Wednesday, September 29, 2010

peraturan...

dalam hidup aku ni, dah banyak kali aku tengok peraturan yang tak masuk di akal... sebagai contohnya, hadlaju depan sekolah ialah 15km/jam... bayangkan bagaimana payahnya nak ikut peraturan tuu... dan aku dapat bayangkan betapa banyaknya excident yang berlaku kat situ semata2 kerana ada pemandu yang memperlahankan kereta secara tiba2 untuk nak ikut peraturan tuu...

tengok amaran kat atas tu... aku boleh tahu amaran2 yang macam ni terdapat kat depan pintu masuk cc... kenapa aku tahu...??? kerana aku juga terlibat dalam bidang yang sama... antara peraturan cc adalah tidak boleh berpakaian sekolah semasa berada dalam premis, bagi yang 18 tahun ke bawah kena ditemani oleh ibubapa kalau nak datang cc dan banyak lagi... untuk pengetahuan, lesen cc terletak di bawah akta lesen hiburan, dan ini menempatkan cc setara dengan kelab malam, karaoke dan jugak pub2... maka kerana itu, aku berani jamin, jika ada operasi daripada majlis perbandaran, mereka takkan pernah pulang dengan tangan kosong, pasti ada saja yang mereka saman lantaran peraturan2 yang tak mampu kita nak ikut...

aku melihat peraturan ini dari sudut pandangan aku... dan kerana blog ini blog aku, maka aku akan utarakan apa yang aku fikir bila tgk peraturan2 yang macam nii... aku bagi contoh keadaan... budak sekolah datang ke sekolah dengan bas kerana rumahnya terletak 20km daripada sekolah... balik dari sekolah, dia perlu ke cc yang berhampiran untuk menyiapkan kerja dan mungkin jugak ada yang nak main game... tapi malang bagi dia, dia perlu balik dulu ke rumah, kerana dia tak boleh berpakaian sekolah bile ke cc... balikla dia dengan bas sejauh 20km, salin baju dan datang semula ke cc sejauh 20km lagi... habis kos masa, tenaga dan jugak wang ringgit...lebih menyedihkan, apa yang dia buat nampak macam kerja org bodoh... budak sekolah ni tak bodoh, yang bodoh ialah sapa yang buat peraturan tu, dan sesiapa yang bersetuju dengannya...

aku faham, peraturan ni dibuat supaya takde budak2 yang ponteng melepak dalam cc... bagi aku,yang penting dalam hal ni bukan laa isu baju... isu yang paling penting adalah samada budak sekolah ponteng atau tidak... dan mmg jelas bagi aku, ponteng atau tidaknya sesorang budak tu bukan terletak pada baju... aku sebagai orang yang jaga cc mmg kenal customer aku... aku tahu mana yang sekolah petang, dan aku tahu mana yang sekolah pagi... dan pada waktu persekolahan mereka, mmg aku tak benarkan mereka melepak kat cc ni... itu yang penting bukan, budak ponteng tidak memonteng di cc, bukan pasal baju... apa ke jadahnya kalau budak tak pakai baju sekolah, tapi semua yang ada kat dalam cc tu tengah ponteng...

bila fikir2 balik, satu je aku rasa kenapa peraturan ni dibuat... aku panggil peraturan ni sebagai peraturan lepas tangan oleh pihak majlis perbandaran yang pemalas... kenapa...??? sebab, bila nampak saja budak pakai baju sekolah, dia terus boleh ambil tindakan pada budak atau cc tuu... tak perlulaa mereka tanya atau siasat samada budak itu ponteng atau tidak... senang kan kerja... boleh lepas tangan saja kalau pun ada budak yang ponteng, yang penting, jangan pakai baju sekolah...

sesiapa yang menggubal undang2 yang bodoh ni mmglaa sudah jelas terlihat kebodohannya... tapi sape2 yang bersetuju dengan undang2 tersebut, maka dia lebih bodoh dari segala yang bodoh... noktah...!

No comments:

Post a Comment