Tuesday, October 12, 2010

kemalangan 10/10/10

kemalangan ngeri berhampiran susur keluar simpang ampat pada tarikh yang ramai antara kita menganggapnya cantik, 10/10/10... tiada apa lagi yang boleh dikata... hanya kiriman alfatihah pada mereka yang beragama Islam... dan bagi mereka yang lain, hanya ucapan takziah yang mampu dihulur pada keluarga dan sanak saudara mereka...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... apa saja yang kita ucap atau katakan, atau apa saja bantuan yang kita hulurkan, pasti tidak mampu menyamai atau memadamkan kedukaan mereka... ramai yang bermanis bibir menghulur bantuan, menberi kata2 semangat, dan ramai wira2 muncul membela mereka... tapi bagi kita semua, ini hanyalah satu lagi kemalangan ngeri... sementara bagi mereka yang terlibat, kedukaan itu mungkin akan mereka bawa sampai mati...

soalnya, sampai bila kemalangan sebegini akan terus terjadi... tidak cukupkan apa yang terjadi di merapoh... tidak cukupkah apa yang terjadi di kedah... tiada pengajarankah yang boleh kita ambil dari semua peristiwa sama yang telah berlaku... apakah perlu setiap kali berlaku kemalangan, pelbagai cadangan diaju, tapi kesudahannya tetap sama... atau apakah kerana bas hanya diguna oleh orang yang kurang berkemampuan, maka nyawa mereka juga menjadi kurang pada nilainya...

hendaknya, daripada semua peristiwa2 ini, adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh kita semua, dan juga oleh mereka yang mempunyai kuasa dalam hal ini... bukan hanya bersuara setiap kali berlaku kemalangan, tindakan yang sebenarnya perlu diambil... bukan sekadar membebel di hadapan kamera tv & wartawan, dan kemudiannya hilang lenyap entah ke mana....

dan sekali lagi, salam takziah pada semua keluarga yang terlibat... semoga tabah dengan apa yang sudah berlaku...

2 comments:

  1. Salah siapa?
    Tak perlu menuding jari.

    Accidents happens when neglects exist. Cuai.
    Cuai dlm memandu.
    Cuai dlm selenggara kenderaan.
    Cuai dlm selenggara jln.
    Cuai dlm penguatkuasaan,
    Cuai dlm memahami knp undang² tu wujud.
    Cuai dlm mentafsir knp had laju itu dibuat.
    Cuai dlm memahami keadaan sekitar.
    Cuai dlm memikirkan perihal org lain.
    Cuai...
    Cuai,,,

    Tp bila dh accident, sumer salahkan takdir.

    Tragedi Oktober.

    ReplyDelete
  2. yep...
    cuai sesaat...
    deritanya keluarga sepanjang hayat...

    ReplyDelete