secara jujur, aku tak pernah sebetulnya meraikan hari lahir... cuma mungkin ada di kalangan rakan2 sekerja dulu yang meraikannya bersama aku... tapi meraikan hari lahir bersama rakan2 sekerja sangat pelik caranya, mungkin sepelik melihat lembu jantan memakai skirt... caranya sangat kasar dan tidak bertamadun, malah jika parameswara melihatnya, mungkin dia juga akan menggelengkan kepala... sebaik tahu mengenai hari lahir aku, dengan penuh azam mereka mengumpul semua barang2 yang perlu untuk meraikannya... ada antara mereka yang membeli tepung, dan tidak kurang pula yang dengan ikhlas membeli telur, walhal telur sendiri pun sudah tidak terjaga... dan pada malam hari lahir aku, pelbagai teknik, godaan dan kata2 manis yang mereka guna supaya aku keluar berjumpa mereka... dan apabila berjumpa, mereka dengan senang hati dan bersorak sorai akan membaling aku dengan segala macam benda, tepung dan telur adalah bahan wajib... termasuk juga yang di baling adalah air milo panas yang sedang diminum mereka... kemuncak segalanya adalah aku membaling semula kepada mereka, tapi balingan aku jauh lebih bertamadun berbanding mereka... biasanya aku memilih untuk membaling kerusi atau meja pada mereka sebagai balasan...:-)
dan tahun ini, setelah genap ke angka 31, tiada lagi cara tidak bertamadun untuk meraikan hari lahir... apa lagi aku sekarang kekurangan kawan di sini... apa yang boleh aku lakukan adalah meraikan hari lahir seorang diri sambil ditemani dia yang di kejauhan... sepertinya kaki seluar panjang yang di potong, umur aku juga terus meningkat... dan aku berharap tahun ini akan lebih baik berbanding tahun2 yang sudah... begitulah doanya setiap tahun...:-)

* aku akhiri entry ini dengan serangkap pantun kerana aku tak pandai berpantun... kalau pandai aku buat 10 rangkap...
cantik bunga berkenan di hati...
hendak memetik tangan tiada...
hari lahir silih berganti...
hingga sekarang apa yang kau ada...
p/s: alamakkkk, dia bahasakan kita laaa...
No comments:
Post a Comment