Tuesday, October 11, 2011

sejarah komunikasi...

Gua ingat hari ni gua mahu kasi ceramah sikit. Tiba2 gua rasa rajin nak ceramah, jadi kalau ceramah ni panjang bangat, gua harap lu orang baca sampai habis. Gua nak cerita pasal sejarah komunikasi. Cerita pasal sejarah ni kalau lu orang keliru memang patutla, sebab sejarah negara kita sendiri pun dah tak tahu hujung pangkal sekarang ni. Kejap merdeka, kejap tak. Bengong betul.

Tapi yang gua nak cerita ni pasal sejarah komunikasi. Setakat mana yang terlintas dalam kepala gua la. Lu orang jangan macama2 nak tambah itu ini, gua bukan ahli sejarah. Jadi kalau tertinggal fakta tu kira halal la. Yang haram kalau gua ada tambah auta. Kehhh...

Setahu gua orang zaman dulu guna macam2 cara nak komunikasi. Antaranya ada yang guna asap, bunyi dan mungkin api. Ada la jenis2 isyarat yang kalau kita fikir pun takde pekdahnya. Ada isyarat untuk kecemasan, untuk maklumat, untuk macam2 lagi la gua rasa. Yang ada guna sampai sekarang gua rasa isyarat asap je. Kalau gua lepak kedai mamak, ada banyak gua nampak isyarat ni. Kiri kanan ada, berlumba2 nak keluarkan asap. Hisap, sedut, lepas tu hembus merata. Walaupun kedai mamak tu ada letak tanda di larang merokok.

Zaman dulu kala, masa gua belum lahir ada juga yang guna orang utusan untuk berkomunikasi. Biasanya raja2 yang pakai orang utusan ni. Orang utusan ni pulak haruslah seorang yang kuat. Kuat berlari terutamanya. Kadang2 tempat yang dia nak sampaikan maklumat tu massyaAllah punya jauh, tapi dia tetap pergi dengan menempuh segala mara bahaya kat tengat jalan. Mungkin ada yang terserempak dengan penyamun, penipu, burung garuda, ular kepala tujuh dan macam2 lagi. Hutan, padang, lembah, gunung, paya, semua dia harung. Kadang2 lepas sampaikan maklumat, siap kena bunuh lagi dengan orang yang dapat maklumat tu. Sebab tu gua kata kena orang yang kuat. Setakat raja2 nak buat keje macam gini tak payahlaa. Baik makan, tidur, pergi berurut, main kuda, gi tengok bola lagi baik. Lagi satu Usain Bolt tak sesuai kerja ni. Dia cuma boleh lari laju je, bukan lari lama.

Bila dah maju sikit, manusia dah mula fikir bodohnya berlari jauh2 semata2 untuk dibunuh. Jadi kerana bijaknya akal manusia yang macam gua ni, kita gunakan binatang pulak. Mangsanya tak lain tak bukan, si burung merpati. Untuk sampaikan pesanan, kita cuma perlu ikat pesanan pada kaki burung merpati dan ia akan dibawa ketempat yang kita nak. Jangan cuba2 nak ikat kat mana, kesian burung terlanggar pokok nanti. Masalahnya dengan penggunaan burung merpati ialah kita kena ambik burung merpati tu dari tempat pesanan nak dihantar. Kita dah ambik siap2 la, bukannya masa tu nak antar pesanan, dan2 tu jugak baru nak gi ambik. Keje gila tu. Teori hirerki merpati mengatakan bahawa burung merpati akan balik ke tempat ia dibesarkan tak kira apa sekali pun yang berlaku. Jadi orang zaman dulu mungkin ada bela merpati amerika, indonesia, malah uganda. Gua rasa laa... Cuma satu hal, kalau burung kena tembak masa tengah jalan, atau kena makan dengan naga, hahh berjanggut la lu orang tunggu jawapan.

Bila dah maju sikit baru la ada aktiviti surat menyurat. Masa ni lah kerja posmen popular, sampai orang amerika buat cerita yang ntah gua tak tau sape berlakon. Masa ni juga lah berkembangnya pantun pecah kana pecah gelas, sudah baca harap balas tu. Bila terima surat ni pulak hidung kembang kempis bukan sebab bangga, tapi dek kerana wanginya bedak yang ditabur dalam surat. Isi kandungan surat pula boleh jadi sehelai, 2 helai, dan kalau dah tengah angau, boleh jadi sebuah buku a4. Gila betul sapa yang menulis surat gaya macam ni. Masa komunikasi dengan surat ni, ada juga yang tersalah anggap surat tu komunis kasi. Sebenarnya surat tu bukan komunis yang kasi, cuma satu bentuk komunikasi. Bengap betul sape yang ingat macam tu.

Alexander Graham Bell kemudiannya mengubah komunikasi menjadi lebih maju dengan mencipta sejenis benda yang dipanggil telefon. Dengan adanya benda ini, komunikasi menjadi semakin mudah, setiap berita dapat disampaikan dengan lebih cepat. Telefon juga menjadi penghubung antara uda dan dara, sehingga bapaknya membebel2 sebab terpaksa bayar bil yang tinggi. Telefon juga menjadi medium penting bagi para ibu untuk mengayam ketupat yang tak pernah masak. Untuk kemudahan, ada juga disediakan telefon awam agar orang2 yang kurang mampu dapat juga merasa nikmatnya bertelefon. Telefon awam juga selalunya akan menjadi kanvas seni anak muda dengan contengan2 tertentu, dan kadang2 mencabut gagang yang tak bersalah. Gua rasa anak muda jenis ni adalah jenis yang kurang dapat kasih sayang. Telefon ini akhirnya mengalami evolusi dengan ketibaan telefon tanpa wayar atau handset yang sekarang ni kalau dah darjah 6 tak pakai lagi boleh mendatangkan kemaluan yang besar pada kanak2. Gua rasa budak2 sekarang lu orang manjakan sangat. Mewah2kan sangat. Rosak budak tu nanti.

Selepas2 daripada itu barulah dunia mengalami kejutan dalam komunikasi. Kehadiran internet membuatkan dunia tidak bersempadan, itu pun kalau lu orang sanggup berenang dalam laut cina selatan tu. Dengan internet lahirlah email, ym dan penyakit yang banyak orang kena sekarang ni, pesbuk. Kalau sehari tak pesbuk rasa gatal. Orang bayar gaji suruh buat keje, dibantainya pesbuk. Itu yang bos lalu belakang tergagap2 tutup tab tu. Tapi itu lah kemajuan komunikasi. Selain pesbuk, satu lagi bentuk komunikasi yang maju adalah menggunakan skype.


*******************************


Panjang betul gua cerita. Sebenarnya gua cuma nak bagitahu malam ni gua dah daftar skype. Lu orang jangan macam2, gua pun maju jugak komunikasi. Peduli apa gua kalau lu orang dah lama ada akaun skype. Janji gua maju. Kehhh...



Notadasar: Gua malas nak check ejaan. Kalau salah eja lu guna la lu punya mantik. Berfikir sikit. Otak kalau parking lama2 pun boleh berkarat jugak. Kehhh...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

4 comments:

  1. Lu mmg maju jaya.
    Tp gua sihat, sbb tak kena penyakit yg lu tulih tu.

    Gua tak kena pesbuk. Har har har harap maklum.

    ReplyDelete
  2. kalau kena pun tak pe...
    mcm kena rokok, sikit2 takpe...
    tapi kalau ketagih tu dah menyusahkan...:-)

    ReplyDelete
  3. Lu dah kena Skype. Gua penah keje dgn SkyNet dulu.
    Lps ni gua akan cuba utk membeli Skyline pulak.

    Sky juice sangat sedap di waktu panas terik.

    ReplyDelete
  4. gua gerhana ska cinta sudah lahh...
    haha...

    ReplyDelete