kadang2 aku tertanya2 aku ni jenis orang yang macamana... dan sebetulnya menilai diri sendiri itu amat payah kerana kita cenderung untuk bias... tapi untuk bertanya pada orang macamana diri kita sebenarnya juga amat payah... payahnya bukan untuk bertanya, tapi untuk mendapat jawapan yang jujur...:-)
tapi apa yang aku selalu dengar, ramai yang kata aku sombong... bekerja berhadapan dengan orang, sentiasa berjumpa dengan orang baru memungkinkan aku dikata begitu... sungguh, sekelumit pun aku tak kecil hati... sebab aku tahu, dari air muka, dari tutur perkataan dan mungkin juga layanan aku, aku boleh saja di cop begitu... maklum saja, mereka berhak menilai apa yang mereka lihat, dan sudah barang tentu mereka ada alasan tersendiri untuk berkata begitu...
malah, aku sebenarnya mengakui dan merasakan ada benarnya jika mereka berkata begitu... sebabnya, aku sendiri sebenarnya ssh nak bertegur dengan orang... hanya kerana aku kerja berhadapan dengan org ramai, maka aku wajib bertegur dengan mereka apatah lagi mereka itu pelanggan... selain itu, untuk berbual, untuk bercakap dan untuk memulakan langkah berkawan, aku mmg agak sombong... sombong dalam ertikata untuk bertegur sapa, untuk memulakan langkah berkawan... mungkin juga aku tak tahu memulakan langkah, mungkin juga aku segan untuk menegur dahulu...
tapi itu cerita sebelum kenal... selepas kenal ceritanya bertukar sama sekali... kalau kena orang yang serasi, maka akan menjadi kawan baiklaa, tak kira umur... malah dulu pernah pekerja kedai sebelah menegur bahawa aku ni nampak sangat sombongnya, tetapi lepas kenal, aku yang banyak tolong dia bila dia ada masalah... dan lagi, selepas kenal, aku rasa orang akan berubah pandangan pada aku... lainlah kalau orangnya mmg tak serasi dengan kita, sejauh mana mencuba pun, tetap akan terasa ada halangan antara keduanya...
bekerja di sini, bermukim di parit raja, aku tak rasa yang aku ada ramai kawan... dan aku sebenarnya amat ssh untuk mencipta kawan baru... mungkin kerana cara aku, dan mungkin juga orang2 yang ada di sini telah ada kelompok kawan2 masing2... cara paling senang nak dapat kawan melalui rakan sekerja... malangnya rakan sekerja yang aku ada hanyalah diri aku sendiri... dulu pernah juga ada orang yang bekerja di sini... dan kawan2 dialah yang jadi kawan2 aku skrg, walaupun tak rapat... maklum saja, jarak umur yang jauh, dan mereka semua sdg belajar di luar... cuma dapat jugalah aku menumpang bermain futsal, badminton dan makan2... itu pun seklai sekala sahaja, cukuplahh...
sudah aku katakan di awal tadi, amat payah untuk menilai diri sendiri... bagaimana sikap kita, bagaimana layanan kita pada orang lain... aku sedar banyak yang kurang, dan aku harap sangat dapat menampung kekurangan tu... tapi, sebanyak mana pun mencuba, ia mungkin tak mencukupi... bagi aku, cukuplah kalau ada yang menyenangi aku, menganggap aku sebagai kawannya dan menerima aku seadanya aku...:-)

What's in the world happen to you?!
ReplyDeletenothing happen...
ReplyDeletethats the problem...
haha...