Thursday, December 31, 2009

ulasan 2009...

sejam lebih lagi tahun baru masihi 2010 akan sampai...
aku sebenarnya takde mood sangat nak memblog malam ni...
tapi sebab nak tahun baru, aku gagahkan jugaklaa menulis...
mungkin tajuk paling sesuai adalah review aku untuk tahun 2009...
tak banyak sangat yang aku nak review...
cuma ia berkaitan pendapat aku mengenai keseluruhan tahun 2009...
tapi adalah diingatkan review ini dibuat oleh penulis yang cetek ilmu pengetahuannya dan amat terhad sumber informasinya...
antara review yang aku nak buat...:


1) sukan...
sukan di malaysia masih lagi ditahap yang biasa... kejayaan yang paling bermakna mungkin kejayaan bolasepak mendapat pingat emas sukan sea selepas 20 tahun... namun sukan yang masih berjaya menjulang nama negara di peringkat dunia masih lagi badminton dan juga squash... tapi dua sukan ini pun kita hanya bergantung kepada 1-2 nama sahaja... tiada bakat baru yang mungkin boleh menggantikan mereka... sukan basikal juga mula mendapat tempat di pertandingan peringkat dunia... kehadiran jurulatih john beasley aku rasa memberi impak yang cukup besar terhadap sukan basikal negara... sukan hoki, seperti yang aku jangka daripada awal semakin merosot... pertukaran pucuk pimpinan tidak merubah apa2, apatah lagi pucuk pimpinan yang baru ini merupakan orang yang sama yang tidak mampu menaikkan imej bolasepak... apa yang beliau dapat lakukan untuk hoki, sama2 kena tunggu tahun 2010 nanti... pencapaian bowling juga agak sederhana walaupun terdapat pemain malaysia yang sudah beralih ke peringkat profesional... satu perkembangan yang baik... sukan2 lain, usaha perlu digandakan untuk lebih berjaya pada tahun 2010 dan tahun2 mendatang...


2) ekonomi...
kalau tanya pada aku, aku rasa ekonomi malaysia pada tahap yang tenat... malah ekonomi malaysia langsung tidak mampu memberi kesenangan pada warganya... pelbagai pelan ekonomi diperkenalkan, tapi kebanyakan warga masih berada pada tahap yang sama... malah mungkin ramai warga kerdil yang semakin tertekan... kenaikan harga minyak menyebabkan banyak barangan yang dinaikkan harganya, sedang pendapatan warga masih pada takuk yang sama... dan petang tadi, harga gula akan naik mulai tahun baru... 20 sen sekilogram... dan aku percaya kenaikan harga gula ini akan menyebabkan kesan berantai... sudah pasti ada harga makanan yang akan naik... mahu atau tidak, warga terpaksa juga makan, dan kesan langsung pasti diterima hasil kenaikan harga gula ini... alasan kenaikan ini adalah kerana kenaikan harga diperingkat dunia...benarkah... carilah sendiri jawapannya... harga minyak juga hampir pasti akan naik lagi pada tahun hadapan... ini kerana petronas akan terlibat dengan 2 pasukan F1 pada tahun hadapan, lotus 1malaysia dan menjadi penaja utama pada pasukan mclaren... ye, mereka2 ini lebih penting berbanding warga... tidak lama lagi kerajaan akan memperkenalkan pula cukai barangan dan perkhidmatan(GST)... ini bermakna barangan akan dikenakan cukai... kalau dah kena cukai semestinyalah barangan akan semakin mahal... konon di asia tenggara hanya malaysia, brunei dan myanmar sahaja yang tidak mengamalkan cukai ini... konon cukai ini akan menempatkan malasyia setaraf negara maju... benarkahh... persetan, kalau negara lain mahu menyusahkan warga, kenapa kita mahu ikut... apa guna negara maju kalau rakyat terpaksa mengikat perut... buatlah apa pelan ekonomi pun, gunalah apa sahaja alasan, selagi warga kebanyakan tidak terbela, maka aku takkan rasa ekonomi negara berada pada tahap yang baik... dan tahun 2010 takkan banyak yang berubah...


3) politik...
bab ni aku tak reti sangat laa nak komen, komen banyak2 pun bahaya jugak... tapi banyak jugak yang aku boleh perhati dan baca... politik adalah kuasa, dan demi survival kuasa, kadang2 apa sahaja sanggup kita lakukan... dan bagi aku, politik malaysia tahun 2009 cukup haru biru, kucar kacir dan tunggang langgang... paling aku tak boleh lupa ialah apa yang berlaku di sidang dun perak pada 7 mei 2009, yang mana aksi2 mereka yang mahu berkuasa dapat ditonton diseluruh dunia melalui youtube... bagaimana sebuah negara yang mengaku mengamalkan demokrasi boleh berlaku perkara seumpama itu... bagi aku bila bercakap mengenai orang politik, yang penting bagi mereka kuasa, warga kemudian cerita... betul selepas berkuasa barulah mereka boleh mempedulikan warga, tapi ramaikah yang sebegitu sikapnya... noktahh...


4) hiburan...
bab2 ni aku jarang sangat nak baca sebab kadang2 aku menyampah... cerita dalam kain kadang2 lebih banyak mengisi suratkhabar dan majalah berbanding cerita kerjaya... isu nikah kawin, cerai berai seolah dah jadi perkara biasa dan menjadi tonik jualan untuk majalah dan stesen tv... secara keseluruhan, aku rasa takde apa yang berubah... apa yang lainnya kalau rancangan hiburan bersambung2 mengikut musim... cuma dipawagam, tahun ni cerita2 hantu dah kurang... banyak bercambah cerita2 lawak santai yang tidak membodohkan pelakon dan penonton... cerita setem umpamanya cukup simple, tapi berjaya membuat aku ketawa tanpa berkerut muka... nagi penyanyi pulak, tak ramai sangat yang menonjol, maklum semua keluar daripada rancangan realiti, yang mana jari menjadi juri... jari menjadi juri yee, bukan akal pikiran... maka lahirlah penyanyi yang tak cukup sifat, yang rasa diri mereka dah cukup hebat... maka sebab itulah, jarang album penuh dapat dikeluarkan... apa yang ada, hanyalah single album yang menggabungkan penyanyi... bagi kau kalau betul2 nak jadi penyanyi, biarlah orang yang ada ilmu pengetahuan yang nilai, bukannya jari... jari hanya sesuai untuk makan, kerja dan basuh berak sahaja...


5) aku...
aku pada tahun 2009 masih lagi seorang yang biasa... belum berkemampuan untuk menjadi orang yang hebat... malah, walaupun umur dah semakin banyak, perancangan masa depan masih lagi kabur... semoga aku akan lebih berdaya dan bermaya untuk tahun 2010... dan untuk blog ni, pada tahun depan aku akan cuba nak cerita perjalanan hidup aku dari kecik sampailah sekarang... sebab aku rasa mengingat cerita2 lalu memberi aku sedikit ketenangan dan kadang2 boleh membuat aku tersenyum walaupun aku dalam kesulitan yang amat... bagi aku, untuk maju kehadapan, aku harus menoleh kebelakang, agar jalan yang aku lalui sentiasa lurus... andai ada laluan yang telah bengkok, maka aku masih berpeluang untuk memperbaikinya pada masa hadapan...


*aku rasa cukuplaa dulu ulasan aku dan mungkin merangkap entry aku yang terakhir untuk tahun ni... perlu aku ingatkan sekali lagi ulasan ni datangnya daripada aku yang cetek ilmu pengetahuan dan terhad sumber maklumatnya... kalau ada sebarang kesilapan dari segi fakta dan auta tu, aku mintak maaf... semoga mendapat manfaat walaupun sezarah cuma...



No comments:

Post a Comment