Thursday, October 7, 2010

aku mahu sihat...


aku mahu sihat...
untuk sihat aku perlu bersenam...
3 kali seminggu, 20 minit setiap kali...
malang, bersenam amat payah aku lakukan...
bila mahu bersenam, badan terasa berat...
bila mahu bersenam, akal rasa culas...

aku mahu sihat...
untuk sihat aku perlu jaga makan...
kurangkan lemak, kurangkan kolesterol...
malang, aku makan apa saja yang aku mahu makan...
lemak, kolesterol, apa saja masuk ke badan...
bila mahu mengawal makan...
terbayang betapa sedapnya makanan...
terbayang betapa nikmatnya kalau dirasa...

aku mahu sihat...
untuk sihat aku perlu disiplin...
buat apa yang perlu, tinggalkan apa yang tak perlu...
malang, disiplin diri sangat payah aku ikuti...
aku buat apa yang aku mahu buat...
aku tinggalkan apa yang aku tak mahu...
baik atau buruk jarang sekali aku fikirkan...

aku mahu sihat...
dan aku masih bersyukur...
kerana aku tidak merokok...
aku tak pernah minum arak...
aku masih dapat mengawal tekanan...

aku mahu sihat...
kerana aku mahu lebih tenang...
kerana aku mahu lebih cergas...
kerana aku mahu lebih aktif...

aku mahu sihat...
kerana aku mahu hidup lama...



***************ikhzan sufi***************
***************07/10/2010***************
***************1.45pm***************

2 comments:

  1. Rasululah SAW bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatussauda (biji hitam). Sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit, kecuali mati." Hadis riwayat Bukhari.

    (Aku penah jumpa, tp tatau nk mkn camne. Nk bancuh mcm minum kopi pun tak berapa menjadi.)

    ReplyDelete
  2. skrg kan banyak kopi yang campur dengan habbatus sauda nii...
    tapi tak tau laa btl ke tak...
    mana tau kot2 nak buat laku kopi je...:-)

    ReplyDelete