Saturday, May 14, 2011

pesanan dari astro...

2-3 hari lepas aku dapat msg dari astro... apa..?? ko tak kenal astro... alaa, kapitalis terkenal tuu... yang baik dengan kerajaan tuu... haaa, yang tu laa...

msg dia ni bukan laa apa2... bukan nak berkenalan ke apa... msg biasa2 saja... bunyinya lebih kurang...

"anda mempunyai baki tertunggak (dengan tertunggak tu dia guna hurup besar). sila buat bayaran untuk mengelakkan sebarang gangguan siaran... terima kasih sekiranya sudah membayar..."

gitu laa lbh kurang msgnya... aku lupa nak simpan, cpt je aku delete msg tuu... tapi sebenarnya tu laa kali pertama aku dapat msg gitu...

ok, blh bayangkan tak...?? kali pertama... bermakna sebelum2 ni aku tak penah bayar lambat... bukan aku marah dapat msg macam tu, bagus juga dia ingatkan... sbb aku pun banyak menda nak ingat... no ic, no telepon, no tarikh lahir, no ekor... banyak nak kena ingat tuu...

tapi aku heran... heran sbb ape...

"cehhh, bayar on time pun slalu jugak ada gangguan siaran... terutama time hujan..." aku kata dalam hati je, sbb mulut aku duk sibuk sumpah seranah astro...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment