Saturday, October 22, 2011

xtra time...

Gua sendiri tak tahu nak mulakan entry ni macamana. Sebab utama ialah entry akan berunsur kutukan, dan lagi satu gua takut masa menulis ni tiba2 akan muncul Auntie English. Lu orang boleh nampak kan gua punya tajuk tu, kalau Auntie English sedar ni mesti dia muncul kat screen gua. Malu gua, dah la gua tak pakai baju ni...

Tengah gua tekan2 remote Astro cari rancangan yang sedap2 malam tadi sambil ditemani jam loceng, gua tertengok pulak rancangan Xtra Time, ditaja sepenuhnya oleh MyEG. MyEG ni kalau korang tak kenal gua tak tahu la sebab ni la laman web yang paling gua tak tahu apa tujuannya. Tapi untuk nak menyedapkan hati gua namakan lawan web ni sebagai laman projek kroni. Gua bukan nak tengok sangat, tapi tangan gua otomatik berenti meremote bila gua tengok pengacaranya baru. Rasa dulu gua tengok pengacaranya Marion Counter dengan Lisa Surihani. Sekarang dah orang lain, Hannah Tan dengan Sazzy Palat... ehhh, Sazzy Falak sebenarnya... Memang, pengacara mesti laa cun, baru ada orang tengok rancangan tu. Kalau dapat yang seksi, tu dah kira bonus setengah tahun...

Lepas 5 minit gua tengok, gua dah rasa nak tergelak. Tengok raja lawak pun payah nak gelak. Ok, untuk info Xtra Time ni tak silap gua rancangan sukan, bercerita tentang sukan yang kebanyakannya dari luar negara. Cuma yang gua kurang gemar tengok, pengisiannya banyak pasal bini ahli sukan pulak. Mana artis, mana yang model, sibuk duk tampal gambar seksi kat dalam rancangan tu. Cerita pasal ahli sukan gua tak nampak pulak. Pengacara pulak menggedik2 tak tentu pasal, mungkin sebab kepala kosong tak tahu nak cerita apa. Gua ambik keputusan untuk tengok terus, nak tengok apa lagi pengisian yang rancangan ni nak cerita.

Satu-satunya pengisian yang gua dapat, pengacara rancangan ni memang bodo pasal sukan. Bukan setakat tak cerdik, tapi langsung bodo. Gua menyampah tengok Hannah Tan yang banyak duk angkat kaki sambil tunjuk2 gembira. Dan gua lagi menyampah tengok Sazzy Falak terpusing2, tergedik2 depan kamera. Pengisian sukan yilekkk. Pengetahuan sukan yillekkk... Lagi menyampah bila tengok Hannah Tan duk sibuk tepuk bontot Sazzy Falak dengan ape benda ntah. Tak cukup dengan itu, Sazzy Falak pun duk sibuk tepuk bontot sendiri. Banganggg...

Gua rasa pengetahuan sukan dorang ni memang di bawah tahap zero. Bayangkan Frank Lampard pun tak kenal bila tunjuk gambar. Kalau Amri Yahya lu orang tak kenal gua boleh terima lagi, Luke Chadwick ke lu orang tak kenal, tapi kalau Lampard pun lu orang tak kenal, memang gua kecik hati laa... Untuk nak cover bangang, masing2 akan gelak. Sikit2 gelak, sikit2 gelak. Tak tahu nak cakap apa gelak, tak reti nak jawab gelak, tersilap cakap gelak, kad terjatuh gelak, tak kenal ahli sukan gelak. Banyak sangat ketawa sampai nampak betul dia punya bangang tu. Tu gua belum cerita lagi bab Diana Danielle jawab soalan dari penonton. Macam gampang...

Gua rasa rancangan ni elok tukar nama je. Jangan letak MyEG Xtra Time, tapi letak MyEg Mari Bersenggama. Banganggg...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

4 comments:

  1. Lisa Surihani?
    Apsal dulu gua tgk Fazura?

    Aah.. gua pun bkn tgk sangat Xtra time.
    tp chenel sukan mmg gua tgk la..

    *RIP Marco Simoncelli

    ReplyDelete
  2. rasanya fazura pun ada, tapi gua tak suka dia...
    gua nampak lisa surihani je...

    *takdirnya dia mati di sepang...RIP

    ReplyDelete
  3. Lisa Surihani.. model/jurucakap/duta/wajah pemangkin MyEG. Mungkin tak gedik mcm Sazi, tp tatau la... gua tak tgk citer tu time Lisa membuat pengacaraan.

    Tp gua suka ayat lu.. Mari Bersenggama. Cemerlang! Lu mmg jebat!

    ReplyDelete
  4. lisa surihani ok...
    time dia pemngacara takdenya dia nak seksi meksi sgt...
    pakai skirt takat lutut, tapi dalam pakai legging lagi la...
    xla open saje...


    *gua rasa "Mari Bersenggama" boleh buat rancangan tv la...haha

    ReplyDelete