Friday, October 15, 2010

membaca...

amat ramai orang samada bijak pandai ataupun yang bodoh lembam bercakap mengenai minat membaca... mereka kata kita sebagai rakyat malaysia amatlah kurang membaca... kerana itu mereka kata kita ini kurang berpengetahuan... malah mengikut kajian, rakyat malaysia membaca antara 8-12 buku setahun... tapi tidak pula diberitahu apa jenis buku, setebal mana buku tu... kalau bukunya setebal kamus dewan yang mengandungi entah apa2 perkataan itu, maka aku rasa itu agak banyak... tapi kalau buku itu hanya setebal buku masak2 yang mahalnya kerana gambar berwarna itu, kita masih perlu bersyukur kerana kita masih membaca...

menilai sesuatu perkara yang salah perlu di lihat pada hujung pangkalnya... menyalahkan angin yang kurang penyebab kereta tak hidup adalah kurang pandai... begitu juga sekiranya menyalahkan suami hanya kerana isterinya tak pandai memasak... dalam hal ini, punca penyebab hal ini sendiri adalah buku, bukan orang yang membaca ataupun bukan juga kerana kempen yang kurang... bapa kepada segala penyebab kurang membaca adalah buku itu sendiri...

aku percaya tiada siapa yang pernah melihat buku sebagai punca segalanya... samada bijak pandai atau bodoh lembam, semuanya menyalahkan org sebagai penyebab... seseorang bermain bolasepak adalah kerana dia ingin bermain bolasepak... jangan marahkan dia tidak bermain catur kerana catur itu bukan minatnya... begitu juga halnya dengan buku, jangan marahkan pada orang kerana buku itu bukan minatnya...

jika kamu seorang penulis, kamu tentunya terpekik terlolong ibarat mak lampir sekiranya org tidak mahu membaca buku kamu... pada pendapat kamu, mereka bodoh dan rugi sekiranya tidak membaca buku kamu... tetapi, walaupun kamu berlagak bagai lagsuir pulang petang, tiada siapa yang akan ambil endah... yang penting bukan rupa paras kamu, tapi isi kandungan pada tulisan kamu itu... sekiranya tulisan kamu penuh dengan unsur2 bodek dan mengampu, serta menyapu punggung orang lain, lupakanlahh untuk berkarya... kamu hanya membazirkan masa kamu yang kurang banyak itu... adalah lebih baik kamu bermesra2an dengan isteri kamu, ataupun jika kamu belum kawin, lebih baik kamu berfoya2 di luar, manakan tahu kalau2 ada bohsia yang bakal tersangkut dengan muka huduh kamu... mungkin dengan cara itu juga kamu akan mendapat idea yang lebih jitu, yang lebih membuah berbanding dengan tulisan2 bodek kamu...

kepada kamu yang baru terfikir untuk menulis, fikirlahh semasaknya sebelum bermula... apa yang kamu mahu tulis dan bagaimana kamu mahu menuliskannya... janganlah hendaknya kamu menjadi seorang lagi penulis yang memalaskan masyarakat malaysia membaca... seorang penulis seperti kamu wujud, berpuluh org rakyat malaysia yang akan malas membaca...:-)

No comments:

Post a Comment