baju... apa ke jadahnya kalau budak tak pakai baju sekolah, tapi semua yang ada kat dalam cc tu tengah ponteng...

bila fikir2 balik, satu je aku rasa kenapa peraturan ni dibuat... aku panggil peraturan ni sebagai peraturan lepas tangan oleh pihak majlis perbandaran yang pemalas... kenapa...??? sebab, bila nampak saja budak pakai baju sekolah, dia terus boleh ambil tindakan pada budak atau cc tuu... tak perlulaa mereka tanya atau siasat samada budak itu ponteng atau tidak... senang kan kerja... boleh lepas tangan saja kalau pun ada budak yang ponteng, yang penting, jangan pakai baju sekolah...

sesiapa yang menggubal undang2 yang bodoh ni mmglaa sudah jelas terlihat kebodohannya... tapi sape2 yang bersetuju dengan undang2 tersebut, maka dia lebih bodoh dari segala yang bodoh... noktah...!

Monday, September 27, 2010

guardians of ga'hoole...

lama dah sebenarnya tak tengok wayang...
sebab takde cerita yang best sangat nak tgk...
tapi semalam sempat gak tengok cerita ni...
lagipun cerita ni aku dah mark nak tgk sejak tgk iklan dia...
oklaa, animasi yang baiklaa...
yang mana nak bawak anak2 pon ok tgk cerita ni...

tak payahlaa aku cerita ye cerita ni pasal apa...
cukup aku kata cerita ni adaptasi dari novel...
dan aku kadang2 kagum dengan org2 yang boleh reka 1 cerita baru ni...
mana laa dorang dapat idea...
kan best kalau aku boleh dapat idea2 hebat yang macam ni...:-)

Friday, September 24, 2010

jambatan tuhan...

balik kerja petang tadi, tengok2 ada pamplet ni kat dalam peti surat... ntah masa bila dia letak aku pon tak tahu sebab sebelum pegi semayang jumaat tadi takde... sebenarnya bukan 1st time pun aku dapat menda2 macam ni... dah banyak kali dah...

setiap kali dapat aku mesti baca... aku mesti peratikan betul2... aku tgk macam2 ayat yang dorang guna... semuanya ayat yang sedap2 didengar... maklumlaa nak memujuk orang kan... tapi yang ni special sikit sebab dia angkat diri dia sebagai jambatan tuhan... fuhhh, hebat dia nii...

yang paling aku herannya, dia tak terangkan langsung ape menda yang dia nak buat... sekurang2nya aku rasa dia kenalaa bagitau apa menda yang dia nak buat... ni setakat letak ayat2 sedap jee...

tapi umum tahu, kalau menda2 macam ni, mesti mlm ataupun skim cepat kaya... ayat mesti sedap, buat kat tempat mesti gempak... kira kalau kat parit raja ni d' impian tu paling gempak laa...

baca atau tak baca hak anda... baca lepas tu buang pun hak anda... soalan aku, apa hak kau letak sampah ni dalam peti surat aku...???

nasyid nostalgia...



hari jumaat ni, aku habiskan masa dengar lagu nasyid yang ada dalam simpanan aku... tiba2 keluar pulak nasyid ni... bagi aku lagu nasyid ni sangat nostalgia... malah mengingatkan aku masa mula2 masuk sekolah sains dungun... segala macam rasa yang timbul bila dengar nasyid ni... aku pasti nasyid ini juga sangat nostalgia bagi mereka2 yang mengetahui dan mengingati...:-)

makan ayam...

semenjak dua menjak ni, ada yang menegur aku bahawa aku makan terlalu banyak ayam... dia kata bahaya kalau makan ayam banyak2... aku tak nafikan apa yang dia kata, malah aku rasa apa yang dia kata tu tersangatlaa betulnya...

bila aku fikir2, mmg betul aku makan terlalu banyak ayam... malah aku rasa tiap2 hari aku makan ayam... bukan makan ayam itu tak bagus tapi, melihat kepada proses ayam itu sendiri, kita sebenarnya menghasilkan ayam yang tak sihat... dari kecil hingga dimakan, ayam tu sebenarnya hanya berumur 48 hari... jadi boleh kiralahh berapa banyak bahan kimia yang dah dimasukkan dan disuntik dalam ayam tu supaya cepat besar... hakikatnya, hari ini kita hanya makan anak ayam yang besar kerana agen pembesaran...

jadi bila fikir2 balik, aku menetapkan 1 misi untuk diri sendiri... misi tak makan ayam selama seminggu... aku dah cuba untuk beberapa hari, tapi tidak berjaya... sangatlaa payah sebenarnya kerana kebanyakan lauk yang disediakan ayam... ayam dalam pelbagai bentuk masakan... betulla, boleh kata tiap2 hari aku makan ayam... cuma aku berharap boleh kurangkan makan ayam selepas ni... semoga berjaya...:-)

Thursday, September 23, 2010

school days 2...

lagi gambar masa hari2 akhir persekolahan... dengan cikgu matematik tambahan masa form 5, cik rosnawati... gamba ni diambil di dewan utama sekolah, dewan yang menyaksikan kami semua mengambil peperiksaan spm buat kesinambungan hidup masa depan... kalau tak silap, gambar ni di ambil selepas menyusun kerusi dan meja di dewan ini bagi tujuan peperiksaan tersebut... atau mungkin juga gambar ni di ambil semasa sambutan hari guru, aku kurang pasti... semua yang ada dalam gambar adalah member sekelas, 5 dalton...

selepas meninggalkan sekolah, aku berpeluang balik semula ke dewan ni pada tahun 2009 untuk meraikan perkahwinan rakan sekolah... kedua2nya pengantin adalah rakan sekolah, malah dari batch kami juga... lebih manis, aku menjadi salah seorang pengapit bagi mereka...

aku tak tahu bila lagi aku akan kembali ke sini, tapi seperti apa yang aku katakan sebelum ini, aku memang teringin sekali untuk kembali... banyak kenangan yang tertumpah di sini, dan mengutip kembali kenangan di tempat2 seperti ini sangat menyenangkan bagi aku...:-)

Wednesday, September 22, 2010

school days...



kalau tanya pada aku masa yang paling aku rindu, jawapan aku adalah masa sekolah menengah... kadang2 aku terasa sangat2 nak balik ke zaman tuu... dan kalau aku boleh balik ke zaman tu, banyak menda yang aku nak ubah... tapi semestinya perkara tu mustahil... jadi, bila teringat masa2 happy di sekolah menengah dulu, aku cuma boleh tgk gambar...

gambar atas ni sebenarnya aku dapat dari kawan aku yang tag aku kat dalam fb... gamba ni kami ambik masa dalam tingkatan 5, rasa2nya ketika spm hampir menjelang tiba... pada masa ni lahh terasanya semua masa mahu dihabiskan bersama2 agar kenangan2 bersama akan terus bersemadi dalam kotak fikiran...

huha huha masa sekolah, gelak ketawa dan suka duka bersama pasti aku bawak sampai mati... aku tak tahu samada aku boleh lagi berjumpa dengan mereka semua, tapi aku yakin, kalau tak banyak pun, mereka2 semua yang ada dalam gambar ni pasti merindukan saat2 kami bersama2 menuntut ilmu... dan sebolehnya aku ingin sekali berkumpul bersama mereka lagi, walaupun sekarang dalam suasana yang berbeza...:-)

Tuesday, September 21, 2010

kompleks kt...

setiap kali aku balik ke terengganu, biasanya aku akan ke kedai2 kat atas stesyen bas... banyak sekali kedai kain dan baju kat atas tuu... dan setiap kali aku naik ke atas tu, pasti aku ternampak sebesar2 bangunan kat sebelah stesyen bas tu... umum tahu, kalau tengok dari luaran, pasti tahu bahawa bangunan ini adalah sebuah kompleks beli belah...

dari pandangan mata kasar, bangunan ini sudah siap sepenuhnya... bangunan ini juga sudah di cat cantik, dan secara logiknya sudah boleh digunakan... tapi yang amat menghairankan sampai sekarang bangunan ni belum dibuka kepada umum... amat mustahil kalau dikatakan tidak ada penyewa yang mahu menyewa kedai2 di dalam bangunan ini... jadi, aku sebenarnya tidak tahu, dan semakin lama aku semakin tertanya2 apa penyebabnya bangunan ini tidak dibuka sehingga sekarang...

dari segi sejarah, majlis pecah tanah untuk bangunan ini sudah dilakukan sejak tahun 1992... aku masih teringat masa tu aku bersekolah di dungun, dan boleh dikatakan setiap bulan aku akan balik dan melalui kawasan ini... hari demi hari, tunggu punya tunggu sudah 18 tahun berlalu dan bangunan ini masih belum boleh digunakan... mungkin aku tidak tinggal di terengganu, maka aku tidak mnendengar sebarang penjelasan mengenai masalah yang dihadapi oleh bangunan ini... untuk pengetahuan, semasa majlis pecah tanah, wan mokhtar adalah menteri besar terengganu pada masa itu... selepas idris jusoh mengambil alih, dan kini diambil alih pula oleh ahmad said, bangunan itu tetap juga begitu...

aku tak tahu sampai bila bangunan itu akan terus begitu... mungkin tidak lulus cf, mungkin spec yang salah, atau mungkin juga menunggu pilihanraya untuk di rasmikan... aku tak tahu dan aku mahu benar tahu...


jika bangunan ini tidak dibuka kerana masalah dari bangunan, aku akan bertambah hairan kerana ada kedai ynag beroperasi di tingkat bawah bangunan ni... hanya ada 2 buah kedai yang beroperasi... dan jika bukan masalah bangunan, apa masalahnya... kenapa pula 2 kedai ini boleh beroperasi sedangkan keseluruhan bangunan itu belum lagi di buka... wallahu'alam...
Add Image

Monday, September 20, 2010

kucing tua...


kedua2 ni kucing yang sama jee...
raya hari tu masa balik kampung aku jumpa...
bukan kat rumahg aku, tapi kat rumah member...
dan sebetulnya kucing ini sudah sangat tua...

tak silap aku umurnya dah lebih 18 tahun...
ingat lagi dulu, masa habis spm tahun 1996...
kucing ni dah ada dan dah besar pon kat rumah kawan aku nii...
dan sampai sekarang masih ada lagi...
dan khabarnya kucing ini sangat otai sekarang...
semua kucing2 lain sangat hormat pada dia...

cuma sayang kerana ia takde waris...
sebab awal2 lagi kucing ni dah di kasi oleh tuan punyanya...:-)

puasa 6...

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim...


yepp, besar pahalanya berpuasa 6 hari pada bulan syawal...
insyaAllah, aku mulakannya pada hari ini...
semoganya aku berjaya menghabiskan 6 hari untuk berpuasa...
maklumlaa, banyak godaan makan dan minuman...:-)
tapi syawal ada lagi 19 hari...
rasanya boleh kot...:-)

Sunday, September 19, 2010

blog aku...

sebenarnya, sejak kerja depan internet, dah banyak blog yang aku baca... selain dari ilmu pengetahuan dan perkembangan semasa, selalunya aku akan tengok dan belajar jugak gaya penulisan tuan2 punya blog... banyak yang aku nampak, dan banyak jugak yang aku belajar...

kebanyakan blog sebenarnya cerita pasal perihal kehidupan pemiliknya... memanglaa, sebab blog itu pun hak peribadi mereka... yang aku cakap ni mengenai blog peribadi, bukannya blog2 politik, jualan barangan dan sebagainya... seronok dapat lihat perkembangan orang... dari bujang, kawin, ada anak, beli kereta, beli rumah dan lain2...

aku pun tak tahu nak kategorikan blog aku ni kat celah mana...:-) memanglaa blog aku ni blog peribadi, tapi aku tak semestinya cerita perihal peribadi... malah aku rasa blog aku ni aku nak perbanyakkan mengenai kritik sosial, teguran membina yang mungkin terkena batang hidung sesetengah pihak... aku harap takde yang marah, sebab teguran aku tu untuk kebaikan semata2...

tak lama lagi aku akan tulis teguran dan kisah kehampaan aku mengenai negeri aku, terengganu... dah lama aku nampak ada yang tak kena, cuma belum sempat nak tulis... tak kena hanya pada mata dan fikiran aku... orang lain aku tak tahu... insyaAllah ada kesempatan aku akan tulis... jangan ada yang mengamuk dah laa bila aku tulis tuu...:-)

Friday, September 17, 2010

hero yang tertewas...

masa balik kampung raya baru2 ni...
aku agak terkejut...
kiranya aku kurang periksa bahawa kampung aku didiami ramai hero2...
malang skali kerana tak sempat bertemu, mereka sudah pun tertewas...
bahana apa yang menimpa mereka, aku kurang pereksa...
malah aku sendiri tidak berani bertanya lanjut...
sementelah lagi orang2 kampung tidak berani membuka mulut...
masakan tidak, sedang hero2 yang ramai pun boleh tertewas...
apa sangatlaa orang2 kampung yang hanya tahu menoreh dan bercucuk tanam...
aku cuma sempat mengambil gambar...
buat tatapan dan juga bukti betapa tewasnya mereka...

aku pohon, akan muncullah seorang hero baru dalam masa terdekat...
buat mengembalikan keamanan kampung aku...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



ada yang putus kepala, ada yang hilang tangan, kaki terpelanting...
ada yang terikat tak berdaya, ada yang tergantung tak bernyawa...
angkara siapa semua ini...
gerangan apa yang melanda...
habis binasa segala hero yang ada...



***tiba2 aku teringat cerita toy story...:-)

duit kecil...

masa aku tingkatan 4 dulu, cikgu bm aku pernah kutuk pasal pejabat pos... selalunya dekat pejabat pos akan ada tulis, "sila sediakan duit kecil"... dan pasal tu la cikgu tu kutuk pejabat pos...:-) dia kata, dah dia nak meniaga, sepatutnya dia sediakanlaa duit kecil...

masa tu aku tak de komen apa2... maklumlaa, baru tingkatan 4... kurang berurusan dengan pejabat pos, dan kalau nak fikir pon takde pekdahnya... sekali fikir, menda yang cikgu aku tu cakap memanglaa betul... tapi itu kalau bercakap dari sisi kita laa... dah mmg adat orang kita ni laa agaknya, fikirkan diri sendiri jee...:-)

bila dah besar panjang ni, bila dah bergaul dengan masyarakat, maka aku jumpa balik dengan apa yang cikgu aku kata tu... bukan saja pejabat pos, malah semua kedai yang aku pergi aku akan terfikir hal tuu... mmg betul, sepatutnya dorang sediakan duit kecil sebagai tukaran... tapi macamana kalau dorang dah sediakan, tapi duit kecilnya dah abis... apatah lagi kalau kedainya hanya kedai kecik... yang herannya orang2 kita ni, kalau kedai2 kecik, mulut tu senang je nak bising2... kalau kedai mamak takde duit kecil tak bising pulak, maklumlaa, mamak tu bagi gula2 sebagai ganti...:-)

secara jujur, aku rasa sangat segan nak hulur duit rm10 kalau aku beli barang cuma rm1.20... aku rasa rm10 tu tersangatlaa besar untuk barang yang nilainya macam tu... tapi kadang2 aku heran, ada orang yang boleh hulur duit rm50 padahal belanjanya cuma 70 sen... apalaa yang dorang pikir agaknya...:-)

gambar family...

haha, gambar kelaurga laa kononnya... tapi tak cukup korum... sebab ada yang dah keluar, ada yang tunggu balik semayang raya, tak balik2... punya laa lama nak tunggu ambik, dari pagi sampai bawak ke tengahari... baru boleh ambik... ingatkan boleh penuhkan korum... nak buat camana, tak cukup orang... ini je laa yang ada...:-)

Thursday, September 16, 2010

hari malaysia...???


bangun pagi ni, aku dengar berita kat radio pasal sambutan hari malaysia... ye, 16 september adalah hari cuti baru untuk kebanyakan rakyat malaysia... sebenarnya walaupun baru dengar berita, aku dah lama tahu pasal hari malaysia ni... cuma samada hari merdeka atau hari malaysia, aku jarang sangat mahu mengambil tahu...

secara ringkas, melalui carian di internet, hari malaysia adalah hari untuk memperingati penubuhan persekutuan malaysia... ia disambut sempena kemasukan sabah dan serawak ke salam persekutuan tanah melayu... bila terbaca yang ni, aku tertanya2... kalau 16 september hari kemasukan sabah dan serawak ke malaysia, apa yang berlaku pada 31 ogos 1957... kenapa hari ini di panggil hari merdeka malaysia sedangkan pada masa tu malaysia belum lagi menjadi malaysia...

maka benarlah apa yang aku post sebelum ni... sejarah tidak pernah berbohong, tapi kita selalu lupa bahawa orang yang menulis sejarah juga mampu berbohong... dan kerana aku tidak berada di situ pada kedua2 tarikh itu, maka aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada hari itu... dan aku tak pasti mana sejarah yang betul, mana pula yang tidak...

wallahualam...:-)

terkeliru...

seringkali hati terasa gundah...
andai dibentang sesuatu yang tak mudah...

seringkali akal menjadi bejat...
kala fikiran seakan terikat...

seringkali mata tersalah jeling...
saat pilihan berdiri di samping...

hidangan raya...

sekadar berkongsi sebenarnya...
tiadalah sangat hidangan yang special untuk raya ni...
seperti raya yang lepas2, hidangannye pun sama saja...
cuma bezanya raya yang lepas2 tak ambik gambo...
kali ni ambik gambo pulak...:-)


pulut kuning, hidangan tradisi mak aku setiap kali raya... dah banyak tahun aku dengar dia malas dah nak buat, tapi bila tiba pagi raya je pulut kuning ni mesti ada... makan pulak dengan gulai ayam pencen... fuhh, sedap tuu bila makan pagi2 raya...:-)



sate... ramai yang kenal kot... haha... hari2 biasa pun senang nak jumpa... yang kat dalam plastik tu baru ambik dari tempahan... 600 cucuk, sama cam tahun lepas... ni tahun kedua beraya dengan sate, courtesy of kakak aku... kalau sebelum2 tu, pagi raya gi tibai sate umah pakcik aku je laa... tapi kan, harga sate naik gila babeng... tahun lepas 35 sen secucuk, tahun ni dah jadi 45 sen secucuk... nak buat macamana, harga ayam, harga barang semua dah naik... tapi takpela barang naik pon... rakyat malaysia ni kan dah kaya raya, dah mampu serba serbi... tak gitu kerajaan malaysia wehhh...???



hidang laa air apa pun... sediakanlaa pelbagai air pun, dari yang segera, sampailaa ke yang bancuh sendiri, air sirap jugak yang sedap... tambah2 kalau beraya waktu matahari tengah terik... air sirap ni kira tradisi jugak kann...:-)



hidangan kat atas meja dapur... untuk di lantak oleh ahli keluarga... mana2 tetamu yang berani masuk ke dapur pun boleh jugak nak makan ni... ada sate, nasik minyak, nasik himpit dengan inang dan pengiring masing2...:-)



ni pulak hidangan kat atas meja ruang tamu... kuih2 kat meja lain yee... maruku, bunga durian dengan f&n tu aku bawak balik dari johor... kuih2 lain pun banyak yang aku bawak balik...



ketupat & tapai... yang ni ketupat pulut... kat umah orang semua ni... sedaplaa jugak ketupat tu lawan dengan rendang atau serunding... tapai ni pun mak aku ada buat... boleh kata tiap2 tahun laa dia buat tapai... masa membungkus kadang2 kesian jugak, 2 kilo, semalaman bungkus... tapai pulut ni masih tradisi yee, bungkus dalam daun getah lagi... sekarang banyak yang dah bungkus dalam plastik & kertas...



nasik minyak... rumah yang aku pegi semua aku makan hidangan yang berlainan... tapi kat terengganu nak jumpa nasik minyak bukan susah... ada kedai yang jual nasik minyak tiap2 hari... dah jadi macam makanan harian dah...



aslinya ituu dari terengganu... nasik dagang pada hari raya... yang ni pun senang nak dapat kat terengganu... malah ramai yang datang terengganu cnfirm cuba nii... ada org crita kat aku, orang luar dari terengganu datang nak makan nasik dagang... tapi bila orang kata lauk ikan tongkol, dia taknak... katanya dia nak yang lauk ikan aye... mungkin dia dengar cakap2 orang nasik dagang lauk ikan aye yang sedapnya... lawak jugak sebab ikan aye dan ikan tongkol adalah menda yang sama...:-)



pengat labu, bukan satu kebiasaan pada hari raya... tapi yang ni aku jumpa masa gi majlis akikah anak sedara member sekolah dulu... nasib baik aku try makan... aku ingatkan tak sedap... rupa2nya sedap... sampai menambahla aku... :-)



buah2an... pun bukan hidangan biasa pada hari raya... tapi menda dah ada tak salah la di jamu ye takk... pisang tu mmg la sentiasa ada... tapi duku dengan manggis dah ujung2 musim ni... mungkin tahun depan kita raya masa musim buah... jangan terkejut pulak kalau tahun depan ada orang hidangkan durian... haha...

Wednesday, September 15, 2010

soalan wajib...


huhuhuuuu...
setiap kali balik raya mesti ada soalan wajib...
bila nak kawin...
time balik kampung skali skala pon kena terjah dengan soalan nii...
tak kira mak sendiri atau jiran sekeliling...
campur lagi dengan kawan2 yang tak abis2 memerli...

letih dah nak menjawab...
letih dah nak menerangkan...
selalunya aku senyap...
ade juga yang aku jawab...
biasanya aku kata tunggu awek abis spm...
haha, sekadar jawapan supaya dorang tak tanya lagi...
ataupun aku kata kawin tahun depan...
bila tahun depan dorang tanya lagi...
aku akan jawab "kan aku kata tahun depan"...
hehee...

tapi balik raya aritu ada member bagi idea...
kalau yang tanya tu makcik2, atau akak2 yang menyibuk nak tahu...
ada 1 jawapan yang sesuai...
"err, bila pakcik dah tambah lagi 1 nanti, baru saya kawin"...
confirm2 makcik tu senyap kan...
tentu2 akak2 tu pon senyap...
sbb kalau dorang tanya lagi...
aku pulak akan suruh suami dorang cepat2 tambah lagi 1...
hahahaa, haru jugak tuu...

boleh ke jawab gitu dengan dorang...
bolehlaa kan, sibuk sangat duk tanya orang...
dah ada nanti, dah confirm nanti...
orang jemputlaa...
janganlaa duk tanya2 sangat...
urusan Tuhan semua tuu...:-)

ops sikap & opss sikapnya...

setiap kali raya jumlah kemalangan mesti meningkat... dah tu banyak pulak tu yang melibatkan kemalangan maut... cuma pada tahun ni, belum kedengaran yang melibatkan kes besar seperti bas ekspress... tapi tu tak bermakna jumlah kematian menurun...

ok, takde maknenya aku nak ulas statistik kematian tu... sendiri cari laa yee... cuma antara sebab kemalangan meningkat ialah kerana sikap pemandu... semua orang pon tahu... sebab tu laa setiap kali musim raya ada ops sikap...

ramai yang salahkan pemandu kononnya nak cepat... bawak kereta laju macam pelesit... kadang2 kalau pelesit tengok pon takut nak naik sebab laju sangat... begitulah kebiasaannya, selalu sangat orang yang memandu laju disalahkan...

tapi aku rasa bukan sahaja orang yang memandu laju yang banyak menyebabkan kemalangan... sebenarnya orang yang memandu perlahan pun banyak jugak menyebabkan kemalangan... malah mungkin lebih tinggi statistiknya berbanding dengan yang bawak laju... pada pendapat aku, kebanyakan orang yang bawak kete slow ni terdiri daripada orang2 yang bodoh, orang yang pentingkan diri sendiri dan orang2 yang rasa jalanraya tu dibuat hanya utk dorang oleh mak bapak dorang... selalu sangat aku jumpa orang yang bawak slow ni macam dah di cabut akal dari kepala hotak mereka...

mintak mahaplaa kalau ade yang kecik hati dengan kenyataan aku tu... cuma kalau kamu tergolong dalam golongan yang bawak kete slow, kamu mungkin orang yang bodoh... sebab yang pertama, meter kereta kamu mungin sampai ke 180km/jam... jadi kalau jalan di depan kamu kosong, adalah bodoh untuk kamu bawak 50-60km/jam... tapi, ia pilihan kamu... kamu berhak untuk bawak kereta slow, tapi aku tetap mahu mengatakan kamu kurang pandai menggunakan keistimewaan kereta kamu... kurang pandai = bodoh...

sebab yang kedua, seringkali pemandu yang bawak kereta slow ni memonopoli jalan... paham kan maksud monopoli tu... kamu yang bawak slow jugak paham kan... seboleh mungkin kamu memandu di tengah2, walhal kamu boleh ke tepi dan memberi laluan kepada mereka yang mahu laju... tapi kerana jalan itu harta mak bapak kamu, maka kamu berbuat sesuka hati walaupun yang di belakang sudah memberi isyarat lampu meminta kamu memberikan jalan untuk mereka mereka memotong... kerana jalan itu harta mak bapak kamu juga, maka dengan senang lenangnya kamu memandu sambil makan2 dan tak peduli orang belakang...

sebab yang ketiga, kamu nampak bertambah bodoh bila tidak membenarkan orang memotong... bila tiba saja di jalan lurus, kamu lajukan kereta, supaya yang di belakang tidak dapat memotong kamu... tambah bodoh, sebaik kamu melihat orang di belakang memberi signal untuk memotong, kamu cepat2 lajukan kereta, walhal kamu nampak dari depan sebuah lori sedang menghampiri... kamu juga nampak di sebelah kiri kamu ada sebesar2 jalan, yang mana kamu boleh ke tepi untuk memberi laluan pada mereka yang mahu memotong... kerana jalan itu mak bapak kamu yang punya, kamu berhak menyebabkan mereka bertembung dengan lori... maka bolehlah kamu bertepuk tangan bertampar kaki sebaik ada kematian di atas jalan milik mak bapak kamu itu...

jadi kerana sebab2 itu, aku rasa mereka yang bawak kereta slow jugak banyak menyumbang kepada kemalangan maut... tiada salahnya kalau kamu bertimbang rasa di jalanraya, memberi laluan pada orang lain kerana kamu tahu kamu sangat perlahan... walaupun bodoh kamu tak mungkin akan hilang dengan tindakan itu, sekurang2nya kamu tidak menunjukkannya kepada orang ramai di atas jalanraya di waktu tengahari buta...


gambar yang aku ambil masa balik dari kampung baru2 ni... megahnya mereka yang bawak kereta dengan slow yang teramat padahal mereka boleh memberi laluan pada orang yang nak memotong... agaknya mereka gembira melihat barisan kereta memanjang ke belakang bak keretapi... ops sikap tidak akan berkesan selagi opss sikapnya itu macam lahanat... aku terpaksa tutupkan no plat kerana aku tak mahu tuan punya kereta tu cuba membunuh diri bila mereka sedar betapa bodohnya tindakan mereka...


p/s: jangan ditiru, kerana aksi mengambil gambar semasa memandu jugak boleh menyebabkan kemalangan...:-)

Tuesday, September 14, 2010

mercun & bunga api


agaknya sudah menjadi adat, setiap kali musim perayaan mesti ada kemalangan yang melibatkan mercun... malah rasanya tak sah raya kalau takde orang putus jari, cedera kat muka dan bengkak tangan sebab main mercun...

kerana kemalangan2 yang berlaku ni, maka kerajaan mengambil langkah mengharamkan mercun... aku tak ingat sejak bila diharamkan, tapi bagi aku langkah tu langsung tak berkesan...
kalau berkesan aku rasa berkuranglaa orang cedera sebab main mercun... ini aku rasa sama saja setiap kali musim raya... sebab apa tak berkesan, jangan tanya aku... tanya diri sendiri kenapa mercun still boleh bawak masuk dalam malaysia ni sedangkan menda tu dah diharamkan... nak kata pegawai2 di sempadan di rasuah, tak mungkin sbb dengar khabar negara malaysia ni bebas rasuah... cuma mungkin ada yang mendapat komisen daripada kemasukan bahan tersebut...

ok, aku taknak ulas panjang lebar pasal tu... sebab confirm takde pekdahnya kalau aku membebel pasal tu kat sini pon...

baru2 ni, isu paling besar ialah stor simpan mercun terbakar dan meletup hinggakan anak pemiliknya mati... ajalnya budak itu kerana mercun, walaupun mercun dah haram... hairan juga macamana menda yang haram boleh disimpan dengan begitu banyak oleh si ayah... tempat berlakunya kejadian tak jauh dari kampung aku... maka aku terdengar laa dari mulut2 orang bahawa si ayah sudah lama buat kerja macam tuu... malah si ayah tidak menjual mencun pada pembeli, dia hanya menjual pada peniaga mercun juga, seolah2 dia pengedar sah... hairan juga, tiada orang nampakkah sebelum ini walhal dia dah lama dan dah bertahun2 jadi pengedar... apakah setiap perkara perlu ada kematian baru tindakan mahu diambil... hairan ibni ajaib mana perginya pihak2 berkuasa kat tempat tuu...

terimbas masa kecil2 dulu, aku mmg kurang mampu untuk beli mercun... malah nak beli bunga api pon paras2 hidung je... tapi kerana kreatif, plug motosikal boleh kami jadikan mercun... korek lubang, sambung skru & plug dengan dawai, ikat dengan kain kat ekor supaya senang campak dan plug jatuh kepala dulu, siap satu mercun plug... maka setiap kali selepas berbuka berdentum dentamlahh kampung dengan bunyi mercun plug kami...

mengingat kembali betapa kreatifnya kami dulu, aku rasa budak2 zaman sekarang mesti bertambah2 kreatifnya... maka kerana ini, dari dulu lagi aku tak setuju mercun diharamkan... bagi aku, apa yang lebih perlu diharamkan adalah bunga api... mercun yang sudah siap sememangnya tak boleh di ciptakreatifkan lagi... berbanding mercun, segala macam letupan boleh dihasilkan daripada bunga api... malah berbagai jenis mercun sendirian berhad boleh dihasilkan menggunakan bunga api... kerana itu ada yang memampatkannya dalam batang paip, lalu meletup dan putus jari... kerana itu juga ada yang membalut dengan aluminium, lalu meletup sebelum waktu dan buta mata...

akhir sekali, walaupun mercun dah diharamkan, aku tak rasa kemeriahan raya berkurang seiring keharamannya itu... kerana pada malam raya baru2 ni, kampung aku bergegar2 dengan bunyi mercun sampai tengah malam... mana dorang dapat bekalan, jangan tanya aku... aturannya mudah, menda yang orang tak bagi, itulaa yang kita paling suka buat...:-)


sejarah...


aku pernah dengar orang kata, sejarah adalah milik orang yang memerintah... aku tak tahu sejauh mana kebenarannya... dan aku tak minat nak kaji samada sejarah yang aku tahu sekarang ni betul atau salah...

cuma pagi tadi aku terfikir... dulu aku selalu dengar kata2 bahawa sejarah tak pernah berbohong... betapa orang yang terlibat dalam melakar sejarah itu adalah orang2 yang beruntung... ada yang menjadi wira bangsa dan negara, ramai juga menjadi wira yang tak didendang... beruntung laa mereka2 yang di kenang sepanjang masa, dan bagi mereka2 yang langsung tak diendah, aku rasa tiada apa pun yang luak bagi mereka...

dan tiba2 aku terfikir... sememangnya sejarah tak pernah berbohong, tiada siapa yang dapat menafikan ini... tapi aku yakin, mereka2 yang menulis sejarah ini, yang membukukan lipatan sejarah ini, lebih dari mampu untuk berbohong... mereka2 yang terlibat dalam pengumpulan hasil sejarah boleh saja menukar segala macam bentuk peristiwa yang berlaku, dan mereka boleh memilih sejarah apa yang mereka ingin kita ketahui...

lantas aku terkeliru...apakah sejarah yang aku ketahui pada hari ini adalah sejarah yang benar2 berlaku... atau ia hanyalah sejarah yang mereka2 ini ingin aku ketahui...:-)

re-sambung...:-)


yeeppp...
agak lama aku menyepikan diri...
bukan kerana aku malas...
bukan kerana aku sakan beraya...
hanyalah kerana masa yang kurang sesuai...
maklum saja, balik kampung sekali-sekala...
takkanlaa nak sibuk2 depan komputer jugak...
habiskan masa dengan keluarga...
maka itu yang paling baik bila balik kampung...
walaupun raya aku hanyalah yang biasa2 saja...
namun cukup bererti seperti selalunya bagi aku...

pada pembaca blog aku yang tak berapa ramai nii...
samada kenal aku atau tidak...
pernah ada salah atau tidak...
aku ucapkan selamat hari raya...
andai ada coretan atau cerita dalam blog ini yang tidak menyenangkan...
harap2 maafkanlahhh...
maklum saja...
hasil tulisan dalam blog ini hanyalah buah fikiran aku...
dan sudah barang tentu buah fikiran aku ini ada yang menyenangkan...
dan ada yang mendangkalkan kalian...:-)

selamat hari raya...
semoga bergembira dan menghayati kemuliaan syawal...

Friday, September 3, 2010

aku...???


kadang2 aku tertanya2 aku ni jenis orang yang macamana... dan sebetulnya menilai diri sendiri itu amat payah kerana kita cenderung untuk bias... tapi untuk bertanya pada orang macamana diri kita sebenarnya juga amat payah... payahnya bukan untuk bertanya, tapi untuk mendapat jawapan yang jujur...:-)

tapi apa yang aku selalu dengar, ramai yang kata aku sombong... bekerja berhadapan dengan orang, sentiasa berjumpa dengan orang baru memungkinkan aku dikata begitu... sungguh, sekelumit pun aku tak kecil hati... sebab aku tahu, dari air muka, dari tutur perkataan dan mungkin juga layanan aku, aku boleh saja di cop begitu... maklum saja, mereka berhak menilai apa yang mereka lihat, dan sudah barang tentu mereka ada alasan tersendiri untuk berkata begitu...

malah, aku sebenarnya mengakui dan merasakan ada benarnya jika mereka berkata begitu... sebabnya, aku sendiri sebenarnya ssh nak bertegur dengan orang... hanya kerana aku kerja berhadapan dengan org ramai, maka aku wajib bertegur dengan mereka apatah lagi mereka itu pelanggan... selain itu, untuk berbual, untuk bercakap dan untuk memulakan langkah berkawan, aku mmg agak sombong... sombong dalam ertikata untuk bertegur sapa, untuk memulakan langkah berkawan... mungkin juga aku tak tahu memulakan langkah, mungkin juga aku segan untuk menegur dahulu...

tapi itu cerita sebelum kenal... selepas kenal ceritanya bertukar sama sekali... kalau kena orang yang serasi, maka akan menjadi kawan baiklaa, tak kira umur... malah dulu pernah pekerja kedai sebelah menegur bahawa aku ni nampak sangat sombongnya, tetapi lepas kenal, aku yang banyak tolong dia bila dia ada masalah... dan lagi, selepas kenal, aku rasa orang akan berubah pandangan pada aku... lainlah kalau orangnya mmg tak serasi dengan kita, sejauh mana mencuba pun, tetap akan terasa ada halangan antara keduanya...

bekerja di sini, bermukim di parit raja, aku tak rasa yang aku ada ramai kawan... dan aku sebenarnya amat ssh untuk mencipta kawan baru... mungkin kerana cara aku, dan mungkin juga orang2 yang ada di sini telah ada kelompok kawan2 masing2... cara paling senang nak dapat kawan melalui rakan sekerja... malangnya rakan sekerja yang aku ada hanyalah diri aku sendiri... dulu pernah juga ada orang yang bekerja di sini... dan kawan2 dialah yang jadi kawan2 aku skrg, walaupun tak rapat... maklum saja, jarak umur yang jauh, dan mereka semua sdg belajar di luar... cuma dapat jugalah aku menumpang bermain futsal, badminton dan makan2... itu pun seklai sekala sahaja, cukuplahh...

sudah aku katakan di awal tadi, amat payah untuk menilai diri sendiri... bagaimana sikap kita, bagaimana layanan kita pada orang lain... aku sedar banyak yang kurang, dan aku harap sangat dapat menampung kekurangan tu... tapi, sebanyak mana pun mencuba, ia mungkin tak mencukupi... bagi aku, cukuplah kalau ada yang menyenangi aku, menganggap aku sebagai kawannya dan menerima aku seadanya aku...:-)

iceroom, bangi...

sekadar berkongsi kerana aku dah pernah makan kat sini... sejujurmya, kedai nampak gah, tapi ice-creamnya biasa2 saja...:-)