Wednesday, May 4, 2011

osama sudah mati...


"osama bin laden mati ditembak..." tiba2 aku dengar suara brader sebelah... kat tangan dia pegang suratkhabar utusan malaysia...

"ada lagi org baca utusan..." aku bergumam dalam hati sendiri... tenang, sambil hirup kopi tarik pekat yang sedia terhidang atas meja...

brader tu teruskan pembacaan, tapi kali ni dalam mode yang lebih senyap, versi silent kat telepon bimbit...

sambil kunyah roti bakar, aku pandang tv... cerita pasal osama jugak yang keluar... aku paham, sejak lebih 10 tahun lepas, osama adalah imej yang sangat femes... tak perlu jadi artis, tak perlu masuk AF, osama ni mmg cukup femes...

dalam tv tu cerita sama, pasal kematian osama... presiden obama yang sahkan... aku syak dorg ni ada kena mengena, pasal nama lebih kurang je... maybe adik beradik, sbb mak bapak malas nak fikir nama lain...

aku tak heran sangat dengan pengumuman kat tv tu... sebab tak silap aku, dah banyak kali aku dengar osama mati... dulu dia penah mati kat afghanistan... kat kawasan bukit2 katanya, mati sebab serangan bom... kali ni pun mati lagi... jadi aku pikir aku malas nak ambik tahu sangat... sbb mungkin lepas ni dia akan mati lagi sekali... amerika, mcm2 dia boleh buat...

Islam adalah satu agama yang baik pada pandangan umum... jadi untuk memburukkan sesuatu yang baik, kita kena letakkan imej buruk padanya... sbb kalau kita serang sesuatu yang baik, org akan jadi marah... org ramai pasti tak setuju... jadi bagi aku, osama hanya lah satu imej buruk bagi Islam...

maaf, mungkin ramai yg tak setuju... aku terangkan... siapa antara kita yang pernah melihat osama... mungkin ramai, tapi hanya di tv... sambil2 hirup kopi tu aku terfikir, betul ke osama ni wujud... imej osama tu sendiri dari mana munculnya... jawapannya dari amerika melalui al jazeera... imej osama itu sendiri sangat tidak jelas, apa lagi imej jahatnya... kalau saddam, kita tahu imejnya sangat jelas... baik atau jahatnya dia, aku serahkan kepada Tuhan untuk urusan itu... tapi osama, imejnya sangat kabur... malah semakin lama aku semakin tak pasti samada osama ini wujud ataupun tidak...

aku jeling sekali lagu brader kat sebelah tu... masih lagi syok membaca... kali ni suratkhabar dia dah bentang atas meja... mulut terkumat kamit mcm bomoh baca mantera...

aku bangun, tuju ke kaunter... lepas bayar aku lalu tepi meja brader tu...

"baca boleh brader, percaya jgn... no ekor pon kadang2 salah cetak..." aku sound brader tu, sambil sepantas kilat aku lari dari kedai tu, sambil junjung kereta...


**nota: untuk hiburan yg lebih mengujakan,boleh baca di sini...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment