Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq...
***********************************************************************************************************
Bukanlah aku orangnya yang layak bercakap mengenai agama... tapi sebagai seorang yang Muslim, Nuzul Qur'an seharusnya menjadi peristiwa yang penting... maklum saja, Al-Qur'an adalah mukjizat peninggalan nabi junjungan kita yang masih kekal sehingga ke hari ini... tapi, kita dapat lihat promosi untuk hari kebangsaan lebih hebat daripada sambutan nuzul qur'an... malah secara jujur aku tidak pernah melihat sebarang promosi di tv untuk sebarang program berkaitan nuzul qur'an...
Tidak salah bukan kalau aku katakan Nuzul Qur'an ini semakin dilupakan... malah ada antara kita menganggap Nuzul Qur'an hanyalah sehari lagi masa untuk kita bercuti...
sudah aku katakan tadi, aku tidak layak untuk bercakap tentang soal agama... kerana aku juga bukan orang yang sentiasa mengingati hari kebesaran Islam... sekadar mengingatkan antara satu sama lain... kerana aku tahu akhirnya hanya diri kita sendiri yang menentukan hala tujuan hidup kita...:-)
kepada semua, selamat menyambut hari turunnya kitab suci kita, al-Qur'an...
Firman Allah s.w.t:
ReplyDeleteSesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr).
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Salam (sejahtera) malam tersebut hingga terbit fajar. (Al-Qadr: 1-5)
Diselitkan juga nasyid dari Nada Murni - Bulan Ramadhan Bulan Mulia. Ingatkah lagi wahai sahabat? :D
ReplyDeleteBulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan rahmat dan bulan berkat
Bulan kebajikan pahala berganda
Bulan keampunan doa diterima
Bulan ramadhan Quran diturunkan
Untuk panduan hidup manusia
Di dalamnya ada Lailatul Qadar
Kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan
Bulan ramadhan pintu neraka ditutup
Mereka yang diazab kubur direhatkan
Iblis dan syaitan kakinya dirantai
Sebagai memuliakan bulan ramadhan
Berlumba-lumbalah mencari keredhaan
Puasa di siangnya menghidupkan malam
Banyakkanlah doa lebihkan sedekah
Kawallah diri daripada dosa-dosa
Beriktikaflah di sepuluh akhir ramadhan
Jika ada peluang masa pun ada
Kerana ia sunnat yang digalakkan
Rasulullah tidak pernah meninggalkan
Ramadhan Ramadhan Ramadhan
Bulan Rahmat
hohhh...
ReplyDeletemesti ingat...
ni nasyid pertandingan ni...
tapi tak ingat pulak blok mana yang bawak ni...:-)