Tuesday, August 3, 2010

musim buah...

*gambar ikhsan tanpa kebenaran daripada en. google...


setiap kali musim buah, aku mesti teringat kampung...setiap kali tengok orang jual buah kat tepi jalan, aku mesti teringat betapa senangnya nak makan buah kalau aku kat kg...walaupun takde kebun yang luas, tapi sepohon dua pon dah cukup untuk makan anak beranak...

kalau ada yang tanya aku buah apa yang aku suka, aku sendiri tak boleh nak jawab...pokok pangkalnya, semua buah-buahan tempatan ni aku boleh makan...teringat masa kecik2 dulu, betapa meriahnya tv dan radio duk promote makan buah-buahan tempatan...mungkin sebab terpengaruh kot, tu yang langsung makan semua buah tu...durian, manggis, langsat, duku, rambutan, pulasan dan macam2 lagi...semua sebat, semua baham...

sebenarnya dah bertahun2 aku tak merasa musim buah kat kg...kalau ada pon dah ujung2 aku baru sampai kg...bolehla dikatakan tak sempat...ntah apa yang sibuk sangat aku pun tak taulaa...tapi hidup beginilah...tak semua keinginan kita boleh capai...walaupun menda yang kita nak nampak mudah, belum tentu kita boleh dapat...

teringat masa kecik dulu, musim buah selalunya menjadi penyebab untuk sedara mara berkumpul...dengan keluarga besar, berkumpul ramai2 sambil makan buah mestinya best...ada yang dah lama tak jenguk muka pun tanpa segan silu tunjuk muka, sengih nampak gigi...mungkin bagi dia bukan nak makan buah sangat pon, tapi masa ni lah kalau dia datang boleh jumpa sedara mara yang lain...

pernah dulu masa kecik2 bila musim buah je aku buat keje part time...jadi pemanjat pokok...tak perlu sijil, tak perlu tauliah...kalau ada jiran2 yang suruh mesti ada upah...kadang2 upah duit yang tak banyak mana pon, tapi cukup bermakna sebab hasil sendiri...paling tidak pon mesti dapat bawak balik buah2...pokok2 yang pernah aku panjat antaranya rambai, duku, manggis dan ada jugak langsat...nasib baik semuanya senang nak dipanjat sebab dahannya rapat2...kecualui duku, walaupun dahannya rapat sangat susah nak mengambiknya...sebab buahnya suka mengelat, duduk ujung ranting je...tapi selalunya mesti dapat...sebelum naik, menda yang wajib dibawak ialah kain sandang...ntah apa yang org lain panggil, tu je nama yang aku boleh bagi...tak kira laa kain batik atau kain pelikat...selempangkan ke bahu, ikat sikit tepi supaya buah tak jatuh...turun tak turun sampaila penuh kain tu...kadang sampai sakit bahu, melelas pun ada duk pikul kain tu...atas pokok pulak sambil kutip buah, sambil makan, kadang sampai sebu perut...kadang2 jugak sampai itam kuku2 terutamanya kalau makan rambutan atau rambai...

paling tak syok kalau pokok ada penyegat...aku pernah kena sengat masa panjat pokok manggis...tak sedar penyegat ada sbb sarangnya kecik terlampau...aku pun main redah je gaya yakin, konon dah terrer la panjat pokok...sudahnya aku rasa pedih kat mata, cepat2 aku turun...kat bawah bila check, ada sengat penyengat tu tercacak dekat dengan mata...nasib baik tak kena mata...tapi bengkak jugak laa sehari dua...dah rupa macam org terlebih daging kat muka pon ada...itu kalau penyengat...kalau tebuan lain pulak ceritanya...biasanya kalau ada sarang tebuan awal2 lagi dah boleh kesan...nak tak nak kena tunggu malam hari, buat operasi bakar sarang tebuan...kalau sarang kecik laa...sarang besar tak berani jugak sebab ramai ahli kat dalam tuu...kalau besar kena tunggu bantuan org ramai, tak pun mintak tolong jabatan haiwan kalau tak silap aku...bila dah setel, dah terbakar hangus semua tebuan, baru boleh ambik buah...tu pun mahu terbakar dulu sikit bahagian pokok tu...maklumlaa, jamung bakarnya besar bangatttt...

kadang2 buah2 tak termakan pun...macam keliling rumah aku dulu, banyak jugak pokok rambai...buah rambai selain dari isi, kulitnya tu kita boleh buat sayur...masak lomak pon sodap...hidup susah macam dulu2 terpaksalaa maksimumkan segala menda yang boleh... makanya masa musim buah selalula makan sayur kulit rambai...tapi sebabkan dah takde orang nak makan, kdg2 buah rambai lagi banyak jatuh dari dimakan...solutionnya senang saja, mak aku jual terus sepokok...bayangkanlaa, biasa orang jual setangkai, seikat, setompok, sekilo ke...yang ni terus jual sepokok terus...pada sape...??? biasanya pada peniaga laa...dorang beli sepokok terus, then bila2 dorang nak dorang datang petik laa buah tu, jual kat pasar...kalau dorang tak datang pun kami dah tak boleh buat apa2, tgk je laa buahnya gugur...ye laa, dah jual, takkan nak pegi makan pulak...tapi ada jugak pembeli yang cakap, kalau nak makan ambik je, daripada membazir gugur ke tanah...berapa harga sepokok...??? jangan tanya aku sbb aku tak pernah tahu...yang aku pasti takla sebanyak mana, cuma daripada membazir tak dimakan, adala hasilnya walaupun sedikit...

sekarang bila fikir2 balik mesti dah tak boleh nak merasa semua tu...betul, suasana dulu dan sekarang cukup berbeza...ada orang cakap dengan aku tak boleh nak bandingkan dulu dan sekarang...tapi kalau takde yang dulu, kita tak tahu kat tahap mana kita sekarang., betapa banyaknye kemudahan hidup sekarang..tapi kehidupan mmg macam tu...sentiasa ada kelainan, sentiasa ada perubahan...samada kita suka atau tidak dengan perubahan tu, kadangkala kita perlu redha pada perubahan yang berlaku...apa2 pun jua perubahan yang berlaku, baik atau buruknya tetaplah kita yang mencorak...

yang aku sangat pasti, aku rindu nak merasa semua yang pernah aku rasa dulu...kadang2 ia membuai dalam ingatan, dan ada antaranya yang mampu menitiskan airmata bila hati tersentuh mengingat kenangan lalu...

No comments:

Post a Comment