Thursday, August 12, 2010

cerita sahur...

tengok pada tajuk tu macam banyak je menda yang aku nak cerita... haha... tak tahu nak cerita apa pun sebenarnya... tapi sahur adalah salah satu yang pasti semua orang rasa masa bulan puasa ni, malas ke rajin, sehari dalam sebulan tu msti sahur jugak... errr, budak2 kecik yang tak puasa tak termasuklaa kann...

macam2 pengalaman sahur... dan dalam bulan puasa ni, kerana duduk sorang2, banyak kali jugak selalunya aku tak sahur... tahun ni setakat ni ok lagi... baru 2 hari kan...:-) esok2 tak tahu la macamana...

paling best sahur mestila kat rumah sendiri... makan la apa pun, mesti rasa best... apa lagi masa kcik2 dulu, sahurnya tak seberapa... tetaplaa ada nasik, tapi lauknya taklaa banyak... malah ada kalanya mak aku terfikir nak sediakan apa untuk sahur sbb takde lauk lebih... tapi rezeki Tuhan yang kasi kan, sampai masanya kami tetap bersahur...

sekolah menengah pulak, duk kat asrama pun seronok bersahur... yang ni jarang2 terlepas bersahur... maklumlaa, dahla makanan disediakan, tukang kejut pulak ramai...dah jadi macam tradisi, setiap tahun, malah setiap malam bulan ramadhan ada je yang dengan rela hati menjerit 'sahur' kuat2... dan la kuat, nyaring dan panjang pulak tuu... sampaikan menjadi kemarahan warden... manakan tidak, menjeritnya sampai bersahutan dari blok ke blok... dahla sekeliling skolah tu rumah orang kampung... pengalaman paling aku ingat pasal sahur kat asrama ni, aku hampir kena terajang dengan member sebab kejutkan dia sahur... entah apa hantu yang sudah masuk, aku kejut 3-4 kali, dia tenung aku pastu dia luruskan kaki try nak sepak aku... dahla dia katil atas... nasib baik sempat elak... kalau tak maunya kena terajang kepala aku... esoknya aku tanya dia, dengan selamba dia kata tak ingat... rasa macam aku pulak nak terajang dia...hehh...

sahur yang paling sadis, masa duk kat u... duduk umah sewa, mmg stiap malam akan terjaga... terjaga tak miss, tapi sahur selalu miss... maklumlaa, budget kurang... selalunya kami ramai2 akan sahur makan roti canai, dengan air kosong je... sorang akan jadi tukang beli, bungkus sampai 20-25 bijik bawak balik... maklumlaa, rumah sewa 14 orang... itu je laa sahur kami, tapi tetaplaa nikmat jugak rasanya... kalau ada budget lebih sikit, dapatla makan nasik lemak... takpun makan kat gerai2 yang bersepah2 kat skudai masa tu dengan air yang lebih lazat daripada air kosong tu...:-)

bila dah hidup membujang, dari skudai bawak ke kl, dari kl bawak ke batu pahat, banyak yang tak sahur daripada sahur... sahurlaa jugak, tapi makan terus kul 12 sebelum tido... sahur ke tu... niat ye laa sahur skali, tapi yang tu lebih kepada makan lewat malam laa... sbb tu kadang masa berbuka aku makan kuih je... tak makan berat2 sebab tahu malam nanti nak makan lagi... apa2 pun aku rasa kalau tak sahur pun mampu lagi berpuasa, tapi kerana sahur itu ada keberkatan padanya, maka apa salahnya kalau kita amalkan setiap hari...

dan kepada semua, selamat lah bersahur walau apa jua hidangannya... sekecil2 hidangan juga memberi nilai keberkatan yang amat besar di sisiNya...


5 comments:

  1. roti canai bukan keping ke?
    ade ke sebiji roti canai?
    bukan sekeping roti canai?
    urm,,,

    ReplyDelete
  2. Kat skolah tu, yg ngejutkan sahur mmg ramai. Tp bila smpi waktu subuh... ada jgk yg tak jemaah.

    Ya, mmg meriah. Bersahurlah.

    Daripada Anas r.a, Baginda SAW bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat". ( H.R Bukhari dan Muslim )

    ReplyDelete
  3. anon,
    kitorang makan roti cacai jenis yang ada bijik punye...:-)

    masriza,
    ada yang sengaja taknak jemaah...:-)
    thanks for sharing that hadith...

    ReplyDelete
  4. Bersahurlah walau dengan seteguk air.

    Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah swt berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." ( H.R. Imam Ahmad )

    Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar. Allah merahmati orang-orang yang bersahur. ( H.R. Abu Daud )

    ReplyDelete
  5. masriza,
    sharing is caring...
    hehe...

    ReplyDelete