Tuesday, November 23, 2010

aduan 1...

salam untuk tuan2 yang berkenaan, tuan2 yang berkuasa, dan tuan2 yang jarang merasa erti kesusahan... aduan ini ditujukan kepada tuan semata2, bukan kepada setiausaha tuan atau pun orang bawahan tuan... jadi tuan tidak seharusnya menyerahkan aduan ini kepada sesiapa jua kecuali untuk tuan dan tuan perlu meneliti aduan ini untuk tindakan seterusnya, bukan membatu serta membuta tulikan segala pancaindera yang tuan ada...

kisah ini telah pun banyak kali saya lalui... tapi, oleh kerana perkhidmatan ini selalu saya gunakan, maka terpaksa juga saya telan segala rasa menyampah dan marah saya lantaran tiada pilihan lain yang saya boleh gunakan... asas kepada aduan saya ialah servis di pejabat pos parit raja tersangatlah lembabnya... saya tidak tahu kenapa ini terjadi... mungkin kerana pengguna di sini hanyalah orang2 kampung, pakcik makcik tua yang tidak membawa nilai kepada mereka... saya yakin, sekiranya pejabat pos ini terletak di bandar baru bangi atau di damansara, pasti servis mereka lebih pantas berbanding dengan di sini... maklum sajalah, dalam negara yang sangat 1malaysia ini, perbezaan taraf memainkan peranan yang sangat penting untuk sesiapa jua menerima layanan...

cerita terbaru yang membabitkan diri saya dan juga pakcik makcik penghuni kampung di sini berlaku pagi tadi... untuk pengetahuan tuan2 yang terutama, pejabat pos dalam negeri kami ini telah pun di tutup selama 3 hari... maka seperti kebiasaan, pada hari pertama di buka selepas bercuti, maka ramailah mereka2 yang mahu berurusan di kaunter pejabat pos...saya tiba di tempat tersebut pada pukul 9.15 pagi... apa yang amat menyedihkan saya ialah hanya terdapat 1 kaunter sahaja yang di buka... untuk menyedapkan hati, maka saya berpendapat hari itu mmg terdapat 1 pekerja saja untuk kaunter... tapi pada pukul 9.45 pagi, barulah terdapat 2 lagi pekerja datang dan membuka kaunter... ape yang membuat saya tertanya2 ialah ke mana perginya pekerja ini sebentar tadi... bukankah sepatutnya mereka berada di kaunter pada masa tersebut, yang secara jelasnya ada ramai pelanggan... apakah mereka baru pulang dari minum, atau baru balik dari menghantar anak ke tadika atau apa2 alasan yang saya tak tahu dan tak mampu nak catatkan... itu belum lagi saya sentuh mengenai tahap layanan pekerja2 kaunter di pejabat pos ini... tapi secara ringkas, dapat lah saya simpulkan bahawa lagak pekerja2 di sini mengalahkan lagak seorang CEO syarikat besar...

sukacitalah sekiranya tuan2 yang terutama dapat mengambil inisiatif untuk memperbaiki keadaan yang mengecewakan ini... tapi sekiranya tuan seorang yang kayu, buta, tuli, bodoh serta mendapat jawatan kerana pandai membodek, maka saya akan faham sekiranya tiada terdapat sebarang perubahan pada servis yang saya adukan ini... saya hanya mendoakan agar tuan terus bergembira dengan perniagaan monopoli yang tuan miliki... akhir kata, saya sgt2 berharap agar surat ini tidak dibaca oleh orang yang bebal, tapi oleh orang yang boleh melakukan perubahan dan memahami nasib yang menimpa orang2 yang tiada kuasa...

sekian, wassalam...




No comments:

Post a Comment