Sunday, May 29, 2011

hang kata hang terrer...

aku pandang pokok jambu golok yang tersergam depan rumah... usianya mungkin sudah puluhan tahun... ketika aku kecil pokok itu sudah di situ...

ranting yang hujung sudah semakin menjalar ke atas bumbung... mungkin kalau dibiarkan membesar akan membahayakan rumah... apa lagi sekarang hujan ribut tak kira waktu...

"macamana, buleh buang tak ranting tu..." tanya mak aku yang ada kat sebelah... dia turut mendongak, memandang pokok tersebut...

"kalau boleh buang dahan sekali pun tak pe..." tak sabar2 mak aku tunggu jawapan aku... aku cuma sengih...

"senang je ni..." jawab aku sambil angkat kening...

aku capai tangga yang kebetulan berada berhampiran, aku naik dengan tangga, dan selebihnya aku panjat menggunakan skill tarzan yang dah lama aku tak guna... nasib baik belum berkarat, walaupun gerakan aku sedikit terbatas... ini le gayanya kalau lama tak training manjat pokok...

aku pun dengan lincah memangkas mana dahan yang patut, mana ranting yang perlu... bagus juga pangkas memangkas ni, lagipun dahannya dah naik atas wayar letrik... bahaya... nasib baik takde kerengga... aku sengih, sambil tangan terus melincah...
lepas siap, aku turun dengan melompat ke bawah sambil berguling 2-3 kali ala kapewera...

"kan sekejap je..." kata aku bangga... walaupun lama tak training dan buat keje tanpa warm up, aku masih terrer...


....
...
..
.


bangun tido pagi tadi lengan terasa pedih... entah apa sebabnya, padahal time tgk barcelona belasah MU pagi tadi okay lagi...

cisss, kalau aku tahu gini jadinya aku tak bagi semut tu gigit semalam...


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment