Tuesday, September 21, 2010

kompleks kt...

setiap kali aku balik ke terengganu, biasanya aku akan ke kedai2 kat atas stesyen bas... banyak sekali kedai kain dan baju kat atas tuu... dan setiap kali aku naik ke atas tu, pasti aku ternampak sebesar2 bangunan kat sebelah stesyen bas tu... umum tahu, kalau tengok dari luaran, pasti tahu bahawa bangunan ini adalah sebuah kompleks beli belah...

dari pandangan mata kasar, bangunan ini sudah siap sepenuhnya... bangunan ini juga sudah di cat cantik, dan secara logiknya sudah boleh digunakan... tapi yang amat menghairankan sampai sekarang bangunan ni belum dibuka kepada umum... amat mustahil kalau dikatakan tidak ada penyewa yang mahu menyewa kedai2 di dalam bangunan ini... jadi, aku sebenarnya tidak tahu, dan semakin lama aku semakin tertanya2 apa penyebabnya bangunan ini tidak dibuka sehingga sekarang...

dari segi sejarah, majlis pecah tanah untuk bangunan ini sudah dilakukan sejak tahun 1992... aku masih teringat masa tu aku bersekolah di dungun, dan boleh dikatakan setiap bulan aku akan balik dan melalui kawasan ini... hari demi hari, tunggu punya tunggu sudah 18 tahun berlalu dan bangunan ini masih belum boleh digunakan... mungkin aku tidak tinggal di terengganu, maka aku tidak mnendengar sebarang penjelasan mengenai masalah yang dihadapi oleh bangunan ini... untuk pengetahuan, semasa majlis pecah tanah, wan mokhtar adalah menteri besar terengganu pada masa itu... selepas idris jusoh mengambil alih, dan kini diambil alih pula oleh ahmad said, bangunan itu tetap juga begitu...

aku tak tahu sampai bila bangunan itu akan terus begitu... mungkin tidak lulus cf, mungkin spec yang salah, atau mungkin juga menunggu pilihanraya untuk di rasmikan... aku tak tahu dan aku mahu benar tahu...


jika bangunan ini tidak dibuka kerana masalah dari bangunan, aku akan bertambah hairan kerana ada kedai ynag beroperasi di tingkat bawah bangunan ni... hanya ada 2 buah kedai yang beroperasi... dan jika bukan masalah bangunan, apa masalahnya... kenapa pula 2 kedai ini boleh beroperasi sedangkan keseluruhan bangunan itu belum lagi di buka... wallahu'alam...
Add Image

4 comments:

  1. 18 years man.. 18 years!
    3 MBs and only 2 shops?

    Reminds me of these songs:

    18 and life - Skid Row
    Wasted Years - Iron Maiden
    Re-arranged - Limp Bizkit

    Just think about it... u'll get it.

    ReplyDelete
  2. dont know why...
    but it shows how they work...:-)

    ReplyDelete
  3. Most likely on how they're not doing their work.

    Mmm...
    Maybe it's something else...

    ReplyDelete
  4. thats why i want to know why...???
    its all complete but the opening...
    why, why and why...;_0

    ReplyDelete