Thursday, August 5, 2010

facebook...

sudah menjadi lumrah, aku sememang lambat dalam mengenal sesuatu yang baru...pada kebiasaannya aku tidak akan suka pada sesuatu yang baru...hanya setelah lama, atau mungkin juga telah lama org lain guna, barulah aku akan suka dan cuba menggunakannya...aku teringat masa belajar dulu, jenis kasut yang berlubang2 tu...selepas lama org lain pakai, barulah aku mula nak pakai...jadi bila org dah berhenti pakai dan aku masih menggunakannya, maka nampakla sangat aku ketinggalan fesyen...tapi aku tak pernah peduli, kerana aku hanya memakai apa yang aku selesa untuk gayakan...

fesbuk juga begitu...setelah lama orang lain guna, setelah lama orang2 berhuha-huha tentang fesbuk, barulah aku mendaftar...boleh jadi juga aku malas, dan boleh jadi juga aku belum tahu betapa seronoknya berfesbuk dan betapa ia mempunyai kelebihan untuk menyambung kembali kepada kawan2 yang telah lama terputus...barangkali juga aku lambat tahu betapa asyiknya berfesbuk hingga boleh melaghokan diri...

benar sekalilah fesbuk itu mempunyai kelebihannya...tapi setiap apa yang mempunyai kelebihan itu, sudah barang tentu ia juga memppunyai kelemahan...bak kata seorang kawan, dengan fesbuk kita boleh jumpa dengan org2 yang dah lama kita tak jumpa...kalaupun tidak bersua muka, pasti boleh tahu perkembangan semasanya...tapi, melalui fesbuk juga, kita boleh terjumpa dengan orang2 yang kita tidak ingin berjumpa walau sekali pun...seakan mengakui akan benarnya kata2 dia, aku juga terjumpa dengan orang2 yang aku tak ingin berjumpa...

fesbuk juga seakan menjadi lubuk niaga bagi sesetengah orang...ye, dengan cara berfesbuk ini, yakin benar aku bahawa amat mudah untuk mereka mencapai pelanggan...tudung, kain, kuih, semuanya mahu diniagakan difesbuk...andai benar perniagaan itu, aku tidak mempunyai apa2 masalah dengannya... kerana aku tahu, berniaga perlu banyak strateginya...dan andai ini salah satu strategi yang memulangkan hasil, tiada salah andai diteruskan...

paling aku marah, bila ada yang menyangkutkan aku dengan perniagaan2 yang aku rasa amatla jelik untuk dipercaya...klik fesbuk dapat rm100 umpamanya, sangat membosankan diri aku yang tak mahu percaya...kalau benar begitu, sudah pasti semua yang ada fesbuk dengan senang dan mudahnya akan mendapat duit...kaedahnya teramatlah mudah, lebih mudah daripada makan kacang goreng...hanya perlu meletak tangan di atas tetikus dan mengklik, selebihnya hanya menunggu duit...begitu mudahkah kita boleh menjana pendapatan...jeliknya, ada yang menyangkutkan aku itu bekerja di pejabat...kalau begitu mudah kenapa perlu mengguna komputer di pejabat untuk berfesbuk...berhenti kerja, order saja internet ke rumah, duduk saja di rumah, berfesbuk siang dan malam, pasti banyak duit yang diperolehi...mahu lebih untung, bukakan 10-15 akaun fesbuk, pasti wangnya berganda2 menerjah masuk ke akaun kamu...

banyak lagi perniagaan2 di fesbuk yang tidak mampu untuk membuat aku percaya, apatah lagi untuk menyertai...seorang rakan misalnya, sentiasa mengirim kata2 pembakar semangat, ke fesbuk...sebenarnya bagi aku, kata2nya hanyalah sebagai kata2 menghina, yang bila dibaca akan membuat orang merasa betapa perlunya merubah hidup....dan nahhh, dia menyediakan peluangnya...ibarat menakutkan orang dengan cerita hantu, dan dia menyediakan pawang untuk menghalau hantu tersebut...

peliknya, dia sentiasa mahukan orang untuk menyertainya...kata2 seperti ubahlah hidup anda, private message untuk menyertai, mahu yang berkualiti sahaja, bagi aku hanya menunjukkan yang dia benar2 perlukan orang untuk menyertai...alasannya hanya 1, mahu membantu sesama kita, dan tidak mahu kaya sendirian...

timbul tandatanya pada aku, kenapa dia begitu inginkan orang untuk menyertainya... apa benar ingin membantu, apa benar dia tidak mahu kaya sendirian...mustahil... kalau benar perniagaan itu menguntungkannya tanpa melibatkan sesiapa, pasti dia akan meneruskannya sendirian... sesiapa saja pernah berjumpa orang berniaga burger bukan...?? pernah dengar atau tidak, kerana larisnya jualan burger, maka peniaga itu menawarkan tapak disebelahnya untuk orang lain juga berniaga burger...kalau ada, maka selayaknya peniaga itu digelar lembu...

pada aku, dia perlukan orang untuk menyertai tak lain dan tak bukan kerana dia memerlukan ahli baru untuk merasa hasilnya...dan sepastinya ahli baru ini memerlukan orang lain untuk juga merasai hasilnya...bagaimana mendapat hasil ini, tidaklah aku mahu tahu...dan aku tidak pernah mahu tahu...tapi aku sekali-kali tidak akan menyertainya...aku tidak mahu orang lain makan hasil daripada aku, aku juga tidak mahu makan hasil daripada orang lain dan aku tidak tahu apakah orang yang telah aku makan hasilnya, akan mendapat hasil yang sama atau berlipat ganda seperti yang dijanjikan...pendapatan berantai seperti ini pasti akan terputus, dan tiada siapa pernah dan akan tahu di mana putusnya...

aku tidak mampu untuk menasihatkan mereka2 yang ingin menyertai...teruskanlah kalau itu niatnya...tapi kalau suatu hari nanti anda hilang wang yang telah menjadi milik anda, tiada siapa yang anda boleh adukan, tiada siapa yang boleh membantu...bagi aku, tidak sekali-kali aku akan menyertai bisnes(kononnya) yang sebegini...

No comments:

Post a Comment