Tuesday, August 17, 2010

puasa dah seminggu...


sedar tak sedar, hari ni dah genap seminggu kita puasa... cepat betul masa bergerak... kalau kita tak cepat, ketinggalan la jawabnya, macam aku...:-)

dalam masa seminggu ni, boleh kata hari2 aku beli kat pasar ramadhan... cuma hari jumaat hari tu aku buka puasa jauh sket, kat kajang sana... makan dengan org special, walaupun kat tempat tak brape nak special... hehehhh... tapi nasib baik la aku dah boleh control nafsu makan skrg... jadi takde la aku tgk smua menda nak beli... biasanya aku buka dengan air, tak kira laa tebu ke, soya ke...lepas tu dengan kuih je... kalau nak tambahan sikit aku beli puding@dadih je... takpun takyah kuih takyah apa, cukup dengan murtabak je sebijik...

tapi dalam 3 hari ni tiap2 petang mesti hujan... mmg kalau ikut ramalan cuaca pun hujan dan ribut petir sampai hari sabtu... aku pun tak tahu kenapa, maybe ada perubahan angin@cuacalaa... tapi sepanjang 3 hari yang hujan ni, aku kesian tgk peniaga2 pasar ramadhan tu... tak ramai orang datang, jadi jualan pon tak habis... tapi ini semua kerja Tuhan, cetek sangat ilmu kita untuk tahu apa yang akan jadi pada petang nanti... sebab tu mereka sediakan makanan yang banyak untuk dijual... apa2 pun, sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya... harap dorang semangat lagi nak niaga...

tinggal lagi 3 minggu puasa... banyak lagi yang boleh direbut sempena bulan ramadhan ni... senang sungguh nak dapat pahala... jadi pada mereka yang di luar situ, rebutlah seboleh mungkin setiap peluang yang ada untuk menambah saham akhirat kita... pesanan juga kepada tuan punya blog ni yang selalu alpa...:-)

3 comments:

  1. Mari kita kongsikan fadhilat solat tarawih selama seminggu yg lepas:

    Malam pertama
    Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

    Malam kedua
    Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

    Malam ketiga
    Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

    Malam keempat
    Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

    Malam kelima
    Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

    Malam keenam
    Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

    Malam ketujuh.
    Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

    ReplyDelete
  2. Tuan punya blog, boleh la teruskan menulis untuk kelebihan mlm² yg lain.

    Insya Allah manfaat.

    ReplyDelete