Tuesday, October 18, 2011

berlawan bola...

Gua suka betul cerita pasal bola ni. Lagi gua suka kalau tengok bola. Gua ingat dulu, masa gua masih muda remaja dan menjadi rebutan makcik2 untuk jadi menantu, kalau ada live bola kat tv sorry la orang lain nak tengok cerita lain. Dulu bukan senang nak ada live bola kat tv. Tauke astro pun baru tingkatan 3 masa tu, tengah kelam kabut ambik SRP. Sekali sekala kalau ada live mesti kat tv1. Maka makan hati lah mereka2 yang kat rumah gua. Tak boleh nak tengok drama swasta, tak boleh nak tengok layar mutiara. Nak tengok farid ismeth emir dengan marry anne baca dunia jam 10 pun tak dapat. Ada masa2nya mereka berangkat ke rumah jiran untuk tengok tv. Gua cuma senyum...

Masa gua sekolah rendah dulu, gua masih ingat masa darjah 4 gua dah dapat wakil sekolah, berkat skill dan kepakaran gua bermain bola. Dapat tawaran dari MU pun gua tolak masa tu, sebab gua tak suka langsung team ni. Sekarang pun badan gua kecik, bayangkan lah masa tu. Lawan dengan budak2 darjah 6, ada yang besar, ramai jugak dah sunat. Gua tahu masa mak gua sign surat kebenaran wakil sekolah, dia berat hati betul. Takut betul dia anak comel dia ni cedera. Maklum la, anak2 lain tak berapa comel sangat masa tu. Tapi sebab gua dah bawak balik kasut, jersi dengan short maka terpaksa la jugak sign. Elehh, sebenarnya kalau gua nak tiru sign tu boleh sangat, tapi gua lebih rela jadi jujur. Tak baik tipu mak, senang dapat bala...

Main bola ni bukan kerja main2. Setakat cangkul tanah boleh lagi main2. Main bola ni pasal menjadi hebat dan menjaga maruah. Penting untuk menang sebagaimana pentingnya untuk mengelak kekalahan. Tapi yang lebih penting memberi kepuasan kepada penyokong. Bayangkan betapa malunya penyokong kalau team gua kalah. Kena ejek2 dengan team lawan. Cuba bayangkan kalau team gua menang. Bahagia sungguh gua rasa penyokong2 gua dapat ejek2 pihak lawan. Tapi adat lah, menang kalah memang resamnya berlawan bola. Dan penyokong kita pun ada resamnya.



**************************************


Malam ini ada berlawan bola lagi kat tv. Live separuh akhir piala malaysia 2011. Gua dah tak heran dah dengan pengulas. Pengulas jemputan yang selalu salah maklumat dan bercakap tak tentu hala pun gua tak kisah sangat. Yang gua nak tengok tahap akal penyokong. Setakat ni yang gua tengok dari dulu sampai sekarang, akal penyokong bola kat malaysia ni pendek. Sikit2 nak baling botol dalam padang, sikit2 nak baling mercun. Kejadah apa tengok bola kalau nak baling mercun. Cuba la jadi macam orang siuman sikit tengok bola, tak kira la sokong team mana pun...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

No comments:

Post a Comment