Monday, August 30, 2010

bila nak raya...


2-3 tahun kebelakangan ni, raya agak bermakna bagi aku... bukan kerana beraya dengan org baru, tapi sebab ada menda2 yang aku buat menandakan betapa nak rayanye aku...:-)

sebagai contoh, dalam 3 tahun lepas aku tambah bahagian depan rumah aku kat kg tu... kemudian aku tambah pulak 3 bilik... aku tahu, mak aku dah lama nak tambah bilik tu, jadi kebetulannya aku mampu pada masa tu, maka aku buat laa... yang diupahbuatkan pun bukan org lain, sedara sendiri jugak... jadi banyak jugaklaa penjimatan yang aku boleh buat...

agak mengherankan aku sendiri, tahun aku macam tak berapa nak semangat beraya... padahal baju raya aku buat yang baru tahun ni, tapi tetap rasa macam biasa2 sahaja... hinggakan semalan adik aku msg tanya pasal tukaran duit raya dengan kuih2... pada masa tu barulah aku sedar yang tahun aku mmg macam tak bersemangat nak raya... agaknya adik aku yang kat kg tu pun boleh terasa... sebab tahun2 sebelum ni pun, semenjak aku duk kat batu pahat ni, semua kuih2 aku yang beli... senang sbb kat sini ada pengedar kuih, so beli je then bawak balik... selalunya aku pesan kat dorang jangan beli banyak2 kat sana... tapi tahun ni aku senyap je, tu yang buat dia perasan kot...

aku sendiri tak tahu kenapa macam ni... tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab... so tak lama lagi maybe aku akan pegi beli la kuih raya tuu... kalau tak beli nanti tak berkuih pulak bila raya... maybe jumaat ni baru pegilahhh...

nasib baik kau dah buat baju melayu... dah siap pun, semalam dah pegi ambik... sbbnya baju2 lain aku rasa macam malas nak beli... pegi tgk2 pun takde yang berkenan sangat... mmglaa, dah tua2 ni tak berbaju baru pun takpe, tapi secara adatnya aku beli laa jugak selai dua... bukan apa, buat penambah semangat nak jumpa kawan2 lama...:-)

selalunya sbelum balik raya aku akan buat checklist untuk balik kampung... senang, apa yang nak buat, apa yang nak bawak balik... boleh check semua, sbb aku tak mahu ada menda yang tertinggal... bukan senang nak balik kampung, kalau tertinggal pape jawabnya balik lain kali laa aku bawak...

apa2 pun raya akan tetap beraya... walau aku tak semangat macamana pun, raya akan tetap tiba... haritu keluar pegi tgk2 baju, dapat tengok masih ramai yang semangat nak beraya... dan tentu2 saja setiap kali raya ada yang bergembira, dan ada juga yang menahan duka... apa pun yang berlaku, bagaimana pun keadaan kita semasa hari raya, hendaknya kita sentiasa berada di bawah rahmatNya sepanjang keraian raya ini...:-)

2 comments:

  1. Raya by Jalil Hamid

    Bila Sebut Pasal Raya
    Semua Ingat Hari Raya
    Tapi Jangan Pulak Kita Lupa
    Ada Seribu Satu Kata
    Berkait Dengan Raya
    Selain Hari Raya

    Tak Kira Apa Bangsa
    Orang Melayu Orang Cina
    Orang Putih Atau Orang India
    Orang Timur Orang Barat
    Di Seluruh Dunia
    Ada Hari Raya

    Kalau Banyak Harta Benda
    Orang itu Kaya Raya
    Kalau Tempat Lalu Kereta
    Itulah JalanRaya
    Hentian Bas Ibu Kota
    itu Di PuduRaya
    Di Tengah BandaRaya

    Kalau Banyak JalanRaya
    Dipanggil LebuhRaya
    Bunga Lambang Negara
    Namanya Bunga Raya
    Tukang Menyelenggara
    Mengawas Harta-benda
    Jabatan Kerja Raya

    Gembira Kita Di Hari Raya
    Makan Kenduri Di BalaiRaya
    Kalau Kita Malas Nak Puasa
    Kita Sama Macam Hantu Raya

    Selamat Hari Raya
    Selamatlah BeRaya

    ReplyDelete
  2. haha...
    lagu kelakar, tapi penuh nasihat...:-)

    ReplyDelete