Thursday, October 21, 2010

ganjaran...

menerima hadiah, bagi sesiapa saja pastinya adalah sesuatu yang mengembirakan... malah rakan2 kita yang terencat akal juga pasti akan tersenyum lebar sekiranya menerima hadiah walaupun bergigi sumbing... tapi, adalah amat malang kerana kita hanya menerima hadiah pada hari2 tertentu sahaja sepanjang hidup kita... perlukah ada hari tertentu untuk memberi dan menerima hadiah, atau tidakkah ianya boleh diamalkan sepanjang masa...

satu kegilaan yang ada pada aku adalah aku suka memberi hadiah kepada diri sendiri... apabila mengatakan tentang hadiah, ianya tidaklah semestinya dalam bentuk benda... tidak juga dalam bentuk komisen kapal selam ataupun dalam bentuk wang ehsan... hadiah boleh saja dalam bentuk apa sekalipun... malah ada hadiah yang tidak pernah berbentuk... sentiasa menganggap hadiah adalah dalam bentuk kebendaan merupakan tindakan kurang bijak... adalah perlu bagi kamu yang berfikiran begitu untuk meminum susu anmum, supaya sel2 otak kamu bersambung antara satu sama lain... kamu pasti akan jadiu lebih pintar... paling tidak, kismis haruslah sentiasa ada dalam poket kamu...

aku lebih senang sekiranya hadiah yang aku berikan pada diri sendiri tidak dalam bentuk kebendaan... aku lebih senang memanggilnya ganjaran atas apa yang aku perbuat... bekerja sehingga hampir putus nyawa, ganjaran pada diri sendiri sangat penting, sebagaimana pentingnya menara berkembar petronas kepada yang mulia tun... kebiasaan ganjaran yang aku berikan pada diri sendiri adalah mewayang dan juga membowling... dan semua itu biasanya aku lakukan secara berseorangan... ye, kamu mungkin mengatakan aku kesepian kerana melakukan perkara2 tersebut secara sendirian... sekali lagi aku ingin katakan bahawa kamu silap... dan sememangnya kamu perlu melebihkan susu anmum dalam menu harian kamu... sekiranya aku memenangi kereta, hatta basikal sekalipun, aku tidak mahu berkongsi hadiah tersebuat dengan sesiapa pun... jika hadiah daripada org lain pun aku tidak mahu berkongsi, apa lagi ganjaran yang aku ciptakan untuk diri aku sendiri... jadi bagi kamu yang cuba2 menganggap aku sebagai kesepian, jangan lupa membeli susu anmum dalam perjalanan balik nanti dan kamu harus memulakan rutin meminumnya secara tetap seberapa segera yang boleh... sebaliknya aku sangat gembira, kerana aku menerima hadiah dari diri sendiri...jika kamu menganggap ini gila, aku sudah pun mengakuinya di awal tadi...

mendapat hadiah dari org lain hanya bergantung pada hari2 tertentu sahaja... jadi kenapa tidak kamu menyediakan hadiah untuk diri kamu sendiri... walaupun kamu tidak akan menjadi terkenal seperti pakcik moto, tapi sekurang2nya kamu akan merasa sedikit puas dengan apa yang kamu lakukan... dan jika kamu merasakan kamu tidak perlu memberi hadiah kepada diri sendiri, maka terbuktilah bahawa kamu sememangnya benar2 perlukan susu anmum dalam kehidupan kamu...:-)

No comments:

Post a Comment