Tuesday, May 10, 2011

pepatah petitih...

orang kata kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga...

aku kata, kalau lautan hendak diduga, cuba saja untuk mati kelaparan...

orang kata kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...

aku kata, kalau ruyung sudah pecah, sagu pula mungkin cepat rosak...

orang kata biar mati anak, jangan mati adat...

aku kata, kalau anak dah mati sape pulak yang nak sambung adat...

orang kata buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali...

aku kata, slalunya buat jahat mmg tak sekali, banyak kali...

orang kata carik2 bulu ayam, lama2 bercantum jua...

aku kata, bimbang tak sempat bercantum, ayam dah kena sembelih dulu...


notakaki blog: jangan ikut saja apa yang orang kata... guna jugak fikiran sendiri... fikiran Tuhan bagi utk guna, bukan untuk buat hiasan...:-)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment