barangkali aku bukan orang yang layak untuk bercakap tentang hoki... sebab aku sendiri tak pernah main hoki walau untuk mana2 peringkat sekali pun... tapi aku juga seorang peminat hoki, malah aku masih kenal nama2 pemain hoki dalam negara payah gula seperti malaysia ni...
waktu sekolah menengah dulu, sekolah aku adalah salah satu pasukan yang sangat power dalam permainan hoki ni... malah, dalam daerah dungun, takde mana2 pasukan pun yang mampu lawan pasukan kami... hatta uitm dungun sekalipun kami kitai dengan selambanya... dan anggota pasukannya tak lain adalah member2 setingkatan aku... dan ada 2 antara mereka yang sangat cemerlang hingga dapat mewakili terengganu untuk sukma di perak kalau tak silap aku...
pada masa itu, hoki malaysia juga sangat cemerlang... nama2 seperti nor saiful zaini, minarwan nawawi, chairil anuar, maninderjit singh dan ramai lagi sangat aku kenali... sehingga sekarang, sebut saja pasal hoki, mesti nama minarwan yang naik... bagi aku, takde sape2 lagi yang boleh ganti dia... malah kalau sebut hoki, tak terbayang lagi nama2 lain walaupun ada player2 baru yang agak hebat...
baru2 ni aku berpeluang tgk hoki trofi juara2 kat astro... hoki berkualiti tinggi, yang kalau tgk mmg taknak tukar ke chanel lain... banyak peraturan2 permainan yang dah berubah... bagus juga kerana ia menukarkan hoki dari permainan yang menbosankan kepada permainan yang menghiburkan... dan selama 70 minit perlawanan, kerana peraturan2 baru ini tempo permainan sangat tinggi... juaranya adalah australia dengn menewaskan england... dan hoki sekarang bukan lagi permainan yang menghasilkan 1-2 gol sahaja... penalti corner adalah lubuk gol, dan pasukan yang tidak dapat menjaringkan gol menerusi penalti corner berpeluang cerah untuk kalah...
berbalik kepada hoki malaysia... melihat kepada game trofi juara ni, aku rasa ada harapan untuk malaysia ketinggalan semakin jauh... bukan kerana kita mundur dalam hoki, tetapi pasukan2 lain telah bertambah maju, dan kita masihlagi ditakuk lama... mahu memilih presiden persatuan hoki pon menjadi perbalahan besar, inikan pula nak memajukan hoki... dengan tempo permainan yang pantas, berlari tak henti2, skill yang bagus, penalti corner yang sentiasa berhasil, aku tak past mampu atau tidak pemain kita menyaingi pemain antarabangsa... sudahlah susuk mereka lebih bagak... kita tak boleh lagi bermain dengan hanya melakukan hantaran kiri dan kanan seperti selalu... kalau kita amalkan begitu, aku rasa dengan senangnya kita akan kalah dalam perlawanan antarabangsa...
aku harap ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh orang2 yang kononnya bijak pandai dalam hoki ni... jangan sampai kita semakin ketinggalan... jangan nanti nama kita terpadam dalam senarai pasukan yang gah... tambah parah, janganlah hendaknya pasukan hoki menjadi seperti pasukan bolasepak, yang hanya mampu berbangga dengan pencapaian silam... sedang pasukan sekarang hidup segan, nak mati pun tak bolehh...

No comments:
Post a Comment