Friday, September 24, 2010

makan ayam...

semenjak dua menjak ni, ada yang menegur aku bahawa aku makan terlalu banyak ayam... dia kata bahaya kalau makan ayam banyak2... aku tak nafikan apa yang dia kata, malah aku rasa apa yang dia kata tu tersangatlaa betulnya...

bila aku fikir2, mmg betul aku makan terlalu banyak ayam... malah aku rasa tiap2 hari aku makan ayam... bukan makan ayam itu tak bagus tapi, melihat kepada proses ayam itu sendiri, kita sebenarnya menghasilkan ayam yang tak sihat... dari kecil hingga dimakan, ayam tu sebenarnya hanya berumur 48 hari... jadi boleh kiralahh berapa banyak bahan kimia yang dah dimasukkan dan disuntik dalam ayam tu supaya cepat besar... hakikatnya, hari ini kita hanya makan anak ayam yang besar kerana agen pembesaran...

jadi bila fikir2 balik, aku menetapkan 1 misi untuk diri sendiri... misi tak makan ayam selama seminggu... aku dah cuba untuk beberapa hari, tapi tidak berjaya... sangatlaa payah sebenarnya kerana kebanyakan lauk yang disediakan ayam... ayam dalam pelbagai bentuk masakan... betulla, boleh kata tiap2 hari aku makan ayam... cuma aku berharap boleh kurangkan makan ayam selepas ni... semoga berjaya...:-)

5 comments:

  1. Ayam - Jalil Hamid


    ayam bermacam ayam
    ada ayam kampung ayam hutan ayam siam
    ayam turki ayam belanda
    macam-macam perihal ayam
    hangat-hangat tahi ayam,
    sabung ayam nasi ayam telor ayam


    ayam hutan boleh terebang
    ayam kampung dalamlah reban
    ayam bandar di dalam pasar
    kadang-kadang ada harga naik harga turun harga

    korus:
    ibu si ibu ayam
    telor sebiji riuh sekampung
    hooo...oh ibu ayam
    telor dieram anak sereban
    kata bidalan berkaki ayam
    kalau makan ajak-ajak ayam
    kalau nak tidur tidur-tidur ayam
    kalau tak nampak itu rabun ayam

    makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
    makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
    makan kaki ayam kais pagi makan malam
    makan cakar ayam sakit gigi siang malam

    (ulang korus)

    makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
    makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
    makan kepak ayam paha ayam dada ayam
    satu tak boleh jangan makan bulu ayam

    makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
    makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
    makan kepak ayam paha ayam dada ayam
    satu tak boleh makan jangan makan tahi ayam

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dgn puasa ayam anda?
    Berjayakah menahan godaan itu?

    Atau tetap juga menjamah hidangan berunsur ayam?

    ReplyDelete
  3. kantoi wehh...
    ingat misi seminggu tak makan ayam...
    tapi takleh, mesti afda jamah gak sket...

    ReplyDelete
  4. Takpe, boleh cuba lagi.

    If at first u don't succeed,
    U can brush it off and try again.
    Get urself up and try again,
    try again...

    ReplyDelete
  5. never stop trying...
    makan jugak, tapi sikit2 laa...
    :-)

    ReplyDelete