Wednesday, August 4, 2010

demi masa...

dalam sebuah kehidupan pasti ada pasang surutnya...sering kita dengar org kata hidup ibarat roda...seketika di atas pasti kita akan turun ke bawah...kalau difikirkan, entah macamana hidupnya kalau macam roda...sekejap sangat pusingannya, pasti pening...tapi begitulah kebenarannya...ada masanya kita di atas, dan ada masanya kita di tapak yang paling bawah...cuma aku yakin, kebanyakan org mesti sentiasa berada di tengah2...

aku percaya, kebanyakan org pasti terkenang masa2 dahulu...semua org mempunyai sejarah...hitam atau putih tak perlu kita hiraukan...yang penting semua orang mempunyai kenangan...dan selalunya bila terkenang masa2 lalu, ada ketikanya kita akan terfikir untuk membuat yang lebih baik dari apa yang telah kita buat...adalah lebih baik aku begini2 daripada begitu2...kalaulah benar ada mesin yang boleh merentas masa, aku pasti ramai yang telah menyimpan duit untuk membelinya supaya dapat balik ke masa belakang...

aku sendiri kdg2 teringin mengubah apa yang telah aku lakukan...jika boleh kembali ke masa lalu, pasti aku akan buat sesuatu yang lebih bernilai, yang lebih membawa kepada masa kini yang lebih tenang...tapi aku sedar semuanya tak mungkin berlaku...andai hari ini 04/08/2010, nescaya sampai ke akhir hayat aku tidak akan bertemu lagi dengan tarikh ini...telah Tuhan janjikan bahawa kita tak mungkin kembali ke masa lalu...


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)


jadi, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu untuk menjadikan masa kini yang lebih baik...tapi kita boleh memulakan sesuatu yang baru untuk menghasilkan masa depan yang lebih cemerlang...terserah pada kita sendiri yang menentukannya...



No comments:

Post a Comment