Saturday, August 7, 2010

rokok...


aku mula mengenal rokok sejak aku kecil...mungkin semasa darjah 4, aku sudahpun di kelilingi oleh mereka2 yang merokok... bapak aku, abang aku, kawan2 abang aku... dan tak dinafikan pada umur yang sehijau itu, aku sudah mencuba utk merokok...sekadar merasa2 dan mencuba bagaimana indahnya merokok itu...pada masa itu aku rasa merokok bukanlah sesuatu yang indah...malah amatlah tidak sedap terasa dilidah bila aku mencuba utk merokok...

tingkatan 1 aku mula tinggal di asrama...bebas dari belenggu org tua kononnya, tapi masih perlu berhadapan dengan warden dan guru disiplin yang garang2...tapi itu tak menghalang kawan2 aku terus merokok...dari mana mereka dapat bekalan, aku tak tahu...apatah lagi tinggal di asrama penuh yang kawalannya agak rapi...malah mahu keluar ke bandar pun terlalu banyak aturannya...

aku masih ingat, semasa tingkatan 2, kami beramai2 dari asrama pergi ke bangunan sekolah semasa cuti hari jumaat...entah nak buat apa, aku hanya mengikut...dengan kelas di hujung bangunan, rupa2nya kawan2 aku nak melaksanakan projek merokok mereka...maklum saja, tingkatan 2 di asrama masih merupakan seorang yang amat junior...kerana itu mereka2 itu harus mencari port yang sesuai untuk merokok...kerana mereka tahu aku tidak merokok, maka berjagalah aku di depan pintu, supaya tidak ada guru yang menghampiri...mujur juga aku seorang penjaga yang amat cekap, kehadiran cikgu dapat aku kesan...maka selamatlah kawan2 aku dari ditangkap...ohh, aku terlupa...mereka juga mempelawa aku utk merokok...tapi aku menolak dengan baik untuk tidak mengecilkan hati mereka...:-)

dan selepas2 dari itu, maka pelabagai aksi merokok yang aku dapat saksikan...dalam dorm, dalam toilet, atas syiling asrama dan pelbagai lagi...bekalan...?? ada yang lompat pagar, ada yang dapat daripada abang kantin, ada yang dapat daripada abang dewan makan...mereka2 ini amatlah baik hati kerana dengan rela menolong kawan2 aku membeli rokok...bukan mereka belanja, kawan2 aku tetaplah kena bayar harga rokok itu...tapi mujur juga, pada masa itu rokok bukanlah barang mewah seperti sekarang...sekarang, mereka yang menghisap rokok itu adalah orang kaya, kerana harga rokok terlalu jauh mencanaknya berbanding dulu...dan selepas2 dari itu, adalah antara kawan2 yang kantoi, yang dirotan di depan umum...tapi itu adalah antara pengalaman berharga mereka...

aku...?? oh, aku mmg bukan seorang perokok...daripada sekolah asrama hingga ke asrama universiti, hinggalah ke tempat kerja, aku tidak merokok...ye, aku pernah merokok, tapi untuk merasanya sahaja...ringkas cerita, aku bukanlah penagih kepada rokok...dan andai tak jumpa rokok selama sebulan, aku yakin badan aku tidak terketar2...lucu juga semasa di asrama dulu, ada rakan yang mahu membelanja aku 1 katon rokok andainya aku mula merokok...tapi kerana aku seorang yang kuat, tahan dengan godaan2, maka aku pilih untuk tidak merokok...hebat bukan...haha...

setiap tahun harga rokok akan naik...maklum sahaja, ia cukai yang paling senang mahu dikutip...untuk perokok yang sudah tegar, kenaikan harga rokok tidak akan mampu memberhentikan mereka daripada tabiat itu...tapi langkah ini aku rasa tepat untuk mereka yang mula2 berjinak dengan rokok...tapi jangan sampai nanti tiada perokok dalam malaysia, maka mungkin separuh cukai akan hapus dari kantung kerajaan...dulu, semasa masih ramai org kita yang menjadi nelayan, aku sering mendengar kata2 "kalau ayah kita seorang nelayan, takkan kita pun nak jadi nelayan"...kerana bijaknya kata2 itu, sudahnya kita kekurangan nelayan, yang menyebabkan bekalan ikan juga berkurangan...maka hal yang sama juga boleh terjadi kepada perokok...:-)

jika difikir dari sudut lain, perokok dan rokok adalah 2 sahabat sejati...pelbagai dugaan yang datang melanda hubungan mereka, tapi mereka sentiasa kukuh bersama...lihat sahaja pelbagai usaha kerajaan lakukan untuk memisahkan mereka, tapi mereka tetap bersama...mungkin kerana mereka amat jujur antara satu sama lain...tentu ramai yang mengetahui bahawa kejujuran amat penting dalam sebuah perhubungan...rokok, secara jelas telah memberitahu bahawa dirinya penuh dengan penyakit...malah pada kotaknya telah tertulis amaran bahawa sesiapa yang menghisapnya mungkin akan terkena penyakit...tapi mungkin atas dasar sahabat sejati, perokok tetap merokok, tetap menyokong rokok walaupun begitu keadaannya...

aku tak tahu samada aku akan terus tak merokok atau suatu hari nanti aku akan merokok...tapi ada orng pernah berkata, kalau umur 25 belum hisap, aku takkan hisap sampai bila2...aneh juga, dia bukan doktor...dari mana dia mendapat teori ini aku juga kurang periksa...semoga benarlah katanya...dan lagi, aku rasa aku tak mahu menghabiskan duit untuk rokok...aku tak kisah jika rokok mendekati aku, asal saja dia tidak cuba untuk masuk ke dalam aku...wassalam...:-)

No comments:

Post a Comment