6.20 pagi aku terjaga... sejuk, kipas no 3... bunyi alarm dari henfon memekak... sudahnya aku bangun dan capai tuala... mandi waktu pukul 6.30 pagi sangat laa best... sejuk, tapi tak sesejuk dulu... dulu mandi air direct dari telaga... skrg mandi air paip jalan... sudah laa paip jalan, terpaksa tadah pulak dalam kolah... kalau tak tadah, mmg tak dapat mandi laa... time puncak org guna air mmg air tak keluar... terima kasih kepada kerajaan terengganu kerana masih mengekalkan paip lama walaupun sudah beratus rumah bertambah di kiri dan kanan jalan... bak kata iklan, alam semulajadi memayungi warisan... mana boleh ganti paip baru kan, warisan tuu...
tapi, menghirup segar udara kampung, walau sudah semakin tercemar, tetap sesuatu yang mendamaikan... rosaknya kerana tangan2 rakus, yang tak boleh duduk diam bila melihat kehijauan... ada saja idea nak merosakkan alam dan memberi kesusahan pada orang lain...
semoga 10 tahun akan datang, ketenangan kampung ini masih di situ, dan semoga masih bertemu kedamaian setiap kali kaki melangkah ke sini...

No comments:
Post a Comment