Saturday, April 28, 2012

politik Bersih 3.0...

Hari ini gua mahu bercerita mengenai politik. Ye, kalau ada yang belum jelas, maka gua tekankan bahawa post kali ini adalah cerita mengenai politik. Tidak kira samada lu orang kerajaan atau lu orang pembangkang, lu boleh teruskan baca, tapi kalau lu adalah orang yang tak mahu ambil tahu hal politik, elok saja lu orang berhenti baca kat sini saja...

Bagi gua tak boleh tidak, hidup adalah berkait dengan soal politik. Maka tidak boleh tidak, untuk hidup maka gua perlu ambil tahu hal2 politik. Mungkin ramai yang mengaitkan tulisan gua ini dengan Perhimpunan Bersih 3.0. Gua takkan nafikan, kerana perhimpunan ini yang menimbulkan komen2 yang memberi idea kepada gua untuk menulis hal ini. Gua pasti, tulisan gua takkan merangkumi semua yang berlaku, atau semua keterlibatan politik itu. tapi cukuplah kalau gua menulis mengikut kefahaman yang gua miliki melalui pembacaan, pemerhatian dan juga pendapat orang lain.

Dalam berpolitik, satu perkara yang perlu diambil kira ialah kita merasakan bahawa pendapat kita, dan apa yang kita katakan betul. Maka dengan itu, semua orang yang bertentangan pendapat dengan kita secara tak langsung akan menjadi musuh kita. Musuh dalam erti kata sebenar, ataupun hanya musuh berlawan kata. Akan tetapi, untuk diri gua sendiri, gua sangat berharap agar gua tidak menjadi orang yang seperti itu. Gua harap gua akan sentiasa menjadi orang yang separuh cawan kosong, bukannya separuh cawan penuh. Maka suka gua tekankan bahawa walau apa pun pendapat kita, perkara yang benar tetap benar dan perkara yang salah tetap lah salah. Siapa yang menentukan salah atau benar ini, tepuk dada dan tanya lubuk hati anda yang paling dalam, pasti lu orang akan tahu.

Bersih 3.0 baru saja berlangsung petang tadi. Secara jujur gua tidak begitu mengambil tahu akan perkembangan himpunan ini. Malah gua tidur daripada lepas subuh hinggalah ke pukul 3 petang. Cuma melalui pembacaan2 sebelum ini, dapatlah gua mengetahui serba sedikit. 

Gua dapat perhatikan terdapat perbezaan antara Bersih 2.0 dengan yang terbaru ini. Dulu, semasa Bersih 2.0 mahu diadakan, maka hebohlah daripada pihak kerajaan berkata itu dan ini. Semua polis diarah bersiap siaga, amaran demi amaran dikeluarkan dan begitu juga ugutan yang saban hari tersiar dalam tv dan suratkhabar. Tidak cukup dengan itu, maka ada alim agama yang bercakap dengan lunak perihal agama, ketuhanan dan juga hal2 yang haram jika menyertai Bersih. Tanpa sedar, sebenarnya dengan melakukan hal2 sebegini, pihak kerajaan sebenarnya memberi publisiti secara tidak langsung kepada himpunan ini. Makcik pakcik diceruk kampung yang tiada internet akhirnya tahu adanya himpunan ini hanya kerana larangan yang disiarkan ditv1. Maka setelah mengetahui, orang yang mahu menyertai akan tetap turut serta dan orang yang tidak mahu akan tetaplah diam di rumah...

Mungkin mendapat pengajaran daripada himpunan terdahulu, maka untuk Bersih 3.0 ini kerajaan berubah laku. Tiada lagi larangan2 secara langsung, tiada lagi pak menteri yang berkomen itu ini di tv. Kaedah mendiam diri dan buat tak tahu ini terus digunakan hinggalah kepada hari akhir. Cuma kali ini, DBKL dilihat bekerja keras mengekang himpunan ini. Buat pertama kali. sejak 2 minggu lalu DBKL dilihat berkuasa untuk menahan dan menggari orang yang berhimpun dan membawa mereka ke lokap. Seingat pengetahuan gua, sebelum ini hanyalah kerusi meja dan alatan peniaga haram sahaja yang pernah dilokap oleh DBKL...

Satu perkara yang sering dibangkitkan sejak Bersih dilancarkan ialah pengerusinya yang berbangsa India dan pernah menjadi peguam dalam hal memurtadkan orang Islam. Ambiga yang menjadi pengerusi terus diserang dengan hal ini, dan orang2 yang  mengikut himpunan ini adalah orang2 yang menyokong Ambiga. Maka suka gua ingatkan bahawa Bersih tidak menyangkut hal2 keagamaan. Bersih hanya dan hanyalah bertujuan untuk memulih sistem pengundian. Menyokong Ambiga untuk Bersih adalah menyokong pemulihan sistem undian. 8 tuntutan yang diutarakan langsung tidak terusik, termasuk penggunaan dakwat kekal. Kadang2 gua sangat hairan kenapa begitu susah bagi SPR dan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini. Pengerusi SPR pernah mengatakan bahawa tiada sebarang tipu muslihat dalam sistem undian di Malaysia. Mengambil kira kata2 ini adalah benar, maka gua tidak nampak sebarang halangan untuk memenuhi tuntutan yang 8 itu. Penuhi saja tuntutan mereka, guna saja dakwat kekal, kerana undian tidak pernah tipu muslihat, kerajaan pasti akan menang. Tiada apa yang perlu ditakutkan...

Menyalahkan Ambiga kerana menjadi peguam dalam memurtadkan orang Islam samalah mengatakan bahawa Barcelona kalah kepada Chelsea kerana Beckham cedera. Tidak kena pada tempatnya, dan adalah tidak logik. Ambiga itu seorang yang bukan Islam, maka sebagai orang Islam kita seharusnya tahu bahawa orang bukan Islam mahu kita mengikuti agama mereka. Ini bukan rahsia. Soalnya sekarang, kenapa kita membuka ruang untuk mereka memurtadkan orang Islam melalui lunas perundangan. Gua tidak bersetuju tindakan Ambiga memurtadkan orang Islam, tapi apa yang Ambiga lakukan adalah mengikut lunas undang2. Hairan juga, kenapa dalam negara Malaysia yang Islam ini ada undang2 sebegitu. Si geliga mana pula yang meluluskan undang2 sebegitu. Samalah juga seperti marahnya kita apabila Karpal Singh mencabar salah seorang sultan kita. Apa yang dibuat memang kurang ajar, tapi apa yang beliau lakukan kalau diteliti sah dari segi undang2. Bijak pandai mana yang melonggarkan undang2 penghormatan pada raja sehingga ada yang sanggup berkurang ajar. Jika kita yang memberi ruang kepada orang lain untuk memurtadkan dan berkurang ajar dengan kita, siapa lagi yang boleh kita salahkan kecuali diri kita sendiri.

Sebaik mungkin kita perlu memahami diri kita sendiri. Kita juga perlu berfikir, apakah murtad jika kita ikut serta Bersih. Malah bersih itu sendiri disertai oleh bijak pandai agama. Apakah kita ini lebih pandai daripada mereka. Apakah sembahyang kita lebih banyak daripada mereka sehingga mahu mengata mereka murtad. Apakah helaian Quran yang kita baca lebih banyak dari mereka. Apakah kita lebih memahami Quran berbanding mereka. Kalau dibandingkan dengan diri gua, sudah pastilah diri gua yang kalah. Siapa pun peserta Besih ini, mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tidak bodoh untuk murtad sebegitu saja. Bagi gua, mereka2 yang memainkan isu murtad ini hanyalah mereka yang ketandusan idea. 

Gua tidak pernah melihat Ambiga menayang rantai salib, tapi ketika menonton bolasepak antarabangsa, seringkali pemainnya menyalib badan setelah menjaring gol. Ada juga rancangan masakan yang mempopularkan apa yang mereka panggil sebagai 'finger cross' dalam rancangan mereka. Bukankah kedua-dua hal ini lebih bahaya dan akan menjadi ikutan anak2 dan orang muda kita. Jika ini menjadi ikutan, gua bimbang secara perbuatan mereka telah pun murtad kerana murtad itu bukan saja melaui lidah, tapi juga melalui perbuatan.

Banyakkan membaca, fikir secara ilmiah. Apa saja yang disuapkan pada lu orang tidak semestinya betul. Dan apa yang lu tak pernah jumpa tak semestinya salah. Orang yang betul itu tidak akan sentiasa betul, dan orang yang pernah salah itu juga boleh berbuat kebaikan. Maka apa saja yang anda buat dan fikir, ia menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya. Semoga apa pun yang kita buat, kita beroleh manfaat daripadanya, sekarang atau pun akan datang.

Akhir sekali gua ingin memohon maaf andai ada yang tersinggung dengan tulisan ini. Ini adalah pendapat gua, dan pendapat gua semata2. Dan untuk mengutarakan pendapat gua, hanya ini ruang yang gua ada. Sekali lagi, maafkan gua...

LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

No comments:

Post a Comment