Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru...

post ni aku khaskan untuk guru2 seluruh malaysia...
ramai kawan2 yang jadi cikgu...
selamat hari guru...
tak perlu sebut, tak perlu hitung...
semua org tahu betapa besarnya jasa seorang cikgu...

dan bagi diri aku...
aku rakamkan setinggi2 penghargaan untuk guru2 yang pernah mengajar aku...
di sekolah kebangsaan kesom...
di sekolah menengah sains dungun...
di universiti teknologi malaysia...
dan di seluruh pelusuk alam...
samada secara langsung atau tidak...
secara sedar atau tidak...
segala ilmu akan cuba aku gunakan untuk sebuah kebaikan...
andai ada ilmu yang aku gunakan untuk tujuan yang salah...
bukan salah guru mengajar...

petikan sajak usman awang, 1979, tahun kelahiran aku...
jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa...
jika hari ini seorang raja menaiki takhta...
jika hari ini presiden sebuah negara...
jika hari ini seorang ulama yang mulia...
jika hari ini seorang peguam menang bicara...
jika hari ini seorang penulis terkemuka...
jika hari ini siapa saja menjadi dewasa...
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa...
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...

ingin aku sambung...
jika hari ini seorang nelayan meredah laut...
jika hari ini seorang petani membajak sawah...
jika hari ini penoreh mengutip getah beku...
jika hari ini seorang tukang kebun...
jika hari ini seorang pencuri menjadi kaya...
jika hari ini seorang peragut di lorong hitam...
jika hari ini pengamal rasuah buntang kekenyangan...
jika hari ini seorang pengemis dijalan sunyi...
sejarahnya juga bermula dari seorang guru...
yang mengajar tulis-baca...
untuk bekalan masa hadapan...

kerana itu aku katakan awal tadi...
akan aku cuba gunakan segala ilmu ke arah kebaikan...
andai aku terpesong, bukan salah guru mengajar...
hanya kerana aku yang ingin melakukannya begitu...


*jangan ada sesiapa yang marah dengan sambungan aku tu...
hakikatnya, dalam sebuah kelas, tak mungkin semua murid akan menjadi...
dan perlu diingat, mereka datang dari guru yang sama...
kerana itu, sambungan itu aku buat sbagai ingatan...
agar guru2 sentiasa bersemangat...
sentiasa mengambil berat...
dan sentiasa beringat bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan...
tugas anda mulia, tugas anda pembawa kemajuan...
jangan sesekali cemarkan tugas murni ada dengan setitik nila kekotoran...

* selamat hari guru...
buat semua guruku...
semoga berbahagia di dunia dan akhirat...



No comments:

Post a Comment