Wednesday, August 25, 2010

buka puasa 2010

gambar2 sekitar majlis berbuka puasa ex-semesdian batch 96'...

bertemu semula kawan2 lama, sesungguhnya kenangan zaman persekolahan adalah yang paling indah, yang paling memberi kesan pada hidup aku... kerana ketika itu aku mula mengenal kehidupan, kerana ketika itu aku lebih banyak bergantung kepada kawan2 berbanding keluarga, kerana bersama mereka aku belajar menjadi dewasa, dan kerana bersama mereka aku belajar untuk menghargai...

walau satu masa dulu jarang bertegur sapa, walau ada yang pernah bermasam muka, walau banyaknya timbul perselisihan, namun pasti ada memori yang terkait antara kita... dek kerana masalah2 yang timbul, kita sebenarnya lebih mengenali antara satu sama lain, walau mungkin dari sisi yang berbeza...

terima kasih kawan2, semoga ukhwah yang ada tidak terputus, malah berkembang mekar bersama dewasanya kita...



*insyaAllah kita boleh teruskan aktiviti ni untuk tahun2 yang mendatang... besar harapan semoga jumlah kehadiran akan bertambah ramai dari tahun ke tahun...:-)

4 comments:

  1. Terima kasih. Insya Allah ketemu lagi.

    ReplyDelete
  2. next time ada lagi...
    awok kene datang laa...
    fb takde ke...

    ReplyDelete
  3. Yg ini sbb baru dpt anak, so priority lebih kat family. Next time insya Allah kawe dtg bawok klorge sumer.

    FB tadok bang. Sori. Email ada dlm YahooGroups.

    Regards.

    ReplyDelete
  4. takpelaa...
    paham...
    tunggu next time je...

    ReplyDelete