masuk separuh masa kedua, kedudukan masih lagi seri... perlawanan sungguh sengit... takde pasukan yang nak mengalah, dua2 nak menang... maklum laa, perlawanan akhir... walaupun peringkat sekolah, tapi menjadi juara sangat penting... sama pentingnya dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan...
sebagai ayam tambatan pasukannya, pendi tahu dia perlu menjaringkan gol... kalau score, dia akan jadi hero... mungkin juga dia akan jadi idola... pasti ramai gadis2 menengah bawah yang mahu jadi adik angkatnya nanti... walaupun pertama kali diturunkan selepas kecederaan 2 penyerang utama, itu tidak menghalang pendi mencuba yang terbaik, seperti yang dilakukan oleh semua peserta AF... lagi pula, semua harapan peminat dan rakan sepasukan kini terletak pada bahunya...
"ingat, separuh masa kedua nanti kita buat serangan terus... cuba dapatkan gol seawal mungkin..." kata2 coach semasa rehat separuh masa tadi masih terngiang2 dalam telinga pendi...
walaupun terpaksa menahan hidung kerana bau hamis rakan, dia paham apa yang coach inginkan... dan sebagai penyerang tulen, dia tahu dia perlu menjaringkan gol...
"pendi, ko main kat atas je..." itu pesan adli, kapten pasukannya semasa separuh masa kedua bermula tadi...
dan sebagaimana yang coach mahukan, mereka menyerang sejak dari awal permainan... tapi hingga kini, tinggal 5 minit lagi, kedudukan masih lagi sama, seri...
"tak boleh jadi ni..." bisik pendi sendirian...
"kalau tak score, tak hero laa mcm ni..." tambahnya lagi...
di luar, penonton masih bersorak, tapi dalam nada yang semakin menurun... sepanduk buatan sendiri pun tak lagi berdiri tegak... bendera pasukan juga sudah tiada yang mahu kibarkan... seolah2 mereka kehampaan... pendi tahu dia perlu menaikkan semula semangat penonton...
melihat ke tepi padang, coachnya masih memberi arahan... menjerit agar pemainnya bermain mengikut perancangannya... bola masih lagi berlegar2 di tengah padang... dia melihat ada antara kawan2nya yang tertunduk2 sewaktu melarikan bola...
secara tiba2, rakannya shaari mendapat bola dibahagian tengah padang... sepantas kilat juga adli membuat larian di sebelah tepi kanan... masa tinggal kurang seminit lagi... shaari berjaya mengawal bola dengan baik, menggelecek 2 pemain lawan, kemudian menghantar bola kepada adli...
"li, cross..." pendi menjerit meminta bola... dia tahu, sekiranya hantaran bola baik, dia mampu menjaringkan gol...
adli terus membawa bola ke bahagian depan... pemain pertahanan lawan semakin kucar kacir... pendi cuba sedaya upaya mara ke depan, agar dia berada pada kedudukan tepat dengan hantaran bola...
belum sempat pendi bersedia, adli sudah membuat hantaran silang... laju, bolanya sedikit ke depan, terlebih dari jangkauan pendi... pendi tahu dia harus melakukan sesuatu...
"aku mesti score, baru jadi hero..." dalam pantasnya larian, sempat lagi pendi berfikir...
kerana bola agak jauh ke depan, pendi melayangkan badan melakukan flying header... penjaga gol lawan mara ke depan, cuba menghalang tandukan pendi...
pendi tertiarap di depan gol lawan... suara penyokong kedengaran sayup2... suara coachnya juga terdengar menjerit nyaring... semua rakan2 sepasukan menyerbu ke arahnya, dan berhenti di sekeliling beliau... pendi rasa seperti mahu pitam...
"apasal ko tanduk, gila keras bola hoki tu..." adli marah, sambil memanggil pegawai perubatan...
pendi terus buat2 pitam supaya dia tak perlu berhadapan dengan penyokong dan di angkat terus ke bilik persalinan...
*****
****
***
**
*
*entry ini aku tulis khas sempena hoki piala sultan azlan shah yang sedang berlangsung di perak... tahniah kepada malaysia kerana kalah semua perlawanan kecuali menentang korea selatan... tapi walaupun kalah, korang masih mendapat respek dari aku... kalah mmg ttp kalah, tapi korang melawan dengan baik... cuma masa ujung2 perlawanan je korang jadi bangang sket, kdg2 bolos 2 bijik... tu yang banyak kalah tuu... lain kali cuba kurangkan bangang tu sikit...
No comments:
Post a Comment