Friday, September 17, 2010

duit kecil...

masa aku tingkatan 4 dulu, cikgu bm aku pernah kutuk pasal pejabat pos... selalunya dekat pejabat pos akan ada tulis, "sila sediakan duit kecil"... dan pasal tu la cikgu tu kutuk pejabat pos...:-) dia kata, dah dia nak meniaga, sepatutnya dia sediakanlaa duit kecil...

masa tu aku tak de komen apa2... maklumlaa, baru tingkatan 4... kurang berurusan dengan pejabat pos, dan kalau nak fikir pon takde pekdahnya... sekali fikir, menda yang cikgu aku tu cakap memanglaa betul... tapi itu kalau bercakap dari sisi kita laa... dah mmg adat orang kita ni laa agaknya, fikirkan diri sendiri jee...:-)

bila dah besar panjang ni, bila dah bergaul dengan masyarakat, maka aku jumpa balik dengan apa yang cikgu aku kata tu... bukan saja pejabat pos, malah semua kedai yang aku pergi aku akan terfikir hal tuu... mmg betul, sepatutnya dorang sediakan duit kecil sebagai tukaran... tapi macamana kalau dorang dah sediakan, tapi duit kecilnya dah abis... apatah lagi kalau kedainya hanya kedai kecik... yang herannya orang2 kita ni, kalau kedai2 kecik, mulut tu senang je nak bising2... kalau kedai mamak takde duit kecil tak bising pulak, maklumlaa, mamak tu bagi gula2 sebagai ganti...:-)

secara jujur, aku rasa sangat segan nak hulur duit rm10 kalau aku beli barang cuma rm1.20... aku rasa rm10 tu tersangatlaa besar untuk barang yang nilainya macam tu... tapi kadang2 aku heran, ada orang yang boleh hulur duit rm50 padahal belanjanya cuma 70 sen... apalaa yang dorang pikir agaknya...:-)

No comments:

Post a Comment